Aug 22, 2018

Anakku

Mendidik anak perlukan banyak kemahiran. Terutama kemahiran mengawal diri untuk sentiasa bersabar dan tidak cepat emosi jika mereka tidak mengendahkan kita.

Humaira adalah anak sulungku. Bagi aku dia seorang yang sangat cerdik walaupun sedikit emosi.Mungkin diwarisi dari aku. haha. Dari kecil lagi aku melihat kelebihannya yang cukup membuatkan aku bangga.

Ketika dia masih lagi tidak mampu merangkak, dia tidak pernah memasukkan benda like mainan atau sampah yang ada diatas lantai ke dalam mulutnya. Kau bayangkan, budak sekecil sebesar itu sudah  mampu mengikut arahan. Bila dia dapat pegang mainan yang kecil ataupun cebisan kertas, dia akan hulur tangan bagi dengan aku. Lepas tu dia senyum. Senyum yang aku rasa senyum berpuas hati  bila tugas selesai.

Banyak benda yang Humaira mampu lakukan tak sepadan dengan umurnya ketika itu.

Dia mampu pegang pen atau pensel warna dengan proper. siap lukis orang 'potato'(dia buat bulat,lepas tu dia letak titik dua dalam bulatan untuk tunjuk mata. dia buat hidung dan mulut,letak rambut , tangan dan kaki). walaupun umur dia masa tu sepatutnya memegang pensel pun mesti tak mampu lagi,apetah lagi melukis objek.

Ada banyak lagi contoh misalnya bagaimana dia boleh mewarna kotak. Tanpa warna terkeluar dari kotak tersebut.

Mampu membezakan left and right. Kebiasaannya, budak-budak sangat payah membezakan selipar kiri dan kanan. Main masukkan je kekaki.Tapi Humaira tak. Dia akan guna dengan betul setiap kali. Sebelum dia guna selipar, dia akan make sure selipar tu dia susun ikut kiri dan kanan then baru dia guna.

Mungkin aku dan isteri selalu cuba untuk ajar dia dalam banyak hal. Bukan sekadar memberi arahan, tapi dengan mengajar terus. Misalnya kita sendiri sebagai contoh buat, then dia akan ikut sekali.

Alhamdulillah, Rumaysa sekarang, bila dia sepahkan mainan dia pandai kemas semula. Dia akan try masukkan kedalam kotak atau bekas mainan semula selepas dia sepahkan. Walaupun lepas tu dia akan sepahkan lagi dan lagi. Kadang, dia akan berlumba dengan Humaira,siapa cepat masukkan mainan dalam kotak. Dan aku dan isteri yang tiap kali akan menang. 

Nasihat aku, sentiasa sabar dalam mendidik anak dan sentiasa banyak berdoa.

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian