Jul 15, 2022

CrackHouse; Kelab comedy yang anti islam?

Baru-baru ini viral satu negara kerana perbuatan seorang stand up comedy perempuan melayu bangang yang mengaku islam. Budak ni jadikan islam sebagai bahan komedi beliau dengan aksi buka baju dan sebagainya. Korang sendiri tahu apa dia telah buat. Aku malas nak bagi details sangat.




Menjadi tipikal di Malaysia, non muslim atau islam yang acah acah modern ni gunakan islam sebagai bahan ejekkan dan mainan supaya orang lain tergelak. Namun apa yang dibuat perempuan melayu yang mengaku islam baru-baru ini agak drastik dengan buka baju di depan semua orang. 

Segelintir non muslim, ada yang beranggapan perbuatan bodoh tu cool. Nampak open minded bila seorang perempuan buka baju. Bagi orang islam, perbuatan ni adalah bangang. Nampak beza kan?



Sebab tu bila isu ni viral, orang bukan islam ramai merasakan orang islam agak jauh ketinggalan. Dan ada lah juga segelintir melayu islam yang acah acah back up konon perbuatan perempuan yang mengaku islam tersebut masih boleh diterima dan tak perlu diperbesarkan.

Aku berpendapat, isu ini sebenarnya adalah bom jangka untuk kelab tersebut. Kelab tu sebenarnya memang sentiasa memainkan isu perkauman dan agama ketika mereka membuat persembahan. Kritikan dan sindiran mereka sangat tajam kepada islam dan melayu. Namun tidak ramai tahu. Setelah perempuan yang mengaku islam ni buat, baru terbongkar agenda mereka menjadi sarang kepada anti islam.

Islam sebenarnya tidak terhina dengan perbuatan segelintir penganutnya yang bodoh. Sama seperti agama lain. Islam dilihat apa yang ada dalam quran dan hadis, bukannya apa yang perempuan yang mengaku islam tu bawa. Kerana jelas perbuatannya adalah perbuatan yang bodoh, dan hanya yang bodoh melihatnya sebagai lucu.



Sebenarnya,perempuan tidak terhina dengan mereka menutup tubuh mereka. Tetapi perempuan itu lebih terhina apabila jadikan tubuh mereka sebagai tontonan semua orang. Agenda mereka nak muslimah tidak menutup aurat. Tidak bertudung dan tunjukkan tubuh badan seperti perempuan mereka.

Mereka jadikan alasan panas dan tidak mengikut peredaran masa sebagai alasan mereka membenci ajaran islam. Tanyalah kepada muslimah, mereka terpaksa atau tidak bertudung?Mereka rimas atau tidak? bandingkan jawapan mereka.

Bak kata wak doyok, 'Aku yang pakai kau yang panas'.

Musuh islam ni takkan berhenti menghasut dan memfitnah islam selagi kita tak mengikut apa yang mereka lakukan. Lihat apa yang mereka promosikan? Seks bebas. Minum arak dan sebagainya.

Kita sebagai umat islam kalau tidak rasa jijik dan benci dengan perbuatan seperti ini, check lah iman tu ada ke tak lagi. Perbuatan menghina islam bukan perkara main-main dan jangan bersekongkol dengannya.

Kelab tersebut seperti menjadikan melayu dan islam sebagai sasaran tempat mereka mengejek dan menjadikan sebagai bahan comedy. Dijadikan bahan untuk sindiran. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali.

Kebanyakkan orang bukan melayu di Malaysia ni seperti cina dan india masih berfikir mereka lagi superior daripada melayu. Mereka masih berfikiran jika bukan mereka Malaysia masih makan ubi kayu.

Padahal sebelum kedatangan mereka ke tanah melayu, telah wujud kerajaan besar di sini. Bertamadun dan mempunyai sistem pentadbiran dan pertahanan yang baik.



dan mereka ini tidak sedar kalau bukan mereka dibawa masuk ketanah melayu, mereka mungkin mati kebuluran di tanah asal mereka kerana kekurangan bekalan makanan dan sebagainya.

Jadi berpadalah dengan apa yang kita cuba lontarkan kepada orang lain.

Aku secara peribadi inginkan negara yang harmoni. 

Jangan mulakan api permusuhan. Jangan bakar hati orang islam. Kita bukan di Amarika yang boleh bercakap ikut sesuka hati. Kita bukan di India umat islam boleh di Hina sesuka hati. Kita bukan berada di China, orang islam dipenjara sesuka hati. Kita bukan di Myanmar, orang islam dibunuh sesuka hati! Kita ada undang-undang yang perlu kita patuhi.

Kita sekarang berada Di Malaysia.

Jul 7, 2022

Bagaimana mendidik anak-anak untuk dengar cakap?

Perkara utama yang penting dalam mendidik anak-anak ialah DOA. Kau doa ntah apa apa kepada anak. Kau maki hamun anak dengan panggil dia dengan perkataan yang tak elok, jangan harap anak anda akan jadi lebih baik dan mendengar cakap.

Bagaimana kau berinteraksi dengan anak, begitulah hasil anak kau dikemudian hari.

Kau sebagai ibubapa adalah orang yang bertanggungjawab kepada anak kau. Bukan cikgu atau bibik. Ada orang, dia hairan anak dia tak rapat dengan dia, anak dia dingin dan terasa macam ada satu gap antara dia dan anak. Anak dia tak dengar cakap dan sebagainya

Padahal, dia sendiri tak periksa berapa banyak masa yang dia habiskan untuk anak-anak. Aku bagi contoh mudah. Pagi-pagi selepas subuh dah start packing barang-barang anak untuk dihantar ke rumah pengasuh. Sampai ke petang. Balik kerja ambil anak. Pukul 9 ke pukul 10 malam, tidurkan anak. Cuba kau bayangkan berapa banyak masa kau dan anak ada? 

Itu belum cerita ada ibubapa yang masih tinggalkan anak dirumah pengasuh ketika cuti samaada disebabkan kekangan kerja atau aktiviti berME TIME atau aktiviti lepak bersama kawan-kawan.

So, tahu sudah kenapa terasa ada gap antara anak dan kau?

Aku tak nafikan, ada keluarga yang memang struggle cari duit untuk keluarga. Penuhi keperluan keluarga dan sebagainya. Namun, aku masih nampak benda ni kadang dipandang remeh ibubapa. Dia korbankan masa anak dan dia demi pekerjaan, tapi dalam masa sama dia taknak masa dia untuk diri sendiri terkorban demi anak-anak.

Jangan terkejut ada ibubapa rasa anak sebagai beban. Memang tidak ada yang akan mengaku secara langsung, namun cara dia handle seolah-olah dia lepaskan beban anak tersebut kepada orang lain. Mengeluh itu dan ini.

Jadi, adakah anak yang kita harapkan terhasil daripada hasil benih kita akan ikut seperti apa yang kita nak? Dari segi pendidikan mungkin ya, kalau kau banyak duit. Kalau setakat cukup-cukup makan bagaimana? anak terabai dalam masa yang sama masih juga terbeban dengan ekonomi.

Point penting aku nak ingatkan ialah, bagaimana kita sebagai ibubapa harus dan perlu berkorban demi anak-anak. Penat macam mana sekalipun mencari duit, kau perlu juga luangkan masa kau yang ada tu untuk anak kau. Tanya dia, bawak berbual, tanya tentang sekolah, kawan-kawan, cita-cita dia bila besar dan sebagainya.

Antara benda ibubapa yang aku nampak selalu mereka terlepas pandang ialah bagaimana emosi anak? Bagaimana dalaman anak selepas bertahun dibesarkan. Inilah sebenarnya mencorak diri dia dimasa hadapan. Bukannya dengan paksa masuk pelbagai aktiviti, takewando, silat, bola, melukis, berenang dan macam-macam lagi aktiviti yang bagi aku membazir waktu dan wang. Belum sekolah dah belajar pelbagai benda. 

Kenapa membazir? Emosi anak aku rasa akan terjejas teruk sebab mereka kadang mengikut kelas-kelas tersebut sebab suka atau minat, tapi kebanyakkannya dipaksa oleh ibubapa yang terikut-ikut dengan orang lain. Bayangkan baru umur 6-7 tahun jadual kehidupan dah full dari isnin sampai ke ahad.

Teringat lagi masa Humaira masih baby, ramai ibubapa aku perhati bawak anak yang masih bayi pergi ke kelas berenang. Yang pakai pelampung tu dan kepala baby je timbul. Kau perasan tak?

Aku melihat benda tu membazir dan tiada keperluaan sangat lebih-lebih lagi kau yang masih struggle dengan kehidupan. Kau harap anak kau yang bayi tu pandai berenang ke? macam bayi orang putih tu?

Orang putih tu, masuk kelas berenang sampai budak pandai. Depa banyak duit. Yang orang kita ni, masuk berenang target dia apa kalau masuk kelas sekadar sekali dua je?

Jaga emosi anak.

Ramai budak tertekan tanpa ibubapa sedar. Perubahan emosi ketara. Dulu lasak tiba-tiba pendiam. Suka menangis. Selalu terjaga malam. Meracau. Sleepwalking. Suka bersendiri. Dulu suka bercakap tiba-tiba malas bercakap. Pandai melawan. Dan macam-macam lagi perubahan yang kadang kita sebenarnya tak perasan emosi mereka sebenarnya yang terganggu!

Kau sebagai ibu bapa kena tahu, kanak-kanak pun boleh terkena depress, tekanan perasaan, panik dan sebagainya. Jadi lihat perubahan anak. Bukan ibubapa je tertekan, anak pun sama.

Tanggungjawab ibubapa ni besar. Bukan sekadar memberi nafkah dan membiarkan anak di asuh orang lain dan sekadar tunggu dia membesar. Bila kau bersedia untuk ada anak, kau kena bersedia untuk korbankan segalanya untuk anak. Sebab itu adalah tanggungjawab terbesar kau.

Bercakaplah dengan mereka dengan lebih kerap. Ini selalu aku dan bini praktis dengan budak dua ketul ni. Dengar depa mengarut dengan tanya pelbagai soalan pelik. Misalnya kenapa kita kena makan? bila aku suruh dia makan. Kenapa kita kena berak? Kenapa awan kaler biru dan kadang-kadang putih? Sampaikan, aku rasa bodoh sebab tak mampu nak jawab.

Kadang seronok dan kadang menyakitkan hati. Aku bagi contoh bila aku bercakap tentang bahayanya bermain Handphone untuk budak-budak sebaya mereka. Siap aku tunjuk video dan gambar yang aku google budak-budak rosak mata. Pokoknya, cukup cemerlang seperti ustaz yang tengah berkuliah. Tapi kau tahu apa anak aku tanya semula? 

"Tapi why daddy dan mommy main phone je selalu? tak sakit pun mata?" 

Jem..

Bagi aku, just berinteraksi dengan mereka. Jangan biarkan mereka malu dengan kita ni. Kalau anak-anak kau dah rasa malu dengan kau atau takut nak luah apa benda dengan kau, percayalah hubungan kau dengan dah tak seberapa baik.

Sedikit petua untuk anak yang tak dengar cakap. Aku buat dengan anak aku menjadi. 

Pertama bila depa buat salah, kau kena gertak depa sekali tu sampai betul-betul mereka takut. Kau bagi mereka janji juga masa tu kalau buat lagi sekali, kau takkan bagi peluang kedua dah. Masa tu kau kena buat-buat marah. Kalau nak lagi ok, kau marah sekali bini. Tapi tu lah, takut kau dengan bini pula problem.

Bro kita orang asia kena didik anak ikut cara orang asia. Aku tak suruh kau pukul tapi sekadar kau bagi dia gerun dengan kau, bagi mereka tahu kau superhero, kau supermom, kau ada kuasa keatas mereka dalam hal-hal adab dan sebagainya. 

Jangan ikut bagaimana orang putih mendidik anak. Ground anak seminggu. Simpan phone seminggu. Percayalah dia akan buat balik benda yang kau tak  suka tu. Sebab apa? Sebab dia tahu, bila dia buat silap lagi, punishment  dia sekadar seminggu dua je. Dia tak rasa terkesan.

Aku biasa tunjuk rotan je. Aku simpan dalam rumah. Sorang satu rotan. Aku beli di kedai dua ringgit. Alhamdulillah, sekadar aku jegil mata, depa diam. Walaupun kadang tak juga menjadi lebih-lebih lagi ada bini aku masa tu. Bini aku kadang dialah jadi penyelamat budak-budak walaupun dia paling banyak jadi harimau dalam rumah. Tapi ok, budak-budak pandai jaga diri. Sekali dua nakal tak apa, yang problem bila nakal yang kau sendiri tak boleh kawal.

Kesimpulannya. Doalah kepada Allah banyak-banyak untuk anak bini. Kita mampu berusaha tapi Allah yang menentukan segalanya. 

Jangan penat untuk berdoa. Tak perlu selepas solat. Sebelum tidur pun doa, tengok anak doa, panggil mereka dengan perkataan yang elok..

Jul 6, 2022

Jiran Dari Neraka : Part 2


Kadang aku terfikir, bagaimana boleh jadi perseteruan (Bergaduhlah dalam bahasa mudah) antara aku dan jiran-jiran ni. Sebelum ni, aku sentiasa berbaik dengan jiran. Bila aku balik daripada Sabah atau daripada bercuti, aku belikan sekali buah tangan. Jiran kiri dan kanan.

Kalau petang-petang aku beli pisang goreng, aku belikan sekali untuk mereka.

Dalam agama sendiri Nabi pesan untuk menjaga hati jiran tetangga. Tapi bila banyak benda berlaku, dan aku ditekan serapat-rapatnya ke dinding oleh jiran yang jahat ni, jadi aku rasa sudah masanya aku lawan balik. Demi maruah, bangsa dan negara. Tudiaa. Aura filem mat kilau.

Ada satu hari tu, aku dan family balik daripada beli barang. Kau bayangkan, biasanya kalau balik daripada beli barang ni aku seperti biasa rasa luluh hati dek kerana anak bini. Sedihkan? Yela, balik je, mesti sorang-sorang buat hal. 

Yang satu tiba-tiba mengantuk, penat, sakit kaki dan mengamuk. Yang satu lagi menangis sebab tak dapat space yang cukup dalam kereta sebab kena mengalah dengan budak paling kecik. Bukan kereta tak cukup space tapi budak kecik tu sengaja berkangkang baring. Bini pula macam biasa akan tumpang sekaki marah. Dia marah budak tapi sekali dengan aku dia marah.

Tapi bila sampai ke rumah, jiran mangkuk ni tiba-tiba teriak perli aku sekeluarga. Dia tengking anak dia suruh diam! dia kata tiap hari memekak. Tak tahu ke orang nak rehat? Aku yang baru buka pintu kereta rasa eh kau perli aku ke ni? Bukan sekali dia buat, tapi berkali-kali dia tengking anak dia time aku ada diluar rumah. Bayangkan guys. Rasa macam aku dia marah.

Last sekali aku pun teriak balik. Aku teriak dengan bini aku yang ada dekat tepi aku tu haha. Aku tempik gaya pahlawan. Aku teriak, tiap hari hidu bau tahi kucing, rumah pun dah bau tahi kucing. mangkuk betullah. Kau tahu, sekali dengan bini aku terasa. Diam-diam dia bisik, you marah i ke tu? Dalam hati aku kata iya, tapi mulut aku kata tak sayang. Nampak tak permainan?

Lepas daripada tu, jiran aku dah tak pernah jerit-jerit nak perli. Tapi aku pula yang galak memerli setiap hari. Pantang aku rasa ada benda pelik, aku akan jerit kuat kuat ke arah rumah dia. Mungkin dia patut rasa erti sakit hati bagaimana. kan?

Aku tahulah sebelum ni dia perli aku. kamon lah. Aku dah makan garam lama sangat dengan jiran aku ni.

Dia tuduh anak-anak aku bising, padahal anak aku dua orang je, bising mana lah. Anak aku bukan kuat menangis. Menangis pun dia akan sorok-sorok sebab takut dengan aku. Tapi ini sekadar point mereka untuk bergaduh sesama jiran. Last aku TERRbawang dengan makcik depan rumah aku, dia bagitau bukan aku seorang jiran tu gaduh, tapi ramai dia ajak bergaduh.

Kawan anak jiran aku yang datang ke rumah pun mangkuk ni usir suruh pulang. Sebab bising. Adik aku punya kawan pun dia usir sebab bising. Padahal budak tu berbual je. Tak ganggu pun.

Sekarang, aku perhati dia dah kurang memerli aku. Sebab aku dok bangkitkan isu kucing dia berak merata depan rumah aku. Kencing di rumah aku. Aku sebenarnya tak lah kisah mana pun pasal kucing tu sebab anak anak aku pun suka main dengan kucing. Yang aku kesah owner dia yang bangang.

Aku rasa jiran-jiran lain tahu aku problem dengan jiran sebelah ni. Sebab aku pegi pasang canvas hadang antara rumah dia dan aku. Aku dah sampai tahap jijik nak tengok muka dia.

Ramai suruh pindah, tapi tu lah, sekarang aku tak mampu. Kami hanya mampu berdoa dipermudahkan segala urusan. Kadang nak tinggalkan rumah sehari dua pun risau. Yela sebelum ni masa isu ni panas, aku dengan bini aku selalu jumpa paku, skru dan benda tajam depan rumah. Bukan sekali tapi banyak kali. Kereta aku dah berkali pancit depan rumah. Motorsikal aku dah dua kali bocor depan rumah.

Aku tak tuduh sesiapa pun, tapi kalau itu perbuatan khianat aku doa kepada Allah bagi dia rasa sakitnya tukar tayar tengah panas matahari sambil dibebel bini. Kau rasalah. Tangan sakit, badan sakit, hati pun sakit. Sakit tiga serangkai.

Nanti aku sambung lagi cerita pasal jiran. Jangan lupa like share dan subscribe. eh macam youtube pula.

Jul 4, 2022

Hilang selipar di Masjid/ Surau : Baik atau buruk?

Isu hilang selipar di Masjid atau Surau ni sudah menjadi barah dalam kalangan kita. Umat islam. Kita kini melihat isu ni sebagai isu normal yang tak perlu diperbesarkan.

Pergi masjid pun kena pakai selipar yang buruk. Takut-takut akan hilang. Kalau yang kaya tu, dia tak kisah. Bagi mereka hilang selipar seperti mereka bersedekah dan mereka menghalalkan kononnya sebab mereka pergi ke tempat ibadah.

Bagi aku ini sudah keterlaluan.




Salah tetap salah. Hari tu ada ustaz-ustaz mengeluarkan pendapat kononnya jangan takut selipar anda hilang dimasjid, tapi takutlah bila selipar anda tidak kelihatan di masjid.

Dari satu sudut ada benarnya. Suruhan berjemaah tu wajib keatas lelaki yang telah baligh. Tapi dalam masa sama dia 'menormalize' perbuatan mencuri sebagai perbuatan yang biasa dan tidak perlu takut.

Pemikiran ini bagi aku sampah. lebih-lebih lagi datang daripada agamawan. 

Sebab itu perbuatan mencuri selipar di Masjid menjadi biasa. Kadang, kalau kau bising selipar dicuri, akan ada orang-orang tua kata, 'takpe lah dik' nanti beli baru. Aku geram sebab dia tak kesah perbuatan mencuri, malahan kadang mereka tempat tu sudah biasa kehilangan selipar. Kita perlu biasakan diri dengan situasi tu.

Mencuri tu salah pak cik! Perbuatan tu Haram! Kalau cukup syarat, dalam islam boleh potong tangan. Ianya bukan benda kecik yang perlu dipandang ringan.

Aku bukan apa, semakin hari semakin menjadi jadi orang buat joke isu curi selipar ni. Menjadi trending di media massa. Buat video, pergi ke masjid pakai selipar, balik masjid pakai kasut Nike. Ini bukan benda biasa sedara sedari. Ini bukan benda lawak!

Aku dulu selalu pergi masjid Sri Petaling. Masjid paling busy bagi aku. Penuh dengan macam ragam manusia. Kalau kau pergi sini, kau kena berhati-hati. Bukan sekadar selipar boleh hilang. Tapi barang peribadi juga boleh hilang.

Hairan, bila masjid jadi tidak selamat. Bagi aku ini disebabkan sikap sambil lewa kita menanggani isu kecurian. Bagi sesetengah orang, tidak mengapa mereka mencuri, janji datang ke masjid. 

Benda ni dah jadi normal. Bila kau di Masjid Sri Petaling ni, semua orang akan ingatkan jaga barang peribadi dengan baik. Why? Sebab banyak kes kecurian. Mana iman? Hilang. Dicuri sekali dengan pendapat sempit yang membenarkan kes kes kecurian itu berlaku.

Pihak masjid perlu mengambil tindakan. Orang ramai perlu ambil maklum, perbuatan mencuri itu salah dan tidak boleh dibiarkan. Ada orang, dia tahu perbuatan tu salah, tapi dia berpendapat, takpelah, selipar je pun dia curi, bersyukur kau hadir ke masjid. Pendapat beginilah yang sebenarnya menyokong  perbuatan mencuri tersebut! Kau akan dapat sekali saham seperti orang yang mencuri.

Kena ingat, walaupun sekadar selipar. Tapi perbuatan tersebut menzalimi orang lain. Bayangkan dia terpaksa balik dengan berkaki ayam. Kalau waktu panas terik, bukankah itu satu perkara yang tidak patut?

Mohon ubah pemikiran perbuatan mencuri itu tak mengapa. Kau pergi solat berjemaah disurau tu satu hal. Mencuri tu satu hal! kau jangan kaitkan dua-dua perkara tadi untuk menjustify perbuatan mencuri tu ok. Aku tumbok muka kau.

Lepas dia dah selesa curi selipar, kang dia start curi tabung masjid. Kau juga yang pergi belasah.

Jul 3, 2022

JDT : Bola Sepak Modern Malaysia


Tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa JDT merupakan pasukan bola sepak daripada selatan tanah air yang membawa bola sepak Malaysia kearah lebih maju.

Pelbagai kejuaraan telah dicapai oleh pasukan ini membuktikan lagi bahawa pasukan ini bukan pasukan biasa, tapi pasukan yang boleh bersaing diperingkat tinggi. 

Siapakah yang membawa perubahan drastik ini?

Tentu semua tahu, TMJ adalah watak penting membawa JDT sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja didalam negara malahan diperingkat luar negara. Bayangkan JDT mampu menumbangkan juara dua kali liga korea selatan (K-league) dan menguasai hampir keseluruhan permainan.

TMJ seperti yang diketahui memberikan sokongan penuh kepada pasukan ini dari semua segi. JDT mempunyai fasiliti antara yang terbaik di Asia.

Bagi aku, antara faktor penting menyebabkan perubahan jdt sebagai pasukan belasahan menjadi pasukan terbaik adalah faktor kewangan yang kukuh. Mereka mampu menyediakan kemudahan terbaik untuk pemain. Fokus utama pemain hanya memberikan persembahan yang terbaik disetiap perlawanan.

Berbanding pasukan lain di Malaysia, mereka sentiasa bergelut dengan masalah kewangan yang teruk. Pasukan Perak misalnya. Musim ni mereka mengalami musim yang teruk akibat kemelut kewangan yang melanda pasukan.

Untuk menjadi pasukan bola yang kuat,mereka perlu mempunyai asas kewangan yang kukuh. Ianya mempengaruhi mentaliti pemain. 

Apa yang aku perhatikan jdt ialah, TMJ menekankan pemain untuk mempunyai mentaliti sebagai juara. Setiap perlawanan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh.

Mereka ada fasiliti yang baik. Rakan pasukan yang bermain dengan baik. Kewangan yang kukuh menyebabkan mentaliti mereka berubah. Ini tidak dapat dinafikan. Bencilah TMJ. Ianya tidak dapat menafikan apa yang dicapai oleh JDT dibawah kendalian beliau.

Aku seperti biasa adalah die hard fans Sabah. Namun aku melihat JDT merupakan pasukan luar biasa dari Malaysia yang perlu dicontohi dan sebagai Malaysian kita patut berbangga.

Walaupun aku berharap Sabah mampu menundukkan JDT 15 Julai ni. Aku melihat, bermain menentang JDT, pasukan lain perlu buang mentaliti JDT pasukan kuat hinggakan segala taktikal hilang ntah kemana ketika perlawanan.

Sebab itu, mentaliti pemain penting dalam mencorak perlawanan.

Akhir sekali, aku berharap bola sepak Malaysia akan terus meningkat naik dan mampu bersaing dengan negara-negara lain. Ujian pertama untuk Malaysia ialah di Asian Cup. 

Janganlah lagi FAM target kepada pasukan Malaysia ini sekadar untuk mencari pengalaman lagi, kerana ini menyebabkan mentaliti pemain ditahap yang sangat rendah. Mereka pergi bukan untuk berjuang habis-habisan tetapi sekadar melengkapkan perlawanan. Sampah! 


Jun 26, 2022

Agama di mata manusia di zaman ini.


 Kadang, kejadian macam ni selalu terjadi. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergaul dengan orang yang so called 'modern'. Kejadian ni akan dianggap janggal walaupun kepada muslim.

Aku pernah kena. Masa tu majlis perkahwinan which is bagi aku tak lah penting sampai mengabaikan waktu solat. Kau faham kan? Waktu ni aku hanya sekadar tetamu bersama yang lain.

Kalau tadi majlis tu perkahwinan aku, mungkin ada perbincangan lain. Tapi ini sekadar tetamu yang tak penting. Jadi bila masuk waktu solat, aku bagitau kawan aku nak solat dan ajak sekali.

Masa tu aku tak tahu jadi isu besar. Sebab kalau pun mereka tak nak ikut sekali aku boleh pergi sendiri. Lagipun solat ni bukan ambil masa berjam-jam. Lebih-lebih lagi lelaki tak perlu telekung dan make up sebagainya. Ini bini aku bagitau bila dia keluar lambat bila solat di Mall. Padahal aku tak cakap apa-apa pun.

Berbalik kepada cerita, masa tu kecoh konon aku nak nampak islamic, aku tak bertimbang rasa dengan majlis orang lain dan macam-macam lagi tuduhan.

Padahal mengikut perkiraan aku, solat kurang daripada 10 minit dan majlis tu kalau tak solat awal-awal akan terkejar-kejar dengan benda lain lagi. Lagipun aku melihat masa tu tak ramai yang pergi ke surau, dan kami sekadar duduk bersembang sedangkan waktu tu azan tengah dilaungkan.

Masih aku ingat, sampaikan ada seorang dua siap nak belasah aku sebab aku bagitau kita solat dulu. Bukan susah pun. 

Korang yang pernah kena situasi ni, kalau betul tak ada keperluan penting untuk tangguh solat, solat dulu buat kerja kemudian. Aku tak kata dalam sesetengah situasi misalnya korang terpaksa lewatkan solat tapi paksa juga untuk solat awal. Tak! Tapi ini aku bagitau bila situasi tak begitu mendesak untuk lewat-lewatkan solat.

Korang sendiri boleh nilai perlu ke tak perlu lewatkan solat masa tu. Korang nilai berdasarkan neraca agama dan diri korang.

Aku bukan apa, ramai melihat agama sekadar agama yang terlekat di kad pengenalan. Semakin ramai. Sebab tu bila ada yang tegur dalam isu aurat, akan ada melenting dan buat statement ala yang jaga aurat pun ramai rosak. Dik, ini bukan statement daripada orang yang beragama islam.

Bila ditegur, terimalah walaupun pahit. Kerana kebenaran itu memang sangat pedih bila kita mengalaminya. Tapi besar ganjarannya disisi Allah.

Aku pun kadang tak suka juga ditegur. Tapi bila betul aku salah, aku terima tanpa perlu perli agama sendiri dengan memburukkan syariat yang Allah telah tetapkan. Bertudung tapi jahat dan sebagainya. Ini kenyataan kufur. Bertudung tu bukan bapak kau tetapkan, tapi Allah.

Isunya, beranilah untuk tunjuk kita ni islam. Bukan untuk menunjuk, tapi untuk Allah. 


Jun 20, 2022

Team Bola Sepak Malaysia Layak ke Piala Asia 2023 Secara Merit.

 


Setelah menunggu berpuluh tahun untuk sampai ke Piala Asia secara merit, akhirnya tahun ni Malaysia berjaya masuk. Aku pun mula-mula rasa misi ke Piala Asia misi mustahil. Yela, dua Negara yang satu kumpulan dengan Malaysia iaitu Bahrin dan Turkmenistan tu ranking Fifa lagi tinggi daripada Malaysia. Hanya Bangladesh aku rasa masa tu Malaysia boleh kalahkan.

Walaupun sebelum tu Malaysia dah benamkan Hongkong dan Brunei tapi aku still rasa Malaysia tak jauh berubah. Dah lah Coach baru Harimau Malaya Kim Pan Gon (KPG) ambil pemain yang sama daripada coach sebelum ni. Namun betul orang kata. Dalam sukan bola sepak ni, macam-macam boleh berlaku. Itali pun tak lepas ke piala dunia walaupun ranking Fifa tinggi. 

Alhamdulillah. Satu misi Malaysia untuk bola sepak telah berjaya.

Bagi aku, Kalau KPG kekalkan pemain yang bermain ketika lawan Turkmenistan tu untuk lawan Bahrin tempoh hari, mungkin result akan berbeza.

Kalau permainan Malaysia boleh dikekalkan seperti tempoh hari, insyallah Malaysia boleh pergi jauh. Bagi aku, ini antara team terbaik Malaysia.

Tahniah juga untuk team Asean yang lain, Indonesia Thailand dan Vietnam. Mungkin ini permulaan untuk pasukan bola asean meningkat naik.

Bukan mudah untuk kita sampai ke peringkat ini. Jadi sama-sama kita doakan kejayaan yang lebih untuk Harimau Malaya. Kalau kau tak mampu nak sokong, kau jangan kondem. Jangan jadi si kitol pengkhianat.



Kes Buli Di Malaysia

Isu buli di Malaysia ni bukan benda baru. Hampir setiap bulan akan ada kes buli yang melibatkan budak sekolah. Ada mangsa buli yang sampai kena masuk hospital dan jadi kes polis.

Bagi aku, kes buli ni berpunca daripada ibu bapa. Titik. Sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa ingatkan anak-anak untuk jangan jadi pembuli. Bila terjadi kes buli, ada ibu bapa yang tak tahu pun apa yang anak dia lakukan di sekolah. 'eh saya tak tahu pun anak saya ni begini. Dirumah dia baik je'

Anak aku juga jadi mangsa buli di sekolah. Sejak darjah 1 lagi anak aku selalu mengadu ada kawan dia ganggu sampai dia menangis. Bagi aku, jika budak menangis, itu adalah buli. Di mata kita yang dewasa ni, sebab tu mungkin agak remeh bila difikirkan. Tapi untuk budak-budak, TAK!. 

Ada satu ketika sampai tak nak pergi ke sekolah. Takut.

Bila jadi benda macam ni apa aku buat? aku contact guru kelas. Aku bagitau apa yang jadi. Kalau masih berlaku, baru aku akan ke sekolah seperti hero tamil. Kau bayangkan.

Yela, kalau sampai anak kau ditolak ditangga sampai terjatuh. Dengan beg kedabak besar tu lagi. (Ni pun satu isu Kementerian yang bagi aku gagal untuk depa ni selesaikan. Taik.) Itu bukan benda biasa.

Jika kau sebagai ibu bapa, tanya anak tu kacau orang tak hari ni? lebih-lebih lagi kalau kau tahu anak kau hyper aktif. Bukan aku suruh kau marah pun, aku nak kau ambil peranan sebagai mak bapak dia. Jangan nanti bila orang tegur anak kita, baru rasa melenting macam b*bi. Anak kita, tanggungjawab kita.

Daripada pemerhatian aku sebagai bapa yang hensem ni, aku dapati kes buli ni berlaku disebabkan beberapa benda, 1. mangsa buli tu kecik. 2. Mangsa buli ni pendiam 3. Pembuli ni aktif/ Kuat main 4. Pembuli nak perhatian 5. kau cari lah sendiri lagi.

Berdasarkan kes anak aku, aku dapati ianya disebabkan dia kecik dan pendiam. Dia takkan lawan apa orang lain buat dekat dia. Dia lawan dengan air mata puteri dia je. Jengkel aku bila fikir. Satu lagi sebab kawan dia nak perhatian.

Antara kes-kes yang dia mengadu dengan aku bila aku ambil dia dari sekolah ialah, 1. kawan dia ambil pensil/pemadam. Ini aku tak kesah sangat. Sebab bini aku simpan banyak stok peralatan sekolah. Aku pun kadang pelik orang perempuan ni, dah macam hobi aku tengok. lagipun, mungkin budak yang ambil pensil dia tu perlukan pensil. Halalkan je lah. kan? Itu biasanya nasihat netizen makcik bawang dalam facebook bila ada kes curi berskala kecik.

Mula-mula tu aku biarkan je la. Ala budak-budak. Tapi dah start pula problem lain. Pensil warna sekali dia ambil. Tapi yang bikin aura hero tamil aku keluar bila sampai budak tu patahkan pensil, pensil warna. Kadang bila ada aktiviti mewarna, anak aku tak siap sebab pensil warna dia budak lain guna. Ambil satu box sekali. Dia dah minta barang dia, tapi kena cubit.

Kes lain, duit yang aku bekalkan kawan dia ambil semua. Ini pun bini aku kata takpe, mungkin kawan dia lapar tak ada duit. Jadi kami tak ungkit pun isu ni. 

Kau tahu, bila jadi kes macam ni aku bukannya marah dengan budak yang buli tu, tapi aku marah dengan mak pak budak tu. Aku rasa nak tumbuk tengkuk dia. Tumbuk rusuk kiri biar senak. Kick batang leher biar dia sedar. 

Tapi tu la, angan-angan je la nak buat benda macam tu. Alih-alih aku terpaksa dengar bini aku membebel. Bini aku bukannya marah sangat dengan orang lain, tapi dia marah aku sebab fikir nak pedajal orang lain. Murninya bini aku kan?

Bila kerap jadi, aku ajar anak aku untuk melawan. Bukan aku ajar tumbuk hidung kawan dia. Bukan!. Aku ajar untuk dia say NO. Aku ajar dia suruh bagitau cikgu. Aku suruh anak aku bagitau kawan dia, "ayah saya akan report polis bila dia ganggu lagi". hahaha

Yes. Berkesan. Budak-budak ni takut sangat dengan polis.

Aku tak ajar anak aku untuk ignore kawan dia yang selalu ganggu tu. Kadang, masa bini aku nak ke ninso untuk membazir, eh bukan, untuk beli barang-barang ntah apa-apa, kami akan beli sekali untuk kawan-kawan anak aku sorang satu. Berbuat baik walaupun kita disakiti (hero tamil 2022)

Kesimpulan untuk cerita pendek aku ni, 1. Jaga anak dengan didik mereka dengan akhlak yang baik. 2. Sentiasa tanya anak apa benda sekali pun. Orang putih kata jangan ada boundary antara kau dan anak. 

Kalau anak kau ayu macam anak aku ni, ajar dia untuk jadi kuat. Kuat untuk pertahan diri sendiri. Jangan kau rasa anak kau pendiam, anak kau tak aktif, tak banyak bersembang jadi kekurangan untuk dia. Jangan kau fikir begitu. Aku hempok kau nanti. Setiap anak itu istimewa dengan apa yang dia ada. Bersyukur.


Sabagai ibu dan bapa, mari bersama-sama kita membasmi budaya buli dikalangan budak sekolah.

Dunia yang kau hasilkan

Selepas negara pulih daripada Covid-19, kini semua kembali seperti dulu. Walaupun tidak semua, namun dari hari ke hari ianya semakin membaik. Negara juga semakin membaik. Tidak banyak bergaduh tentang politik.

Tak dinafikan, ada yang masih terkesan dengan pandemic ini. Hilang pekerjaan, hilang ahli keluarga dan sebagainya. Namun, kehidupan harus diteruskan.

Aku macam biasa, seperti dulu. Masih mencari arah untuk membina kehidupan. Masih bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Ada anak-anak. Ada isteri yang selalu membebel. eh bukan, isteri yang masih setia. Ibu bapa yang tak pernah berhenti berdoa untuk kami dan juga mak ayah isteri yang sentiasa ada dengan kami. Aku rasa segalanya cukup.

Kawan-kawan aku perhati kehidupan pun semakin membaik. Dulu yang single kini dah ramai kahwin dan ada anak. Dulu yang tinggal bersama parents, kini dah ada yang duduk rumah sendiri, kereta besar dan macam-macam lagi. Hidup mereka aku lihat semakin bahagia.

Dunia semakin membaik. 

Namun dalam diam semakin memburuk dari sisi yang lain. Aku melihat begitu.

Semakin ramai berlumba-lumba untuk mengejar dunia. Tanpa sedar. Golongan yang sedikit semakin sedikit. Lihat lah disekeliling. 

Dunia yang kau hasilkan, akan indah terhidang didepan matamu..



Jan 7, 2022

Asal berjanggut panjang kau panggil ustaz

 Di Malaysia, isu orang biasa mengaku ustaz semakin menjadi-jadi. Pakai jubah atau kurta, pakai kopiah terus orang akan panggil ustaz. Panggil berceramah. Panggil berkuliah. Lepas tu mula bagi fatwa mengarut. Mula bagi pandangan ikut kepada dia.

Budaya ini bagi aku perlu diperbetulkan. Bukan semua orang berpakaian 'islamik' misalnya itu ustaz. Ingat!

Sebab tu ada artis baru berhijrah untuk mendalami islam tiba-tiba jadi ustaz. Pandai bagi kuliah ikut suka dia. Lepas tu mengarut.

Kita kena menghargai ilmu. Jangan kita merosakkan gelaran ustaz dengan memberikan kepada orang yang salah. Rosak agama. Lepas tu mula jadi anti hadis, mula jadi teori konspirasi, mula itu mula ini yang tidak ada kaitan pun dengan islam.

Dulu masa di Universiti budaya begini aku banyak tengok disuburkan oleh budak-budak yang ikut persatuan so called islamic. Budak-budak dorang yang pandai bercakap depa pakat-pakat panggil ustaz. Panggil bagi tazkirah dari surau ke surau. Brainwash orang lain untuk ikut persatuan dia (ajak masuk parti so called islamic). Paling aku tak boleh blah, bila join usrah depa. Pandai-pandai bagi tafsiran ayat quran ikut kefahaman dia. Gila!

Jadi, bukan semua orang berjubah tu berilmu. Bukan semua orang berjanggut tu ustaz. Tengok Ebit lew. Dia sendiri tak mengaku dia ustaz. Tapi ramai bagi gelaran ustaz dengan dia. Kalau lah begitu mudah bagi gelaran ustaz dengan orang ramai, maka makin rosak agama.

Ps; ada budak tabligh yang aku kenal masa belajar dulu, sekarang dah macam ulamak. Gila!

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian