Jun 20, 2022

Kes Buli Di Malaysia

Isu buli di Malaysia ni bukan benda baru. Hampir setiap bulan akan ada kes buli yang melibatkan budak sekolah. Ada mangsa buli yang sampai kena masuk hospital dan jadi kes polis.

Bagi aku, kes buli ni berpunca daripada ibu bapa. Titik. Sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa ingatkan anak-anak untuk jangan jadi pembuli. Bila terjadi kes buli, ada ibu bapa yang tak tahu pun apa yang anak dia lakukan di sekolah. 'eh saya tak tahu pun anak saya ni begini. Dirumah dia baik je'

Anak aku juga jadi mangsa buli di sekolah. Sejak darjah 1 lagi anak aku selalu mengadu ada kawan dia ganggu sampai dia menangis. Bagi aku, jika budak menangis, itu adalah buli. Di mata kita yang dewasa ni, sebab tu mungkin agak remeh bila difikirkan. Tapi untuk budak-budak, TAK!. 

Ada satu ketika sampai tak nak pergi ke sekolah. Takut.

Bila jadi benda macam ni apa aku buat? aku contact guru kelas. Aku bagitau apa yang jadi. Kalau masih berlaku, baru aku akan ke sekolah seperti hero tamil. Kau bayangkan.

Yela, kalau sampai anak kau ditolak ditangga sampai terjatuh. Dengan beg kedabak besar tu lagi. (Ni pun satu isu Kementerian yang bagi aku gagal untuk depa ni selesaikan. Taik.) Itu bukan benda biasa.

Jika kau sebagai ibu bapa, tanya anak tu kacau orang tak hari ni? lebih-lebih lagi kalau kau tahu anak kau hyper aktif. Bukan aku suruh kau marah pun, aku nak kau ambil peranan sebagai mak bapak dia. Jangan nanti bila orang tegur anak kita, baru rasa melenting macam b*bi. Anak kita, tanggungjawab kita.

Daripada pemerhatian aku sebagai bapa yang hensem ni, aku dapati kes buli ni berlaku disebabkan beberapa benda, 1. mangsa buli tu kecik. 2. Mangsa buli ni pendiam 3. Pembuli ni aktif/ Kuat main 4. Pembuli nak perhatian 5. kau cari lah sendiri lagi.

Berdasarkan kes anak aku, aku dapati ianya disebabkan dia kecik dan pendiam. Dia takkan lawan apa orang lain buat dekat dia. Dia lawan dengan air mata puteri dia je. Jengkel aku bila fikir. Satu lagi sebab kawan dia nak perhatian.

Antara kes-kes yang dia mengadu dengan aku bila aku ambil dia dari sekolah ialah, 1. kawan dia ambil pensil/pemadam. Ini aku tak kesah sangat. Sebab bini aku simpan banyak stok peralatan sekolah. Aku pun kadang pelik orang perempuan ni, dah macam hobi aku tengok. lagipun, mungkin budak yang ambil pensil dia tu perlukan pensil. Halalkan je lah. kan? Itu biasanya nasihat netizen makcik bawang dalam facebook bila ada kes curi berskala kecik.

Mula-mula tu aku biarkan je la. Ala budak-budak. Tapi dah start pula problem lain. Pensil warna sekali dia ambil. Tapi yang bikin aura hero tamil aku keluar bila sampai budak tu patahkan pensil, pensil warna. Kadang bila ada aktiviti mewarna, anak aku tak siap sebab pensil warna dia budak lain guna. Ambil satu box sekali. Dia dah minta barang dia, tapi kena cubit.

Kes lain, duit yang aku bekalkan kawan dia ambil semua. Ini pun bini aku kata takpe, mungkin kawan dia lapar tak ada duit. Jadi kami tak ungkit pun isu ni. 

Kau tahu, bila jadi kes macam ni aku bukannya marah dengan budak yang buli tu, tapi aku marah dengan mak pak budak tu. Aku rasa nak tumbuk tengkuk dia. Tumbuk rusuk kiri biar senak. Kick batang leher biar dia sedar. 

Tapi tu la, angan-angan je la nak buat benda macam tu. Alih-alih aku terpaksa dengar bini aku membebel. Bini aku bukannya marah sangat dengan orang lain, tapi dia marah aku sebab fikir nak pedajal orang lain. Murninya bini aku kan?

Bila kerap jadi, aku ajar anak aku untuk melawan. Bukan aku ajar tumbuk hidung kawan dia. Bukan!. Aku ajar untuk dia say NO. Aku ajar dia suruh bagitau cikgu. Aku suruh anak aku bagitau kawan dia, "ayah saya akan report polis bila dia ganggu lagi". hahaha

Yes. Berkesan. Budak-budak ni takut sangat dengan polis.

Aku tak ajar anak aku untuk ignore kawan dia yang selalu ganggu tu. Kadang, masa bini aku nak ke ninso untuk membazir, eh bukan, untuk beli barang-barang ntah apa-apa, kami akan beli sekali untuk kawan-kawan anak aku sorang satu. Berbuat baik walaupun kita disakiti (hero tamil 2022)

Kesimpulan untuk cerita pendek aku ni, 1. Jaga anak dengan didik mereka dengan akhlak yang baik. 2. Sentiasa tanya anak apa benda sekali pun. Orang putih kata jangan ada boundary antara kau dan anak. 

Kalau anak kau ayu macam anak aku ni, ajar dia untuk jadi kuat. Kuat untuk pertahan diri sendiri. Jangan kau rasa anak kau pendiam, anak kau tak aktif, tak banyak bersembang jadi kekurangan untuk dia. Jangan kau fikir begitu. Aku hempok kau nanti. Setiap anak itu istimewa dengan apa yang dia ada. Bersyukur.


Sabagai ibu dan bapa, mari bersama-sama kita membasmi budaya buli dikalangan budak sekolah.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian