Sep 15, 2022

Jiran dari Neraka Part 4

 Aku  pun tak tahu berapa kali aku telah update pasal jiran aku yang teruk nak mampos ni. Tadi masa aku nak hantar anak aku ke sekolah, aku nampak surat posmen selit tepi pagar. Aku pergi ambil. Lepas tu sampai sekarang aku geram sebab baru aku perasan pokok kari aku tanam tepi pagar jiran patah.

Mesti dia akan claim masuk kawasan dia. Walaupun sebenarnya tak masuk pun. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran jiran aku ni. Bukan bangsa lain, tapi Melayu!. Bukan agama lain tapi Islam.

Sebelum ni, aku perasan pagi-pagi masa aku nak drive kereta ada kahak depan cermin kereta. Aku pun pelik siapa lah jahanam pergi ludah. Sebelum parking dalam rumah memang aku pasti kahak tu tak ada.

Jadi bagaimana kahak tu ada atas cermin kereta aku yang parking dalam pagar rumah? Mestilah ada orang terdekat yang pergi ludah. Dan rumah jiran aku paling dekat.

Sekarang pun, kalau aku nak jemur kain depan pagar tepi rumah dia rasa risau dia pergi ludah. Sangat melampau macam tak ada agama.

Dia bengang dengan aku sebab aku tak bagi dia jemur kain dalam kawasan rumah aku. Standard lah kau tak kasi orang ceroboh masuk kawasan rumah kau. Lebih-lebih lagi kalau benda tu sampai menyusahkan kau. Sebab dia jemur kain tempat aku tu, akan menyusahkan aku kalau nak keluar rumah. Sebab pintu pagar aku tak boleh nak buka luas.

Beginilah perangai melayu. Bila dia lagi awal tinggal ditempat tu, dia rasa dia boleh buat sesuka hati mak bapak dia ceroboh kawasan orang lain. Lepas tu orang lain kena taat dan jangan melawan. Kalau tak, dia akan lagi sabotaj rumah kau.

Bagi aku apa yang dia buat sangat melampau. Tu belum masuk bab paku paku, skru tiba-tiba banyak dalam kawasan parking rumah aku. Sampaikan aku terpaksa kutip setiap hari.

Disebabkan kekangan kewangan. Aku tak dapat pindah rumah lagi. Jadi terpaksa hadap masalah jiran dari neraka ni dengan penuh sabar dan tawaduk.

Korang yang baca ni, doa kan aku tabah dan bersabar. Semoga Allah balas dengan beri rumah yang lebih baik daripada sekarang.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian