Sep 21, 2022

Jiran dari Neraka Part 5

Sebenarnya aku dah give up nak bergaduh atau nak rasa sakit hati dengan jiran sampah aku ni. Bagi aku, macam rasa tak guna sakit hati dengan benda yang tak penting.

So sebolehnya aku elak. Aku pasang tirai antara rumah aku dan jiran sampah ni supaya tak lah dia pandang aku sambil buang muka dan meludah ke tepi. Aku sakit hati sangat bila tertengok.

Lagi satu aku pasang penghadang supaya kes kahak yang ada dekat cermin kereta aku tak berulang. Aku tak pernah bising, tanya siapa yang pedajal. Aku biarkan je. Sebab aku malas nak bergaduh. Biar Allah selesaikan nanti.

Satu lagi aku tak nak ada orang tembak ke arah rumah aku or kereta aku pakai pistol mainan yang pakai peluru biji-biji tu. Sebelum ni, nak dekat semangkuk aku kutip tiap hari dekat halaman rumah aku. Aku tahu siapa ada pistol mainan tu, tapi aku malas nak panjangkan isu.  Buatlah sesuka hati mu kalau itu buat kau rasa menang. Jadi, dengan adanya tirai yang pisahkan rumah aku dan rumah jiran sampah ni, akan kurangkan aku terjumpa peluru biji-biji tu. Dan betul. Berkurang. Alhamdulillah.

Tapi tadi ntah apa yang aku fikir sampai aku terpaksa bergaduh dengan jiran. hahaha

Masa aku nak hantar anak aku ke sekolah, aku nampak pokok aku dekat tepi rumah bersebelahan rumah jiran sampah ni patah. Dan sebenarnya aku tahu, banyak kali pokok aku kena patah. Pokok ubi, pokok kari, pokok nenas. Walaupun tak masuk ke kawasan dia, tapi still setiap hari aku nampak kesan orang patah.

Aku tak ambil kisah sebenarnya. Tapi tadi aku kesah sebab batang pokok yang patah tu dia buang ke kawasan aku. Kalau tadi aku tak nampak, aku malas nak ambil besar isu tu. Tapi ni dah melampau. Dia mungkin ingat aku tak kesah sebab tu dia nak tunjuk yang dia berjaya patahkan lagi pokok aku.

So tadi, korang nak tau aku buat apa? aku pergi cabut penyidai baju dia yang masuk kawasan rumah aku, dan aku bagi balik ke kawasan dia. Honestly, aku tak rosakkan pun. Aku cabut elok-elok harap2 dia pasang dekat kawasan dia sendiri.

Lepas dia tahu, dia mengamuk gila babi. Dia jerit babi babi dengan aku. Sambil pasang semula. Lepas tu aku cakap dengan dia. ' eh pokok aku masuk dalam kawasan engko (walaupun tak masuk), kau patahkan. Tapi bila aku buat benda sama, kau melenting? kau bising." 

Korang tau dia balas apa?eh penyidai aku ni dah lama da dekat situ. Sebelum kau tinggal rumah ni lagi. Alamak. Alasan macam ni pun boleh ke?

Bayangkan, disebabkan penyidai dia tu, aku tak boleh buka pintu pagar aku luas-luas. Lebih-lebih lagi dia akan jemur area kawasan aku, kawasan dia, dia biarkan kosong supaya tak ganggu pagar dia. Bayangkan?

Sebenarnya, sebelum ni aku biarkan je. Bagi aku hidup berjiran. Kena ada give and take. Tapi bila dia dah melampau aku dah kena bagi ingat sikit tu kawasan siapa.

Aku tak lah boleh buat apa-apa sangat, sebab rumah sewa. So aku biarkan je. Aku tanam pokok jadikan PAGAR antara rumah dia dengan rumah aku sebenarnya supaya dia tak longgokkan sampah dia dekat kawasan aku. Sebelum ni, dia selalu longgokkan sampah yang bertimbun, sampai susahkan aku nak keluar daripada pagar rumah. Kayu, plastik dan macam-macam lagi.

Kadang hampir setiap minggu aku kena bersihkan sampah-sampah tu sebab pekerja pengutip sampah dia takkan bersihkan sangat pun sampah.. Malahan berterabur dikerjanya. So aku je la jadi bodoh kena bersihkan setiap kali. Walaupun tak banyak, cukup boleh menyakitkan hati. 

Banyak sebenarnya benda aku bertolak ansur. Sebab aku takut menyakitkan hati jiran. Nabi dah peringat soal ni. Boleh jadi isu Syurga Neraka seseorang. Tapi, sebenarnya, bila kita teraniaya, kita wajib pertahankan diri!

Setiap hari kami diperli bila keluar kereta, kami diam. Dia sengaja tinggikan suara bila kami nak masuk kerumah, kami diam je. Sampai, aku dah warning siap-siap anak aku, jangan buat bising bila keluar kereta. Masuk terus rumah.

Tapi sekarang, nak jadi apa pun, jadi lah. Allah akan bersama dengan orang yang benar. Mungkin aku kalah disini, tapi diakhirat aku tak.

Dari tadi aku tak habis dengar dia dok mencarut kata, ada babi rosakkan penyidai dengan anak laki dia. Berbakul makian dia bagi, terjerit-jerit dekat rumahnya. Dia terlupa kot, dia start dengan patahkan pokok aku.

Korang aku nak nasihat sikit. Hidup berjiran ni, kau kena jaga batasan sebagai jiran. Kau kena tengok kawasan kau, terambil hak orang lain ke tak? Jangan kau guna alasan kau dah lama maka kau boleh parking kawasan orang, kau boleh sidai baju kawasan orang, kau boleh letak tong sampah kawasan orang lain. Jangan. Kalau kau islam, Allah larang ambil hak orang lain. Allah larang kau sakiti hati jiran kau. 

Formula dia senang, kau tak nak orang ambil hak kawasan kau, kau jangan start ambil hak kawasan orang lain. Kecuali itu memang sah kau punya kawasan.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian