Jul 7, 2022

Bagaimana mendidik anak-anak untuk dengar cakap?

Perkara utama yang penting dalam mendidik anak-anak ialah DOA. Kau doa ntah apa apa kepada anak. Kau maki hamun anak dengan panggil dia dengan perkataan yang tak elok, jangan harap anak anda akan jadi lebih baik dan mendengar cakap.

Bagaimana kau berinteraksi dengan anak, begitulah hasil anak kau dikemudian hari.

Kau sebagai ibubapa adalah orang yang bertanggungjawab kepada anak kau. Bukan cikgu atau bibik. Ada orang, dia hairan anak dia tak rapat dengan dia, anak dia dingin dan terasa macam ada satu gap antara dia dan anak. Anak dia tak dengar cakap dan sebagainya

Padahal, dia sendiri tak periksa berapa banyak masa yang dia habiskan untuk anak-anak. Aku bagi contoh mudah. Pagi-pagi selepas subuh dah start packing barang-barang anak untuk dihantar ke rumah pengasuh. Sampai ke petang. Balik kerja ambil anak. Pukul 9 ke pukul 10 malam, tidurkan anak. Cuba kau bayangkan berapa banyak masa kau dan anak ada? 

Itu belum cerita ada ibubapa yang masih tinggalkan anak dirumah pengasuh ketika cuti samaada disebabkan kekangan kerja atau aktiviti berME TIME atau aktiviti lepak bersama kawan-kawan.

So, tahu sudah kenapa terasa ada gap antara anak dan kau?

Aku tak nafikan, ada keluarga yang memang struggle cari duit untuk keluarga. Penuhi keperluan keluarga dan sebagainya. Namun, aku masih nampak benda ni kadang dipandang remeh ibubapa. Dia korbankan masa anak dan dia demi pekerjaan, tapi dalam masa sama dia taknak masa dia untuk diri sendiri terkorban demi anak-anak.

Jangan terkejut ada ibubapa rasa anak sebagai beban. Memang tidak ada yang akan mengaku secara langsung, namun cara dia handle seolah-olah dia lepaskan beban anak tersebut kepada orang lain. Mengeluh itu dan ini.

Jadi, adakah anak yang kita harapkan terhasil daripada hasil benih kita akan ikut seperti apa yang kita nak? Dari segi pendidikan mungkin ya, kalau kau banyak duit. Kalau setakat cukup-cukup makan bagaimana? anak terabai dalam masa yang sama masih juga terbeban dengan ekonomi.

Point penting aku nak ingatkan ialah, bagaimana kita sebagai ibubapa harus dan perlu berkorban demi anak-anak. Penat macam mana sekalipun mencari duit, kau perlu juga luangkan masa kau yang ada tu untuk anak kau. Tanya dia, bawak berbual, tanya tentang sekolah, kawan-kawan, cita-cita dia bila besar dan sebagainya.

Antara benda ibubapa yang aku nampak selalu mereka terlepas pandang ialah bagaimana emosi anak? Bagaimana dalaman anak selepas bertahun dibesarkan. Inilah sebenarnya mencorak diri dia dimasa hadapan. Bukannya dengan paksa masuk pelbagai aktiviti, takewando, silat, bola, melukis, berenang dan macam-macam lagi aktiviti yang bagi aku membazir waktu dan wang. Belum sekolah dah belajar pelbagai benda. 

Kenapa membazir? Emosi anak aku rasa akan terjejas teruk sebab mereka kadang mengikut kelas-kelas tersebut sebab suka atau minat, tapi kebanyakkannya dipaksa oleh ibubapa yang terikut-ikut dengan orang lain. Bayangkan baru umur 6-7 tahun jadual kehidupan dah full dari isnin sampai ke ahad.

Teringat lagi masa Humaira masih baby, ramai ibubapa aku perhati bawak anak yang masih bayi pergi ke kelas berenang. Yang pakai pelampung tu dan kepala baby je timbul. Kau perasan tak?

Aku melihat benda tu membazir dan tiada keperluaan sangat lebih-lebih lagi kau yang masih struggle dengan kehidupan. Kau harap anak kau yang bayi tu pandai berenang ke? macam bayi orang putih tu?

Orang putih tu, masuk kelas berenang sampai budak pandai. Depa banyak duit. Yang orang kita ni, masuk berenang target dia apa kalau masuk kelas sekadar sekali dua je?

Jaga emosi anak.

Ramai budak tertekan tanpa ibubapa sedar. Perubahan emosi ketara. Dulu lasak tiba-tiba pendiam. Suka menangis. Selalu terjaga malam. Meracau. Sleepwalking. Suka bersendiri. Dulu suka bercakap tiba-tiba malas bercakap. Pandai melawan. Dan macam-macam lagi perubahan yang kadang kita sebenarnya tak perasan emosi mereka sebenarnya yang terganggu!

Kau sebagai ibu bapa kena tahu, kanak-kanak pun boleh terkena depress, tekanan perasaan, panik dan sebagainya. Jadi lihat perubahan anak. Bukan ibubapa je tertekan, anak pun sama.

Tanggungjawab ibubapa ni besar. Bukan sekadar memberi nafkah dan membiarkan anak di asuh orang lain dan sekadar tunggu dia membesar. Bila kau bersedia untuk ada anak, kau kena bersedia untuk korbankan segalanya untuk anak. Sebab itu adalah tanggungjawab terbesar kau.

Bercakaplah dengan mereka dengan lebih kerap. Ini selalu aku dan bini praktis dengan budak dua ketul ni. Dengar depa mengarut dengan tanya pelbagai soalan pelik. Misalnya kenapa kita kena makan? bila aku suruh dia makan. Kenapa kita kena berak? Kenapa awan kaler biru dan kadang-kadang putih? Sampaikan, aku rasa bodoh sebab tak mampu nak jawab.

Kadang seronok dan kadang menyakitkan hati. Aku bagi contoh bila aku bercakap tentang bahayanya bermain Handphone untuk budak-budak sebaya mereka. Siap aku tunjuk video dan gambar yang aku google budak-budak rosak mata. Pokoknya, cukup cemerlang seperti ustaz yang tengah berkuliah. Tapi kau tahu apa anak aku tanya semula? 

"Tapi why daddy dan mommy main phone je selalu? tak sakit pun mata?" 

Jem..

Bagi aku, just berinteraksi dengan mereka. Jangan biarkan mereka malu dengan kita ni. Kalau anak-anak kau dah rasa malu dengan kau atau takut nak luah apa benda dengan kau, percayalah hubungan kau dengan dah tak seberapa baik.

Sedikit petua untuk anak yang tak dengar cakap. Aku buat dengan anak aku menjadi. 

Pertama bila depa buat salah, kau kena gertak depa sekali tu sampai betul-betul mereka takut. Kau bagi mereka janji juga masa tu kalau buat lagi sekali, kau takkan bagi peluang kedua dah. Masa tu kau kena buat-buat marah. Kalau nak lagi ok, kau marah sekali bini. Tapi tu lah, takut kau dengan bini pula problem.

Bro kita orang asia kena didik anak ikut cara orang asia. Aku tak suruh kau pukul tapi sekadar kau bagi dia gerun dengan kau, bagi mereka tahu kau superhero, kau supermom, kau ada kuasa keatas mereka dalam hal-hal adab dan sebagainya. 

Jangan ikut bagaimana orang putih mendidik anak. Ground anak seminggu. Simpan phone seminggu. Percayalah dia akan buat balik benda yang kau tak  suka tu. Sebab apa? Sebab dia tahu, bila dia buat silap lagi, punishment  dia sekadar seminggu dua je. Dia tak rasa terkesan.

Aku biasa tunjuk rotan je. Aku simpan dalam rumah. Sorang satu rotan. Aku beli di kedai dua ringgit. Alhamdulillah, sekadar aku jegil mata, depa diam. Walaupun kadang tak juga menjadi lebih-lebih lagi ada bini aku masa tu. Bini aku kadang dialah jadi penyelamat budak-budak walaupun dia paling banyak jadi harimau dalam rumah. Tapi ok, budak-budak pandai jaga diri. Sekali dua nakal tak apa, yang problem bila nakal yang kau sendiri tak boleh kawal.

Kesimpulannya. Doalah kepada Allah banyak-banyak untuk anak bini. Kita mampu berusaha tapi Allah yang menentukan segalanya. 

Jangan penat untuk berdoa. Tak perlu selepas solat. Sebelum tidur pun doa, tengok anak doa, panggil mereka dengan perkataan yang elok..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian