Jul 18, 2022

Jiran Dari Neraka ; Part 3

Aku pun tak tau, sampai bila aku akan tulis bagaimana jahanamnya perangai jiran aku ni dari hari ke hari. Mungkin sampai aku dapat pindah rumah la kut.

Ada yang kata, jumpa lah dengan jiran. Bincang baik-baik. Sudah. Aku dah jumpa jiran. Bagitau apa masalah. Tak jalan. Setiap hari dia buat benda yang sama aku complain.

Mungkin orang lain akan nampak masalah ni remeh. Tapi untuk aku hadapinya setiap hari, menghakis juga hati aku yang suci ni. Aku rasa nak tumbok hidung jiran aku selalu.

Tong sampah rumah dia. selalu dia letakkan dalam kawasan rumah aku. Kalau tadi tak ganggu, aku tak seberapa kisah. Tapi tong sampah tu selalu aku terlanggar bila aku revise kereta masuk rumah.

Aku dah berkali bagitau, jangan letak tong sampah tu tepi pagar, letak je la kawasan kau yang luas tu. Tapi still dia letak bila ada kereta dia parking depan rumah.

Sekarang aku dah tak tegur. Aku just angkat je tong sampah aku hentak kuat-kuat depan rumah dia. Kadang aku tengok dia skodeng je, tapi esok esok dia buat balik. Alihkan tong sampah masuk kawasan rumah.

Yang pelik dia masam muka dengan aku, konon aku mungkin jiran paling jahat sebab tak bagi dia letak tong sampah depan rumah aku. Dah lah bila sampah dia full, dia letak je kawasan rumah aku sampah-sampah dia tanpa rasa bersalah langsung. Aku macam biasa, letak balik ke kawasan dia kalau aku perasan. Kadang aku biar je, aku sumpah serana dalam hati je mampu.

Nampak remeh tapi menyakitkan hati.

Tu belum aku tunjuk spender dan bra dia gantung betul betul tepi pintu pagar aku. Sampaikan aku yang malu bila ada tetamu datang kerumah. Yela takut dorang ingat tu spender aku, tu bra orang rumah aku. Ada je gambar aku ambil jadikan bukti bila nanti satu hari dia tanya kenapa aku tak bertimbang rasa.

Oh ye, jiran aku ni India. Sebelah kiri pula melayu. Dua-dua perangai sampah. Tak pernah fikir hidup berjiran tu kena macam mana. Nasib baik makcik depan rumah aku baik dan jiran yang lain baik.

Kadang aku tengok, kereta aku cukup-cukup untuk kereta masuk kerumah je. selebihnya jiran kiri dan kanan dah ambil. Kadang aku biar je depa ni buat perangai. Aku doa kepada Allah bagi depa rasa juga apa yang aku rasa.

Bayangkan, aku keluar rumah pun depa boleh parking depan rumah dan sebelum ni pernah parking lagi dalam rumah aku. Rumah kecik tapi kereta banyak. Tu yang sampai menyusahkan jiran jiran lain.

Nasihat aku, bila kau baru sewa rumah atau beli rumah. Check siap-siap boundary antara kau dan jiran. Jangan selalu kata, tak apa, bagi je depa guna sekejap. Big NO! kadang ada jiran ni mangkuk, dia ingat kau bagi dia guna tempat kau, so dia akan guna sampai bila-bila. 

Padahal kau bagi guna maybe untuk hari tu je. Yela hidup berjiran kan. Sharing is caring. Tapi Ini tak, kawasan rumah kau dah jadi kawasan rumah dia. Pagar kau pun dia akan jemur baju. Nampak remeh tapi menyakitkan hati. Bila dah lama jadi, payah dah kau nak tegur semula or ambil balik kawasan kau. Kecuali kau memang hati kental sanggup nak bertekak panjang.

Baru tadi jiran sebelah rumah aku bebel depan depan aku konon aku letak tong sampah merata. Tong sampah aku ada depan rumah dia. Padahal pekerja pemungut sampah yang pi letak depan rumah dia. Aku malas nak bergaduh, aku diam je la. 

Semoga Allah berikan aku jiran yang baik lepas ni. Yang takkan menyusahkan aku dan orang lain.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian