Sep 20, 2022

Aku dan Wahabi Part 2

Baru-baru ini, timbul isu bila tok guru Asyairoh Malaysia bersungguh-sungguh mempertahankan kesesatan Sheikh Nazim tarikat Naqsyabandi.

Ada banyak isu kesesatan yang jelas tarikat ni tunjuk. Korang boleh tengok dalam video-video di Youtube, teks-teks ucapan dia ketika masih hidup yang jelas menyimpang daripada ajaran islam.

Namun agak ajaib bila orang beragama menafikan kesesatan yang jelas tersebut.

Untuk lebih jelas, korang dengar disini 

Apa yang aku nak tulis disini ialah bila mana puak ni bersungguh sungguh mempertahankan penyimpangan Tarekat Naqsyabandi ni sehingga kan depa boleh kata boleh meminta pertolongan dengan pokok kalau yakin yang memberi itu daripada Allah.

Kemana islam depa nak bawak sebenarnya?

Kau tak belajar agama pun tahu, haram meminta pertolongan dengan pokok. Apetah lagi dengan makhluk yang lain. Dari kecik kita diajar supaya meminta ampun kepada Allah. Berdoa kepada Allah untuk penuhi hajat kita. Kan?

Tak pelik ke?

Wahabi ke kita bila memohon hajat direct kepada Allah? Wahabi kah kita bila meminta pertolongan daripada Allah berbanding orang didalam kubur? Tak beradab ke kita memohon direct kepada Allah tanpa perantaraan wali?

Kau tak belajar agama tinggi pun tahu, benda ni salah dan berlaku penyimpangan.

Semoga kita dijauhi daripada pak ustaz yang membodohkan akal umat!

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian