Jul 6, 2022

Jiran Dari Neraka : Part 2


Kadang aku terfikir, bagaimana boleh jadi perseteruan (Bergaduhlah dalam bahasa mudah) antara aku dan jiran-jiran ni. Sebelum ni, aku sentiasa berbaik dengan jiran. Bila aku balik daripada Sabah atau daripada bercuti, aku belikan sekali buah tangan. Jiran kiri dan kanan.

Kalau petang-petang aku beli pisang goreng, aku belikan sekali untuk mereka.

Dalam agama sendiri Nabi pesan untuk menjaga hati jiran tetangga. Tapi bila banyak benda berlaku, dan aku ditekan serapat-rapatnya ke dinding oleh jiran yang jahat ni, jadi aku rasa sudah masanya aku lawan balik. Demi maruah, bangsa dan negara. Tudiaa. Aura filem mat kilau.

Ada satu hari tu, aku dan family balik daripada beli barang. Kau bayangkan, biasanya kalau balik daripada beli barang ni aku seperti biasa rasa luluh hati dek kerana anak bini. Sedihkan? Yela, balik je, mesti sorang-sorang buat hal. 

Yang satu tiba-tiba mengantuk, penat, sakit kaki dan mengamuk. Yang satu lagi menangis sebab tak dapat space yang cukup dalam kereta sebab kena mengalah dengan budak paling kecik. Bukan kereta tak cukup space tapi budak kecik tu sengaja berkangkang baring. Bini pula macam biasa akan tumpang sekaki marah. Dia marah budak tapi sekali dengan aku dia marah.

Tapi bila sampai ke rumah, jiran mangkuk ni tiba-tiba teriak perli aku sekeluarga. Dia tengking anak dia suruh diam! dia kata tiap hari memekak. Tak tahu ke orang nak rehat? Aku yang baru buka pintu kereta rasa eh kau perli aku ke ni? Bukan sekali dia buat, tapi berkali-kali dia tengking anak dia time aku ada diluar rumah. Bayangkan guys. Rasa macam aku dia marah.

Last sekali aku pun teriak balik. Aku teriak dengan bini aku yang ada dekat tepi aku tu haha. Aku tempik gaya pahlawan. Aku teriak, tiap hari hidu bau tahi kucing, rumah pun dah bau tahi kucing. mangkuk betullah. Kau tahu, sekali dengan bini aku terasa. Diam-diam dia bisik, you marah i ke tu? Dalam hati aku kata iya, tapi mulut aku kata tak sayang. Nampak tak permainan?

Lepas daripada tu, jiran aku dah tak pernah jerit-jerit nak perli. Tapi aku pula yang galak memerli setiap hari. Pantang aku rasa ada benda pelik, aku akan jerit kuat kuat ke arah rumah dia. Mungkin dia patut rasa erti sakit hati bagaimana. kan?

Aku tahulah sebelum ni dia perli aku. kamon lah. Aku dah makan garam lama sangat dengan jiran aku ni.

Dia tuduh anak-anak aku bising, padahal anak aku dua orang je, bising mana lah. Anak aku bukan kuat menangis. Menangis pun dia akan sorok-sorok sebab takut dengan aku. Tapi ini sekadar point mereka untuk bergaduh sesama jiran. Last aku TERRbawang dengan makcik depan rumah aku, dia bagitau bukan aku seorang jiran tu gaduh, tapi ramai dia ajak bergaduh.

Kawan anak jiran aku yang datang ke rumah pun mangkuk ni usir suruh pulang. Sebab bising. Adik aku punya kawan pun dia usir sebab bising. Padahal budak tu berbual je. Tak ganggu pun.

Sekarang, aku perhati dia dah kurang memerli aku. Sebab aku dok bangkitkan isu kucing dia berak merata depan rumah aku. Kencing di rumah aku. Aku sebenarnya tak lah kisah mana pun pasal kucing tu sebab anak anak aku pun suka main dengan kucing. Yang aku kesah owner dia yang bangang.

Aku rasa jiran-jiran lain tahu aku problem dengan jiran sebelah ni. Sebab aku pegi pasang canvas hadang antara rumah dia dan aku. Aku dah sampai tahap jijik nak tengok muka dia.

Ramai suruh pindah, tapi tu lah, sekarang aku tak mampu. Kami hanya mampu berdoa dipermudahkan segala urusan. Kadang nak tinggalkan rumah sehari dua pun risau. Yela sebelum ni masa isu ni panas, aku dengan bini aku selalu jumpa paku, skru dan benda tajam depan rumah. Bukan sekali tapi banyak kali. Kereta aku dah berkali pancit depan rumah. Motorsikal aku dah dua kali bocor depan rumah.

Aku tak tuduh sesiapa pun, tapi kalau itu perbuatan khianat aku doa kepada Allah bagi dia rasa sakitnya tukar tayar tengah panas matahari sambil dibebel bini. Kau rasalah. Tangan sakit, badan sakit, hati pun sakit. Sakit tiga serangkai.

Nanti aku sambung lagi cerita pasal jiran. Jangan lupa like share dan subscribe. eh macam youtube pula.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian