Sep 13, 2022

JIJIK 3

Curang merupakan pilihan, bukan kebetulan.

Orang bila dah gatal, dan rasa nak mengkhianati, dia tak tunggu kita ni buat salah. Tak!

Kau buat lah sehabis baik dengan dia. Kau berilah sepenuh raga kau dengan dia, Kalau dia nak curang, dia akan curang. Without worry anything yang dia akan hilang kau. Dan dia akan salahkan kau bila dia terkantoi. Normal.

Kau hairan ke benda macam ni boleh berlaku? Orang yang tak mengaku salah, dia akan berusaha untuk jadikan kau sebagai kambing hitam untuk menutup kesalahan yang dia lakukan. Dia akan letak salah dia dibahu kau. Sebab, dia buat salah sebab kau dulu buat salah.

Kita ni kena bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Perbuatan kita ada lah pilihan yang kita buat untuk kita lakukan. Kita pilih untuk buat dan kita suka untuk buat. Setiap orang ada akal, tak mungkin kau dipaksa untuk curang dengan pasangan kau! Mustahil.

Kita tahu salah, tapi kita buat juga. Kau rasa sebab apa?

Paling komanlah mangkuk-mangkuk yang curang ni takkan mengaku salah dan dia akan salahkan orang lain. Jadi mangsa, kaulah. Depa ni memang muka tak tahu malu dan jenis orang yang tak bertanggungjawab samaada dengan kau atau diri dia sendiri. Kau pegang cakap aku, depa ni jenis takkan mengaku salah.

Padahal orang yang dia tipu tu mungkin telah sehabis baik untuk jaga segala kekurangan dan kelemahan diri dia dan kau. Berkorban sana sini. Semata-mata nak jadi seperti doa orang selalu bila kahwin. Till Jannah. Tapi disebabkan mangkuk ni tak tahu nak menghargai, dia mudah je curang. Mudah je dia layan Jantan/Betina lain dibelakang. Mudah je dia sorok. Sebenarnya dia tak bersyukur dengan apa yang dia ada.

Dia lihat orang lain lebih baik daripada apa yang dia ada. Tapi kebiasaannya mereka ini sekadar untuk rasa dia menarik dimata para buaya. Murah!

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian