Jul 3, 2022

JDT : Bola Sepak Modern Malaysia


Tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa JDT merupakan pasukan bola sepak daripada selatan tanah air yang membawa bola sepak Malaysia kearah lebih maju.

Pelbagai kejuaraan telah dicapai oleh pasukan ini membuktikan lagi bahawa pasukan ini bukan pasukan biasa, tapi pasukan yang boleh bersaing diperingkat tinggi. 

Siapakah yang membawa perubahan drastik ini?

Tentu semua tahu, TMJ adalah watak penting membawa JDT sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja didalam negara malahan diperingkat luar negara. Bayangkan JDT mampu menumbangkan juara dua kali liga korea selatan (K-league) dan menguasai hampir keseluruhan permainan.

TMJ seperti yang diketahui memberikan sokongan penuh kepada pasukan ini dari semua segi. JDT mempunyai fasiliti antara yang terbaik di Asia.

Bagi aku, antara faktor penting menyebabkan perubahan jdt sebagai pasukan belasahan menjadi pasukan terbaik adalah faktor kewangan yang kukuh. Mereka mampu menyediakan kemudahan terbaik untuk pemain. Fokus utama pemain hanya memberikan persembahan yang terbaik disetiap perlawanan.

Berbanding pasukan lain di Malaysia, mereka sentiasa bergelut dengan masalah kewangan yang teruk. Pasukan Perak misalnya. Musim ni mereka mengalami musim yang teruk akibat kemelut kewangan yang melanda pasukan.

Untuk menjadi pasukan bola yang kuat,mereka perlu mempunyai asas kewangan yang kukuh. Ianya mempengaruhi mentaliti pemain. 

Apa yang aku perhatikan jdt ialah, TMJ menekankan pemain untuk mempunyai mentaliti sebagai juara. Setiap perlawanan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh.

Mereka ada fasiliti yang baik. Rakan pasukan yang bermain dengan baik. Kewangan yang kukuh menyebabkan mentaliti mereka berubah. Ini tidak dapat dinafikan. Bencilah TMJ. Ianya tidak dapat menafikan apa yang dicapai oleh JDT dibawah kendalian beliau.

Aku seperti biasa adalah die hard fans Sabah. Namun aku melihat JDT merupakan pasukan luar biasa dari Malaysia yang perlu dicontohi dan sebagai Malaysian kita patut berbangga.

Walaupun aku berharap Sabah mampu menundukkan JDT 15 Julai ni. Aku melihat, bermain menentang JDT, pasukan lain perlu buang mentaliti JDT pasukan kuat hinggakan segala taktikal hilang ntah kemana ketika perlawanan.

Sebab itu, mentaliti pemain penting dalam mencorak perlawanan.

Akhir sekali, aku berharap bola sepak Malaysia akan terus meningkat naik dan mampu bersaing dengan negara-negara lain. Ujian pertama untuk Malaysia ialah di Asian Cup. 

Janganlah lagi FAM target kepada pasukan Malaysia ini sekadar untuk mencari pengalaman lagi, kerana ini menyebabkan mentaliti pemain ditahap yang sangat rendah. Mereka pergi bukan untuk berjuang habis-habisan tetapi sekadar melengkapkan perlawanan. Sampah! 


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian