Sep 21, 2022

Jiran dari Neraka Part 5

Sebenarnya aku dah give up nak bergaduh atau nak rasa sakit hati dengan jiran sampah aku ni. Bagi aku, macam rasa tak guna sakit hati dengan benda yang tak penting.

So sebolehnya aku elak. Aku pasang tirai antara rumah aku dan jiran sampah ni supaya tak lah dia pandang aku sambil buang muka dan meludah ke tepi. Aku sakit hati sangat bila tertengok.

Lagi satu aku pasang penghadang supaya kes kahak yang ada dekat cermin kereta aku tak berulang. Aku tak pernah bising, tanya siapa yang pedajal. Aku biarkan je. Sebab aku malas nak bergaduh. Biar Allah selesaikan nanti.

Satu lagi aku tak nak ada orang tembak ke arah rumah aku or kereta aku pakai pistol mainan yang pakai peluru biji-biji tu. Sebelum ni, nak dekat semangkuk aku kutip tiap hari dekat halaman rumah aku. Aku tahu siapa ada pistol mainan tu, tapi aku malas nak panjangkan isu.  Buatlah sesuka hati mu kalau itu buat kau rasa menang. Jadi, dengan adanya tirai yang pisahkan rumah aku dan rumah jiran sampah ni, akan kurangkan aku terjumpa peluru biji-biji tu. Dan betul. Berkurang. Alhamdulillah.

Tapi tadi ntah apa yang aku fikir sampai aku terpaksa bergaduh dengan jiran. hahaha

Masa aku nak hantar anak aku ke sekolah, aku nampak pokok aku dekat tepi rumah bersebelahan rumah jiran sampah ni patah. Dan sebenarnya aku tahu, banyak kali pokok aku kena patah. Pokok ubi, pokok kari, pokok nenas. Walaupun tak masuk ke kawasan dia, tapi still setiap hari aku nampak kesan orang patah.

Aku tak ambil kisah sebenarnya. Tapi tadi aku kesah sebab batang pokok yang patah tu dia buang ke kawasan aku. Kalau tadi aku tak nampak, aku malas nak ambil besar isu tu. Tapi ni dah melampau. Dia mungkin ingat aku tak kesah sebab tu dia nak tunjuk yang dia berjaya patahkan lagi pokok aku.

So tadi, korang nak tau aku buat apa? aku pergi cabut penyidai baju dia yang masuk kawasan rumah aku, dan aku bagi balik ke kawasan dia. Honestly, aku tak rosakkan pun. Aku cabut elok-elok harap2 dia pasang dekat kawasan dia sendiri.

Lepas dia tahu, dia mengamuk gila babi. Dia jerit babi babi dengan aku. Sambil pasang semula. Lepas tu aku cakap dengan dia. ' eh pokok aku masuk dalam kawasan engko (walaupun tak masuk), kau patahkan. Tapi bila aku buat benda sama, kau melenting? kau bising." 

Korang tau dia balas apa?eh penyidai aku ni dah lama da dekat situ. Sebelum kau tinggal rumah ni lagi. Alamak. Alasan macam ni pun boleh ke?

Bayangkan, disebabkan penyidai dia tu, aku tak boleh buka pintu pagar aku luas-luas. Lebih-lebih lagi dia akan jemur area kawasan aku, kawasan dia, dia biarkan kosong supaya tak ganggu pagar dia. Bayangkan?

Sebenarnya, sebelum ni aku biarkan je. Bagi aku hidup berjiran. Kena ada give and take. Tapi bila dia dah melampau aku dah kena bagi ingat sikit tu kawasan siapa.

Aku tak lah boleh buat apa-apa sangat, sebab rumah sewa. So aku biarkan je. Aku tanam pokok jadikan PAGAR antara rumah dia dengan rumah aku sebenarnya supaya dia tak longgokkan sampah dia dekat kawasan aku. Sebelum ni, dia selalu longgokkan sampah yang bertimbun, sampai susahkan aku nak keluar daripada pagar rumah. Kayu, plastik dan macam-macam lagi.

Kadang hampir setiap minggu aku kena bersihkan sampah-sampah tu sebab pekerja pengutip sampah dia takkan bersihkan sangat pun sampah.. Malahan berterabur dikerjanya. So aku je la jadi bodoh kena bersihkan setiap kali. Walaupun tak banyak, cukup boleh menyakitkan hati. 

Banyak sebenarnya benda aku bertolak ansur. Sebab aku takut menyakitkan hati jiran. Nabi dah peringat soal ni. Boleh jadi isu Syurga Neraka seseorang. Tapi, sebenarnya, bila kita teraniaya, kita wajib pertahankan diri!

Setiap hari kami diperli bila keluar kereta, kami diam. Dia sengaja tinggikan suara bila kami nak masuk kerumah, kami diam je. Sampai, aku dah warning siap-siap anak aku, jangan buat bising bila keluar kereta. Masuk terus rumah.

Tapi sekarang, nak jadi apa pun, jadi lah. Allah akan bersama dengan orang yang benar. Mungkin aku kalah disini, tapi diakhirat aku tak.

Dari tadi aku tak habis dengar dia dok mencarut kata, ada babi rosakkan penyidai dengan anak laki dia. Berbakul makian dia bagi, terjerit-jerit dekat rumahnya. Dia terlupa kot, dia start dengan patahkan pokok aku.

Korang aku nak nasihat sikit. Hidup berjiran ni, kau kena jaga batasan sebagai jiran. Kau kena tengok kawasan kau, terambil hak orang lain ke tak? Jangan kau guna alasan kau dah lama maka kau boleh parking kawasan orang, kau boleh sidai baju kawasan orang, kau boleh letak tong sampah kawasan orang lain. Jangan. Kalau kau islam, Allah larang ambil hak orang lain. Allah larang kau sakiti hati jiran kau. 

Formula dia senang, kau tak nak orang ambil hak kawasan kau, kau jangan start ambil hak kawasan orang lain. Kecuali itu memang sah kau punya kawasan.

Sep 20, 2022

Aku dan Wahabi Part 2

Baru-baru ini, timbul isu bila tok guru Asyairoh Malaysia bersungguh-sungguh mempertahankan kesesatan Sheikh Nazim tarikat Naqsyabandi.

Ada banyak isu kesesatan yang jelas tarikat ni tunjuk. Korang boleh tengok dalam video-video di Youtube, teks-teks ucapan dia ketika masih hidup yang jelas menyimpang daripada ajaran islam.

Namun agak ajaib bila orang beragama menafikan kesesatan yang jelas tersebut.

Untuk lebih jelas, korang dengar disini 

Apa yang aku nak tulis disini ialah bila mana puak ni bersungguh sungguh mempertahankan penyimpangan Tarekat Naqsyabandi ni sehingga kan depa boleh kata boleh meminta pertolongan dengan pokok kalau yakin yang memberi itu daripada Allah.

Kemana islam depa nak bawak sebenarnya?

Kau tak belajar agama pun tahu, haram meminta pertolongan dengan pokok. Apetah lagi dengan makhluk yang lain. Dari kecik kita diajar supaya meminta ampun kepada Allah. Berdoa kepada Allah untuk penuhi hajat kita. Kan?

Tak pelik ke?

Wahabi ke kita bila memohon hajat direct kepada Allah? Wahabi kah kita bila meminta pertolongan daripada Allah berbanding orang didalam kubur? Tak beradab ke kita memohon direct kepada Allah tanpa perantaraan wali?

Kau tak belajar agama tinggi pun tahu, benda ni salah dan berlaku penyimpangan.

Semoga kita dijauhi daripada pak ustaz yang membodohkan akal umat!

Sep 15, 2022

Jiran dari Neraka Part 4

 Aku  pun tak tahu berapa kali aku telah update pasal jiran aku yang teruk nak mampos ni. Tadi masa aku nak hantar anak aku ke sekolah, aku nampak surat posmen selit tepi pagar. Aku pergi ambil. Lepas tu sampai sekarang aku geram sebab baru aku perasan pokok kari aku tanam tepi pagar jiran patah.

Mesti dia akan claim masuk kawasan dia. Walaupun sebenarnya tak masuk pun. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran jiran aku ni. Bukan bangsa lain, tapi Melayu!. Bukan agama lain tapi Islam.

Sebelum ni, aku perasan pagi-pagi masa aku nak drive kereta ada kahak depan cermin kereta. Aku pun pelik siapa lah jahanam pergi ludah. Sebelum parking dalam rumah memang aku pasti kahak tu tak ada.

Jadi bagaimana kahak tu ada atas cermin kereta aku yang parking dalam pagar rumah? Mestilah ada orang terdekat yang pergi ludah. Dan rumah jiran aku paling dekat.

Sekarang pun, kalau aku nak jemur kain depan pagar tepi rumah dia rasa risau dia pergi ludah. Sangat melampau macam tak ada agama.

Dia bengang dengan aku sebab aku tak bagi dia jemur kain dalam kawasan rumah aku. Standard lah kau tak kasi orang ceroboh masuk kawasan rumah kau. Lebih-lebih lagi kalau benda tu sampai menyusahkan kau. Sebab dia jemur kain tempat aku tu, akan menyusahkan aku kalau nak keluar rumah. Sebab pintu pagar aku tak boleh nak buka luas.

Beginilah perangai melayu. Bila dia lagi awal tinggal ditempat tu, dia rasa dia boleh buat sesuka hati mak bapak dia ceroboh kawasan orang lain. Lepas tu orang lain kena taat dan jangan melawan. Kalau tak, dia akan lagi sabotaj rumah kau.

Bagi aku apa yang dia buat sangat melampau. Tu belum masuk bab paku paku, skru tiba-tiba banyak dalam kawasan parking rumah aku. Sampaikan aku terpaksa kutip setiap hari.

Disebabkan kekangan kewangan. Aku tak dapat pindah rumah lagi. Jadi terpaksa hadap masalah jiran dari neraka ni dengan penuh sabar dan tawaduk.

Korang yang baca ni, doa kan aku tabah dan bersabar. Semoga Allah balas dengan beri rumah yang lebih baik daripada sekarang.

Sep 13, 2022

JIJIK 5

Kau tahu kenapa kau tak adil dalam hubungan? Sebab kau tak boleh nak move on dengan perasaan kau yang dulu. Kau masih lagi terfikir dan membanding-bandingkan yang dulu dan sekarang. Babi

Bila kau bersama dengan orang baru kau kena buang segalanya yang lama. Kepala kau kena reset balik. Kau kena fikir, kau nak mulakankan yang baru sebab apa? Sebab kau nak kenang hubungan kau yang lama? Atau kau nak mula hidup baru?

Dua sebab perkara ni boleh timbul. Satu sebab kau masih tak redha dengan apa yang berlaku. dua kau memang sundal nak mampos. Hati kau terikat dengan dia tapi jasad kau dengan orang lain.

Jadi selama kau dengan baru semuanya adalah fake. Semuanya sekadar hinaan kepada orang lain. Dan kau? hidup dalam diri kau sendiri. Selfish. Babi. 

Kehidupan kau sekarang? anak, laki, kehidupan semuanya fake. Kau sekadar hidup bersama untuk terus mengingati orang lain. Walaupun kau tahu itu salah dan orang yang kau ingat tu pun telah ludah muka kau sendiri.

Kau yang dulu baik, tiba-tiba berhati binatang. Kau tiba-tiba menjadi munafik dalam diri kau sendiri. Mungkin, hubungan kau suami isteri pun kau bayangkan orang lain yang bersama. Terkutuk.

Mustahil ini cinta. Mustahil ini sayang selain daripada pengkhianatan.

Kalau kau sudah hilang rasa malu, buatlah sesuka hati mu.. 

JIJIK 4

Kenapa kebiasaannya hubungan pasangan biasanya berantakkan seperti tiada solusi?

Antara sebab yang biasa zaman sekarang ialah, depa ni lebih suka mendengar nasihat daripada orang luar yang tak tahu masalah sebenar berbanding dengan pasangan dia sendiri. Tiada perbincangan yang serius.

Kebiasaannya berlaku disebabkan nasihat jahanam daripada rakan-rakan so called RAPAT. Orang cakap best buddy la apa lah. Bagi aku ini antara punca masalah kau yang dulu biasa mungkin jadi besar. Kalau dulu kecik tapi tiba-tiba jadi besar. Bukan semua kawan tu sesuai untuk kau ambil nasihatnya.

Sebab tu aku selalu elak minta nasihat daripada kawan terutama berkaitan dengan bini aku. Begitu juga aku larang bini aku jadi bodoh minta nasihat kawan dia kalau ada masalah antara aku dengan dia.

Kadang kawan ni dia nampak kau struggle dengan masalah kau, dia nampak kau macam tak boleh nak simpan da masalah kau, burn out, dia apa lagi akan nasihat suruh aku blah, dia nasihat kau itu ini yang mungkin sebenarnya hati kau pun tak sampai kesitu untuk masalah kau dng laki kau hadap.

Tapi disebabkan kau ni jenis yang mungkin kalau adalah masalah orang akan nampak macam kau nak bunuh diri dah. Padahal tak lah teruk mana. Cuma kau jenis menghayati masalah. Mungkin solusi sekadar kau bertolak ansur dengan laki kau atau bini kau. kan?

Ramai yang mungkin berpisah disebabkan nasihat daripada kawan, konon tak nak kau bersedih. Last sekali dia kahwin dengan kau. Itu kalau kau minta nasihat dengan kawan lelaki. Ramai perempuan sekarang suka minta nasihat dengan lelaki. Konon sebab mereka faham lelaki.

Like, eh kenapa lelaki ni macam ni ek? padahal laki dia. Yang dia pi minta nasihat ni kawan sekerja dia. Last sekali berskandal. Konon nak selesai masalah dia dengan laki dia, akhirnya dia buat masalah baru.

lagi satu, zaman sekarang, ramai tak puas hati dengan bini/laki dia sendiri disebabkan membaca artikel atau luahan luahan page page confession. Kau tahu kan padia aku maksud kan?

Kadang manusia ni, masalah orang lain, bila dia baca dia tiba-tiba kaitkan dengan hidup dia, kaitkan dengan hubungan dia suami isteri, lepas tu tiba-tiba hubungan dia yang biasa tu jadi bermasalah pada pandangannya. Misalnya, dia baca pasal luahan isteri yang tak pernah dibawak bercuti. Dalam tu ramai lah komen jadi pakar agama ada, pakar suami isteri ada, pakar sakit puan pun ada, macam macam lah. Bila dia baca, dia terbawak-bawak dengan hubungan dia dengan keluarga dia. Tiba-tiba masalah orang lain tu, jadi masalah keluarga dia juga sekarang.

Ada macam-macam perkara orang luahkan yang negatif dalam medsos ni yang kadang kita tak perlu nak hirau sangat, Kehidupan orang lain tak sama dengan kehidupan kita. Itu kau kena ingat. Nak ambil pengajaran bukannya kau pi bawak bergaduh laki/bini kau. Kau pi copy then kau paste dekat chat lepas tu kau tulis 'haa tengok ni. Cubalah macam ni, kan bagus?Ni tak asyik menyusahkan kita jak" Last sekali bergaduh. Konon nak ambil pengajaran. Taik kucing.

Kalau kau cari keburukkan pasangan kau, Confirm kau akan jumpa. Bukan satu tapi mungkin beribu. Dan kau kena ingat, pasangan orang lain pun sama, mungkin lagi banyak masalah. Cuma kau je tak tahu. Kau compare hidup kau dengan dia sama je kau sengaja sebenarnya nak cari masalah.

Ada orang, dia nampak buruk pasangan dia, dan dia nampak orang lain lebih baik daripada laki dia. lebih baik daripada bini dia. Padahal dia tak tahu, orang yang dia rasa lebih tu mungkin lagi teruk. Mungkin kalau dia hidup sebulan bersama, mungkin tak akan aman.

Aku cerita ni sebab aku teringat apa yang kawan aku cerita. Bila kawan bini dia selalu bagi nasihat yang kadang menyebabkan mereka berdua bergaduh. Padahal kawan dia tu bukannya baik mana pun. Tapi disebabkan bini dia ni bodoh, lagi percaya kawan dia berbanding laki dia. Padahal laki dia ni la  kalau ada lipas, dia yang pi buang, laki dia lah kuli yang boleh disuruh itu ini setiap hari dan takkan membantah.

Ini sebenarnya problem untuk orang yang berkeluarga kadang-kadang. Terlalu mengikut nasihat orang lain tanpa melihat sesuai tak dengan diri dia dan keluarga dia. Selalu nak ikut macam mana orang lain selesaikan masalah mereka walaupun tak sesuai untuk diapply dalam keluarga dia.

Keluarga kau, kau corakkan. Keluarga kau, kau selesaikan masalah dia. Bukan orang lain yang kau perlu risaukan. Bukan orang lain yang kau perlu hiraukan apa mereka fikir? apa mereka cakap tentang kau. Lantak pi lah depa.. Yang susah nanti kau bukan mereka. Nasihat mereka tu tak menghasilkan duit, nasihat mereka tu tak akan menyelesaikan masalah kau tapi mungkin meringankan beban kau tapi still kau yang kena buat keputusan, bukan orang luar. Jangan tanya, eh apa aku nak buat ek dengan laki aku? eh laki aku ni teruk lah..Kalau kawan kau memang tak suka laki kau, memang dia suruh kau blah je la. Tak payah tanya..

Jangan kahwin kalau tak berani nak hadap masalah! Semua orang akan ada masalah masing-masing. Ada orang diuji dengan tak ada anak. Ada orang diuji dengan masalah kewangan. Ada orang diuji dengan masalah bini sundal tak boleh lupa ex dia, ada orang diuji dengan jiran jahanam. Semua orang ada masalah. Jangan fikir kita je ada masalah keluarga. Bila Allah uji, terus fikir aku nak ceraikan dialah. Aku nak minta cerailah. Startlah minta pandangan itu ini, padahal ujian tu kadang dua-dua depa diuji, tapi dia bebankan kepada pasangan dia. 

Macam aku cakap, kalau kau cari kelemahan pasangan kau, confirm kau akan jumpa. Tapi kalau kau disuruh cari kelebihan pasangan kau, mesti akan ada dalam hati kau, eleh semua orang buat itu. eleh aku pun kadang kadang buat. Sebenarnya ini bukti kau tu tak bersyukur dengan apa yang kau ada sekarang. Kau nak pasangan yang sempurna dalam fikiran kau bukan dalam realitinya.

Orang miskin akan ada masalah. Orang kaya pun ada masalah. Semua orang ada masalah. Cuma bezanya bagaimana kau menghadapinya.. 

JIJIK 3

Curang merupakan pilihan, bukan kebetulan.

Orang bila dah gatal, dan rasa nak mengkhianati, dia tak tunggu kita ni buat salah. Tak!

Kau buat lah sehabis baik dengan dia. Kau berilah sepenuh raga kau dengan dia, Kalau dia nak curang, dia akan curang. Without worry anything yang dia akan hilang kau. Dan dia akan salahkan kau bila dia terkantoi. Normal.

Kau hairan ke benda macam ni boleh berlaku? Orang yang tak mengaku salah, dia akan berusaha untuk jadikan kau sebagai kambing hitam untuk menutup kesalahan yang dia lakukan. Dia akan letak salah dia dibahu kau. Sebab, dia buat salah sebab kau dulu buat salah.

Kita ni kena bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Perbuatan kita ada lah pilihan yang kita buat untuk kita lakukan. Kita pilih untuk buat dan kita suka untuk buat. Setiap orang ada akal, tak mungkin kau dipaksa untuk curang dengan pasangan kau! Mustahil.

Kita tahu salah, tapi kita buat juga. Kau rasa sebab apa?

Paling komanlah mangkuk-mangkuk yang curang ni takkan mengaku salah dan dia akan salahkan orang lain. Jadi mangsa, kaulah. Depa ni memang muka tak tahu malu dan jenis orang yang tak bertanggungjawab samaada dengan kau atau diri dia sendiri. Kau pegang cakap aku, depa ni jenis takkan mengaku salah.

Padahal orang yang dia tipu tu mungkin telah sehabis baik untuk jaga segala kekurangan dan kelemahan diri dia dan kau. Berkorban sana sini. Semata-mata nak jadi seperti doa orang selalu bila kahwin. Till Jannah. Tapi disebabkan mangkuk ni tak tahu nak menghargai, dia mudah je curang. Mudah je dia layan Jantan/Betina lain dibelakang. Mudah je dia sorok. Sebenarnya dia tak bersyukur dengan apa yang dia ada.

Dia lihat orang lain lebih baik daripada apa yang dia ada. Tapi kebiasaannya mereka ini sekadar untuk rasa dia menarik dimata para buaya. Murah!

Sep 11, 2022

Jijik 2

Zaman sekarang, kau dah tak boleh kata lelaki je yang gatal. Perempuan pun lagi teruk. Cuma mereka mungkin berselindung disebalik tudung.

Yang salah sentiasa lelaki walaupun hakikatnya perempuan yang memulakan.

Skandal sana sini, bila terkantoi salahkan benda yang tak berkaitan. 

Bila kau dah kahwin masih meratab kekasih lama itu sundal namanya. Tanyalah kawan kau yang paling suci.

Sekali mungkin kau kata kebetulan. Dua kali mungkin kau kata tak sengaja. Berkali-kali sebenarnya kau memang tengah mencari. Nafilah macam mana pun. Berlagaklah suci. Kau tetap babi. Sentiasa hina dimata orang yang kau khianat dan juga orang yang kau cari.

Kenapa?

Seorang kau sakiti, seorang lagi merasa kau tengah menghantar diri untuk dijadikan Tropi. Tropi seorang buaya.

Sep 10, 2022

JIJIK!

Ini adalah satu perkataan mungkin yang wajar aku gambarkan untuk apa yang kawan aku hadapi sekarang. Musibah. Mungkin sesetengah orang akan rasa apa yang aku cerita ni adalah sesuatu yang tak patut diceritakan, tapi bagi aku, kisah ini patut aku tulis disini sebagai pengajaran kepada orang lain.

Aku ada seorang kawan baik. Dia hadapi masalah yang bagi aku agak besar kerana melibatkan keluarga. Kawan aku seorang yang takkan cakap soal peribadi kepada orang lain kerana, dia rasa hal peribadi biarkan terus peribadi. Namun, aku rasa dia dah tak mungkin untuk tanggung seorang diri. Sebab tu mungkin dia cerita dengan aku, dan aku diizinkan untuk tulis disini.

Aku sendiri rasa dia mempunyai masalah kesihatan. Tapi selalu tak mengaku. 

Kawan aku bagitau, dia dah tak pasti perkahwinannya ini satu kebaikkan untuk dia atau sebenarnya itu adalah kesilapan yang sangat besar?

Bini berkali-kali mengkhianatinya. Aku terkejut gila babi bila dengar. Sebab kalau kau tengok bini dia, agak mustahil. Tapi tu la orang cakap, muka nampak baik tak semestinya BAIK. Masa dia luahkan pun aku perhati dah tak keruan. Macam orang tak betul. Rasa nervous. Shaking. Selalu pegang dada dan paling ketara menangis macam budak kecik.

Aku tengok pun dapat rasa apa yang dia rasa. Walaupun mungkin tak sama. Tapi aku tahu.

Bini terkantoi tercari-cari exbf. Bila kawan aku desak dan tanya, dia menipu konon sekadar cari semata-mata untuk block lelaki tu dalam media. Pelik. Dah kahwin hampir 10 tahun, tapi tiba-tiba bagi alasan cari jantan lain semata-mata untuk block. Tiba-tiba. Di tengah malam? Logik tak tiba-tiba? Something wrong somewhere. Aku pun menghidu persundalan disitu. Menurut kawan aku benda tu dah setel sebab dia sendiri yang block jantan-jantan babi ni lama dulu.

Bagi aku mudah, bini dia memang tengah nak jadi sundal! Tengah gatal. Tengah nak jadi anjing untuk mencari pasangan mengawan. Kawan aku tetap tenang. Tetap kental walaupun hati rabak.  Dia tahu benda tu bukan baru. Sejak dari awal mereka kahwin lagi, bini dia berkali-kali mencari exbf. Sampai kawan aku dah naik muak, naik meluat perangai sundal bini dia. Bergaduh sikit, dia dalam diam akan search jantan babi tu dan seluruh kawan-kawan jantan tu. Kawan aku tinggal sikit dirumah sorang, mulalah jadi sundal cari ex bf. Perangai sundal tak pernah hilang.

Normal ke tiap kali bergaduh, kau pergi google ex kau? Kau cari untuk apa? cari kekuatan? Kenang balik rasa sedap kau dengan ex kau?Tatap balik gambar-gambar dia? Lepas tu dapat apa? Ketenangan? Kalau jantan tu baik ok la, ini jantan tu tak sampai 2 minggu dia couple dengan engko, dia couple pula dengan betina lain depan kau. Tipu duit kau. Jajah nama kau seperti  dia dah dapat TROPI sampai semua orang terkejar-kejar kau, nak DAPAT kan something macam ex kau dapat. begitu?

Aku bagitau, apa kata kau pergi je cari gambar jantan babi tu, kau pergi send semuanya dengan bini kau. Kalau boleh kau print, kau buat album kau bagi hadiah dengan bini kau. Mungkin bini kau nak tunjuk dengan anak-anak kau, dan cakap dekat mereka "tengok ni sayang, inilah bekas bf mak yang mak tak boleh lupa. Bf mak yang lagi lawa daripada bapak kau. Bf mak yang boleh buat mak jadi sundal. BF mak yang buat mak dikejar-kejar lelaki gatal. Hebat kan mak kau?"

Mungkin cara itu akan buat dia sedar, terkutuknya perangai sundal tu. Jijik!

Mungkin ada yang kata. ala cari-cari begitu je. Bukan dia contact pun? Bukan dia jumpa pun?

Kalau korang berfikiran begitu, aku harap Allah uji korang dapat pasangan yang berperangai sebijik sundal begini. Bro, permulaan orang yang berskandal-skandal ni, terutama ditempat kerja bermula dengan benda yang kecik. Sangat kecik dan remeh untuk orang biasa fikir boleh jadi satu hubungan yang babi. Tapi Depa buat berulang ulang setiap hari sampaikan mereka rasa benda tu normal.

Kadang sekadar bermula dengan ucapan good morning setiap pagi. Say good night setiap malam. Kadang bermula dengan share breakfast sama-sama, Belikan nasi lemak, lunch sama-sama, buat assigment sama-sama dan banyak lagi benda yang bagi kita remeh. Tapi itulah permulaan hubungan mereka. Itulah starting point untuk jadi sundal! Paling biasa aku baca bila ditugaskan bersama untuk satu projek, bila dah tiap hari berjumpa mulai timbul perasaan sundal. Rasa tiba-tiba teruja bila berjumpa dan sebagainya.

Pointnya ialah selalu bermula dengan benda yang kecik dan remeh. Tapi terlupa syaitan tu wujud. Tapi terlupa manusia tu boleh jadi syaitan!

Macam kes kawan aku ni, mula-mula memang cari je la. Tak buat apa pun. Bila dah dia cari jantan-jantan tu jadi normal dan menjadi kebiasaan, dia akan naik level lain pula. Depa akan start contact pula, mula-mula biasanya facebook, lepas tu tukar-tukar number phone. ala contact je pun, ala chat je pun. Kami sekadar tanya khabar. Last sekali jumpa dihotel. Lepas tu tiba-tiba bini kau termengandung anak jantan lain. lepas tu tiba-tiba kau jadi babi! Lepas tu tiba-tiba semua tanya di mana silapnya?

So patut ke tak patut benda ni ditegah dari awal? Kalau dah jadi parah, kau nak salahkan siapa? Takdir?

Kau belajar  tak iktilat tu apa?

Kalau bini kau da rasa benda tu tak ada apa-apa. atau kalau dia rasa benda tu normal. memanglah bini kau ni seorang yang sundal nak mampos. Jenis tak boleh nak diharap untuk SETIA. Sebab bagi mereka ni melayan jantan lain adalah normal. Kawan-kawan dengan jantan tanpa tujuaan penting tak apa. Kena open minded dan sebagainya. 

Anjing tetap akan berperangai anjing walaupun dia manusia! 

Selama ni kawan aku tahu apa yang bini dia buat dibelakangnya. Berkali-kali kantoi dan berkali tu dia sekadar diamkan. Berkali-kali dia nafikan. dan berkali juga dia buat lagi dan lagi. Hinggakan kawan aku dah malas untuk bergaduh macam dulu-dulu.  Aku pun angguk. Yela, sebab kau pun bodoh.

Kalau bergaduh besar, pusing sana sini akan jadi kawan aku yang salah. Sebab tu dia malas nak bising lebih-lebih. Lagipun dia dah janji dengan anak, dengan bini yang babi tu sendiri, yang dia takkan tinggikan suara, dia takkan bergaduh besar lagi. Sampah!

Bro, kau tahu benda yang sampai mati akan aku ingat apa exbf bini aku pernah cakap dengan aku? Dia cakap dengan aku, Kau ambillah balik sisa aku ni. Sampai sekarang kalau aku ingat, aku rasa sakit hati sangat. Dada aku rasa sempit bila ingat balik. Bayangkan bila aku tahu dia kerap cari ex dia yang babi tu? betul-betul aku dapat sisa jantan tu yang tak boleh lupakan dia. Babi betul.

Nak je aku cakap, dia dah rasa sedap bini kau bro, sebab tu dia cakap begitu. Dan bini kau pun dah kemaruk gersang, sebab tu selalu cari senyap-senyap. 

Kau pun satu bodoh masih lagi terhegeh kenapa?Betul la tu kau dapat sisa. Kau dapat sampah. Jijik!

Bro, orang lain yang tahu masalah aku ni akan nampak aku ni bodoh. Tapi bila aku teringat balik macam mana aku nampak bini aku dulu menangis-nangis disebabkan babi tak guna tu aku jadi tak boleh nak biarkan dia seorang. Sampai sekarang. Aku sayang bukan main-main. Aku taruhkan hidup aku sebab nak hidup dengan dia. Sekarang pun aku taruhkan kerjaya aku demi nak tengok dia berjaya. capai apa dia nak.. Kau dan semua orang takkan tahu pengorbanan aku. Dan aku tak nak orang tahu pun, biar Allah judge aku di pengadilan nanti, samaada aku bodoh atau tidak! Bini aku pun tak tahu. Yang dia tahu, cari ex bila rasa sunyi. Salahkan aku bila terkantoi. Anjing neraka!

Kawan aku cerita, jantan babi tu sebenarnya skandal bini dia dulu di tempat kerja. Dalam banyak-banyak perempuan di tempat kerja mereka, bini dia je yang bodoh termakan umpan playboy babi anjing syaitan iblis laknatullah tak guna tu. 

Kesian. Murahnya bini kau.

Kawan-kawan perempuan dia masa tu semua sebenarnya depa try. Depa usha. Yelah  budak baru masuk. Perempuan-perempuan lawa pula tu, mestilah semua nak try. Namun dalam banyak-banyak tu, bini dia juga yang bodoh dan sundal. Mungkin dia rasa, hanya dia jadi rebutan para buaya tu, padahal dia tak tahu, hanya dia sebenarnya yang termakan umpan.

Kawan aku bagitau,lepas seminggu bini dia kerja, terus dia kick kawan aku. Semua channel dia block. Tapi kawan aku bijak, dia pergi check semula. Dia pergi contact satu-satu jantan betina dekat tempat kerja bini dia guna fake akaun. Untuk tahu apa yang jadi sebenarnya? kenapa tiba-tiba bini dia masa tu berubah hati?

Last sekali dia dapat tahu, sebenarnya jantan babi tu perguna bini dia yang sundal tu je. Bayangkan masa kononnya tengah couple, jantan barua tu sebenarnya ada gf lain. Tak ke bodoh? Yang peliknya bini yang sundal ni masih lagi terhegeh-hegeh sampai sekarang. Sampai sekarang masih mencari-cari. Alahai sundalnya.

Aku yang dengar pun geleng kepala. Ada juga perempuan yang tak ada maruah macam tu sekali? 

Masa tu, kawan aku bagitau, depa (Kawan2 jantan tu termasuk abang dia tak silap) dah pakat-pakat semua nak 'try' bini dia, sebab dia sorang je melayan diluar kerja. Maksudnya melayan di whatsapp sembang-sembang kosong dengan lelaki dan berkomen-komen di facebook. 

Perempuan lain semua jaga batas kononnya. Sebab dah ada bf masing-masing kan. aik? dia tak anggap kau bf ke masa tu? kahkahkahkah bodohnya la kawan aku. kesian. Bini dia siap beli handphone baru kut semata-mata mudah nak contact jantan tu. Besarnya pengorbanan bini kau kan demi nak dicontact oleh para jantan buaya tu?

Habis kawan-kawan sekerja perempuan yang lain? Budak-budak tu tak berani nak kacau lebih-lebih sebab depa dah warning awal dah, depa ada bf, nanti bf dorang marah or tak suka or nak jaga hati bf depa macam macam lah. Standard lah perempuan setia kan? Takkan nak layan jantan-jantan buaya murahan semata-mata nak jatuhkan maruah diri tanpa ada tujuan? Kalau setakat kawan, boleh ke kalau nak sampai mesej memalam buta, layan komen, tanya itu ini yang orang nampak berbasa basi untuk bergeli-geli?

Memang tak lah. Itu kalau perempuan yang baik!

Aku syak bini dia perasan femes kut masa tu. Sebab tu dia melayan semua jantan konon tak nak dikata sombong. Kepala hotak punya fikiran. Kawan dia yang lain rilek pula tak layan sangat? Kawan aku bagitau, kawan bini dia lagi cepat mesra berbanding bini dia sebab bini dia ni introvert, tapi kenapa kawan dia boleh jaga diri?  Tak terjebak dengan skandal menyondol murahan?

Kawan aku bagitau, sebenarnya jantan babi tu mungkin da cerita banyak dengan kawan-kawan. Walaupun tak secara detail, tapi sebagai lelaki kau akan fahamlah perempuan akan jadi macam mana dimata mereka? Sampaikan abang dia sendiri pun rasa nak try, yang peliknya bini dia layan je abang jantan tu macam kawan-kawan. 

Aku like what??? murahnya? dalam kepala aku, mungkin jantan tu, abang-abang dia dan kawan-kawan dia hensem hensem belaka kut sebab tu depa semua nak try. Atau mereka rasa bini kawan aku ni sebenarnya sundal yang mudah didekati. Ntahlah..jijik aku dengar.

Kawan aku bagitau, nasib baik dia terfikir untuk jadi bodoh, siasat semua benda. Kalau tak, tak tahu apa jadi bini dia tu sekarang. Masa tu dia dah tak peduli orang kata dia bodoh atau apa sebab masih lagi nak dengan bini dia walaupun dia tahu MUNGKIN bini dia dah buat something. Jijik! 

Bagi dia, daripada tanggung rasa sakit hati sorang, apa kata sakit hati sama-sama. Betul juga.

Jantan tu siap ajak bini dia pergi sana sini. Ajak balik kampung dan sebagainya. Style mat rempit usha perempuan bro, ajak berkonvoi merata tempat, lepas tu bermalam bersama. Nampak tak permainan? Perempuan bodoh dan sundal takkan nampak benda ni, bagi mereka, lelaki tu baik kalau dah ajak sana sini, kenalkan adik beradik..

Kawan aku setiap kali cerita dengan aku, mesti menangis gila babi. Namun sekarang aku tengok dia kurang dah bersedih. Aku tanya so apa plan engko lepas ni?

Ntahlah. Aku rasa aku dah tak ada hati dengan hidup aku ni. Hidup aku ni, aku rasa sungguh tak adil dari awal. Aku diam bila dengar. Tak tahu nak reply apa. Allah ada bro. Doa dengan dia. Mengeluh dengan Dia. Kau teraniaya, lagi cepat doa kau dimakbulkan.

Ntahlah.Aku rasa aku dah hopeless.

Habis bini kau buat apa sekarang? ntah, aku tengok dia buat rilek je. Macam tak ada apa berlaku. Nak minta maaf elok-elok dengan aku pun tak. Sekarang macam aku yang salah dibuatnya.

Lantak dia lah, dia nak buat apa pun, buat lah. Sekarang, kau cuba baiki hidup kau sendiri. Baiki hubungan kau dengan Allah, baiki hubungan kau dengan parents, insyallah Allah akan beri kau jalan keluar.

Bini kau tu sebenarny tak boleh harap. Ntah-ntah lepas dia berjaya nanti, kau ditinggalnya dengan anak-anak kau sekali. Babi always jadi babi.

Once a cheater, always a cheater. Ingat ni. Perempuan atau lelaki, bila dia dah kebiasaan menipu, dia akan rasa perbuatannya tu normal. Dia takkan rasa bersalah dan dia takkan berhenti untuk buat benda yang salah tu sebab dia rasa benda tu tak salah dan dia suka nak buat.

Macam kaulah, bini kau berkali-kali terkantoi masih juga cari jantan lain. Baru bukan sorang, tapi ada sorang lagi mamat yang dia cari terkantoi dengan kau kan? Maksudnya bukan sekadar saja-saja tapi ada something dia nak. atau dia memang sundal nak mampos!

Nasib baik exbf dia tak tahu bini kau cari, kalau tak mungkin sampai ke bilik hotel mungkin mereka. Jahanam-jahanam ni bukan boleh kira. Sekarang dia nafikan, tapi bila berdepan dengan jantan tu, aku rasa dia akan layu terus. Sekarang dia kata mustahil, bila depan mata, terkangkang juga nanti. Aku memang hangin gila. Nampak baik tapi sebenarnya perangai iblis.

Macam sekaranglah, berapa kali dia nafikan? berapa kali dia dah terkantoi? ada dia rasa bersalah? NO, malahan kau yang dia keji dengan ungkit masalah-masalah keluarga yang lain. Begitulah bila desperate. Cuba kau fikir, berapa kali korang bergaduh disebabkan jantan-jantan tu? sekarang dah nak cecah 10 tahun kahwin, masih lagi timbul isu ni? Kau tak fikir ke bini kau sebenarnya tak sayang kau, dia sebenarnya tak cinta kau, tapi dia sekadar nak kau untuk tutup salah dia dulu. Kalau tak, mustahil setelah bertahun tahun kahwin masih lagi desperate cari jantan lain!

Kawan aku cerita juga pasal kawan-kawan bini dia dulu pernah bergaduh dengan dia. Perempuan always right walaupun benda tu sundal. Mereka support bini dia tinggalkan dia demi jantan playboy yang baru seminggu dua dikenal. Mereka raihkan. Mereka wish. Panas gila kawan aku. kahkahkah babi mestilah support babi bro.

Masa tu aku hanya mampu menangis. Aku doa dengan Allah semoga kawan-kawan dia ni rasa apa yang aku rasa masa tu. Semoga Allah balas  apa yang kawan dia buat dengan aku tak terkurang sedikit pun, malah mungkin lebih Allah akan bagi rasa!

Senang je aku jawab, kawan jahanam akan bawak kawan dia jadi jahanam jugak. Kau tak perlu hairan bro,depa ni fake people. Mereka nak pleasekan kawan supaya nampak eh aku support kau, buatlah apa kau suka. Kau kan cantik, muda lagi. babi lagi!

Aku ingat lagi ada seorang kawan aku jadi playboy, siap dia couple dengan dua orang serentak. gf dia sorang tu kawan aku juga, satu lagi budak tu dia kenal dekat mana tah. Kau tahu, tiap hari kami perli supaya dia berubah. Jangan buat anak orang itu ini. Sampai pedas telinga dia tiap kali melepak.

Kau compare dengan kawan bini kau ni? semua nya membawa kepada apa?. Patutlah bini kau rosak. Kawan dia pun perangai sampah! Fake!

Mula-mula tu, kawan dia larang aku couple dengan bini aku. Siap call aku, siap mesej aku masa tu. Warning aku. Bagi ayat quran dan sebagainya. Masa tu aku tak larat nak lawan sangat, sebab benda tu betul. Aku tak nafikan. Tapi aku tak boleh nak nafikan perasaan aku yang aku sayang bini aku gila babi dah masa tu. So aku lawanlah juga.

Sampailah aku bergaduh dengan bini aku disebabkan kawan dia. Sekali beberapa bulan lepas tu, tiba-tiba kawan dia yang alim tu dok bercerita pasal jantan dengan bini aku. Cerita perasaan dia dan macam-macam lagi. Bagi aku macam orang tengah kemaruk. Cerita jantan sangat kerap, dating dan sebagainya. Aku geleng kepala. Sebelum ni bukan main kau beriaya nasihat aku, gaduh aku bagai, tapi kau sendiri tak pakai nasihat kau tu. Lepas tu aku dah tak pandang sangat kawan bini aku. Fake.

Dengar boleh, percaya jangan! Fake people, talking rubbish.

Bagi aku, bila dah kerap terjadi, maksudnya dia memang taknak berubah. Dia memang nak benda tu jadi. Dia memang nak cari ex dia dibelakang kau. Dia memang sundal nak tahu lagi pasal ex dia biarpun dah ada anak. Biar pun dia tahu ex dia tu dah laki orang. Mungkin dia nak ukur kebahagian dia dengan ex dia. Kau sekadar tempat dia bersandar sementara bro. 

Jika dia jumpa tempat baru yang baik dan menarik, kau mungkin akan ditinggalkan, kau pegang cakap aku ni! Fake people fake hope. Nasihat aku macam tadi, perbaiki diri sendiri .

Kawan aku bagitau, dia dah jijik nak tengok muka bini dia. Bila dia tengok, dia akan terbayang bini dia dengan jantan babi. Geli! dengan bini dia yang suka jadi stalker ex dia dan jantan lain. Aku tak tahulah apa yang ada dalam fikirannya.

Kau bayangkan bini kau stalk jantan tengah-tengah malam buta?

Kawan aku bagitau, dia sendiri dah cerita dengan anak-anak siap-siap. Kalau jadi apa-apa antara dia dan bini, pilihlah nak ikut siapa. Dia dah tak kisah untuk hilang segalanya. Dia rasa memang dia dah lose hope dengan segalanya. dengan anak-anak. Siap dia tunjuk muka jantan tu dengan anak-anak, kut-kut tiba-tiba masa dia tak ada dirumah, ada lak lelaki bermalam dirumah. Bini yang dia banggakan sebenarnya bukan miliknya. Bukan!Bini yang dia tidur bersama sebenarnya hati dengan jantan lain! 

Kalau jika ditakdirkan dia ditinggalkn, dia redha. 

Aku bagitau, Allah takkan uji dengan apa yang kita tak mampu tanggung. Biarkan je segalanya, kau perlu jaga diri sendiri dah lepas ni. Abaikan yang lain. Terutama bini kau. Dia memang peremppuan yang tak boleh diharap kesetiaannya. Dia perempuan yang tak boleh kau percaya kata-katanya. Dia perempuan fake yang tidak akan bercakap betul dengan kau. Dia perempuan yang takkan hiraukan kau bila dia berjaya atau dia rasa sedap. Kau kena ingatkan itu. 

Dia telah buktikan dengan kau berkali-kali dia boleh tinggalkan kau macam tu je tanpa rasa menyesal. Rasa malu dengan perbuatannya. Biarpun orang lain tahu kesundalannnya, tapi dia still cari. Dia tak malu untuk cari balik jantan yang telah ludah dia. Yang telah jajah aib dia dengan kawan-kawan dia. Kau bayangkan kalau cerita tu sebenarnya sudah disampaikan dengan kawan perempuan bini kau masa kerja tu? Tak malu ke? Tak ada maruah ke? Then sekarang setelah dah bertahun kahwin, ada anak masih lagi kau terhegeh-hegeh cari? For what?

Kawan aku bagitau, dia dapat rasa bini dia sekadar kahwin dengan dia, tapi hatinya dengan orang lain.

Buatlah sesuka hati mu kalau itu yang kau rasa berbaloi untuk kau lakukan.

Kepada bini kawanku, semoga kau rasa apa yang orang lain rasa atas perangai sundal kau satu hari nanti! 

 

 

Aug 20, 2022

Aku dan Wahabi Part 1

Dulu, pengetahuan agama aku hanya setakat apa yang aku belajar di Sekolah sahaja. Tak lebih daripada fardhu ain yang diajar disekolah dan juga sedikit pembacaan yang mana aku sempat dan tertarik untuk membacanya ketika itu.

Mak aku guru mengaji dan aku salah seorang anak muridnya. Kau fahamlah bila mengaji dengan mak sendiri ni, jadi senang aku mengeliat. Aku belajar solat selain daripada di Sekolah aku belajar sendiri. Tak silap masa tu darjah 3 aku bersungguh-sungguh hafal bacaan dalam solat. 

Lepas tu aku berjinak-jinak dengan jemaah tabligh. Namun aku hampa. Lama aku join segala aktiviti dalam jemaah ni, aku tak pernah lagi belajar agama secara formal seperti yang biasa mereka bagitau bila jumpa orang lain. keluar untuk belajar-belajar agama. 

Ajaibnya orang yang baru join pun boleh bagi tazkirah. Tak kisah lah kau tak tahu, kau cakap je pasal kebaikkan ke apa, atau kau tiru apa orang lain cakap sebelum ni. Mereka menggunakan dalil 'Sampaikan lah walaupun sepatah ayat' tanpa mereka faham sepatah ayat tu ilmu yang betul bukannya setakat sembang-sembang kosong untuk tarik orang lain keluar bersama sehari dua di Masjid.

Masa tu, aku tak lah terfikir sangat apa yang aku belajar didalam jemaah, namun bila aku dah start masuk universiti dan mula berfikir betul-betul, baru aku cuba ingat semula apa sebenarnya ilmu yang aku dapat daripada jemaah ni selain keluar 3 hari seminggu dan sebagainya? lebih-lebih lagi aku mula tahu fadhail amal buku yang mereka selalu baca tu bermasalah kerana terdapat hadis-hadis dhaif dan palsu.

Pernah satu ketika, aku ikut join khuruj, masa tu nak tidur. Aku pun tanya lah seorang yang nampak senior macam mana tidur Nabi saw. Masa dia explain tu, aku dah nampak macam mana strugglenya dia nak jawab. Sambil gelak2 dengan kawan2 dia macam aku bertanya soalan yang tak relevan. Yela konon keluar untuk belajar agama, tapi bila keluar dia sekadar ajak kita untuk tidur diMasjid dan dengar taklim kelebihan keluar macam jemaah tu dan esoknya ketuk rumah orang untuk ajak ke masjid. Time bila belajar agama? Sekurang-kurangnya belajar solat cara Nabi saw. 

Aku mula rasa kosong. Bila waktu sebelum subuh, aku cepat-cepat bangun. Takut terlewat tahajud ke apa daripada orang lain. Namun, orang lain rilek tidur. Bangun bila azan. Bangun awal hanya ustaz seorang dua. Mungkin tak semua situasi sama, namun apa yang aku alami berkali-kali itu antara yang berlaku ketika keluar khuruj.  Aku mula berlepas diri dan cuba mencari ilmu agama yang aku tak jumpa dalam jemaah tabligh. Dalam jemaah ni mereka hnya akan tekan untuk keluar khuruj.

Pernah sekali, ketika di universiti ada jemaah tabligh ketuk pintu. Aku bagi masuk dan aku tanya banyak soalan. Biasanya mereka akan bagi tazkirah yang konon 2 minit yang kesimpulannya depa ajak kau untuk keluar sekali macam apa dia buat. atas alasan 'belajar-belajar ilmu agama'.

Banyak benda aku tanya, aku tanya kenapa kena keluar 3 hari dan beberapa hari? apa maksud kalimah syahadah? ketika nak sujud, tangan dulu ke lutut dulu turun ke lantai?apa syarat amalan diterima? kenapa kita kena pergi india pakistan bangladesh baru 'sempurna iman'? kenapa kita kena capai keluar 3 bulan baru iman meningkat? macam-macam lagi soalan sampaikan mereka kata datang surau tanya dengan amir mereka. Kesimpulannya ramai keluar khuruj tidak mendapat ilmu mana melainkan menguatkan tekad untuk terus keluar ajak orang lain keluar sama.

Di universiti aku berkenalan dengan jemaah tabligh daripada luar negara. Pelajar universiti tempat aku belajar. Aku perhati, mereka tidak menggunakan buku fadhail amal sebagai bacaan setiap kali mereka berkumpul. Tetapi mereka menggunakan buku Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi.

Selepas tu aku mula mendengar kuliah-kuliah agama di Youtube. Disinilah aku mula terdengar dan terbaca gelaran wahabi yang dikatakan sesat dan menyesatkan.

Rasa ingin tahu aku sangat kuat bila ada segelintir ustaz dengan terang membuat tuduhan ulama makkah yang buta matanya sebagai dajal. Dan paling tidak masuk akal bagi aku bila mereka mengatakan ulama Madinah dan Saudi Arabia yang terletaknya Kaabah itu pusat wahabi.

Logik ke tak? Tempat kita pergi menunaikan haji setiap tahun adalah pusat ajaran sesat? Kaabah dikuasai oleh wahabi yang mereka tuduh sesat? ini betul-betul tidak masuk akal bagi aku dan menyalahi hadis Nabi yang mengatakan dua kota suci tu Allah akan jaga selamanya.

Lepas tu aku dah start gali betul-betul apa itu wahabi? siapa ustaz-ustaz yang dituduh wahabi? dimana mereka belajar? apa kesesatan yang mereka bawak balik ke Malaysia? Di mana masjid yang mereka selalu mengajar.

Masa tu aku selalu berdoa semoga Allah tunjuk aku jalan yang betul-betul benar.

Disebabkan aku jenis yang berfikir secara kritikal. Aku mencari dimana pertembungan antara wahabi ni dengan aliran semasa di Malaysia. Apa pendapat Wahabi yang dikata sesat dan menyesatkan.

Nanti aku cerita di part 2. Apa sebenarnya punca wahabi digelar sesat dan kenapa aku cenderung mengikuti Wahabi walaupun banyak betul tuduhan yang melampau.

Kau kalau baca ni, nasihat aku cuba jadi kritikal dan update ilmu agama. Jangan sekadar play along dengan tuduhan yang dilempar tanpa kau sendiri check betul ke tak tuduhan tersebut?


Jul 18, 2022

Jiran Dari Neraka ; Part 3

Aku pun tak tau, sampai bila aku akan tulis bagaimana jahanamnya perangai jiran aku ni dari hari ke hari. Mungkin sampai aku dapat pindah rumah la kut.

Ada yang kata, jumpa lah dengan jiran. Bincang baik-baik. Sudah. Aku dah jumpa jiran. Bagitau apa masalah. Tak jalan. Setiap hari dia buat benda yang sama aku complain.

Mungkin orang lain akan nampak masalah ni remeh. Tapi untuk aku hadapinya setiap hari, menghakis juga hati aku yang suci ni. Aku rasa nak tumbok hidung jiran aku selalu.

Tong sampah rumah dia. selalu dia letakkan dalam kawasan rumah aku. Kalau tadi tak ganggu, aku tak seberapa kisah. Tapi tong sampah tu selalu aku terlanggar bila aku revise kereta masuk rumah.

Aku dah berkali bagitau, jangan letak tong sampah tu tepi pagar, letak je la kawasan kau yang luas tu. Tapi still dia letak bila ada kereta dia parking depan rumah.

Sekarang aku dah tak tegur. Aku just angkat je tong sampah aku hentak kuat-kuat depan rumah dia. Kadang aku tengok dia skodeng je, tapi esok esok dia buat balik. Alihkan tong sampah masuk kawasan rumah.

Yang pelik dia masam muka dengan aku, konon aku mungkin jiran paling jahat sebab tak bagi dia letak tong sampah depan rumah aku. Dah lah bila sampah dia full, dia letak je kawasan rumah aku sampah-sampah dia tanpa rasa bersalah langsung. Aku macam biasa, letak balik ke kawasan dia kalau aku perasan. Kadang aku biar je, aku sumpah serana dalam hati je mampu.

Nampak remeh tapi menyakitkan hati.

Tu belum aku tunjuk spender dan bra dia gantung betul betul tepi pintu pagar aku. Sampaikan aku yang malu bila ada tetamu datang kerumah. Yela takut dorang ingat tu spender aku, tu bra orang rumah aku. Ada je gambar aku ambil jadikan bukti bila nanti satu hari dia tanya kenapa aku tak bertimbang rasa.

Oh ye, jiran aku ni India. Sebelah kiri pula melayu. Dua-dua perangai sampah. Tak pernah fikir hidup berjiran tu kena macam mana. Nasib baik makcik depan rumah aku baik dan jiran yang lain baik.

Kadang aku tengok, kereta aku cukup-cukup untuk kereta masuk kerumah je. selebihnya jiran kiri dan kanan dah ambil. Kadang aku biar je depa ni buat perangai. Aku doa kepada Allah bagi depa rasa juga apa yang aku rasa.

Bayangkan, aku keluar rumah pun depa boleh parking depan rumah dan sebelum ni pernah parking lagi dalam rumah aku. Rumah kecik tapi kereta banyak. Tu yang sampai menyusahkan jiran jiran lain.

Nasihat aku, bila kau baru sewa rumah atau beli rumah. Check siap-siap boundary antara kau dan jiran. Jangan selalu kata, tak apa, bagi je depa guna sekejap. Big NO! kadang ada jiran ni mangkuk, dia ingat kau bagi dia guna tempat kau, so dia akan guna sampai bila-bila. 

Padahal kau bagi guna maybe untuk hari tu je. Yela hidup berjiran kan. Sharing is caring. Tapi Ini tak, kawasan rumah kau dah jadi kawasan rumah dia. Pagar kau pun dia akan jemur baju. Nampak remeh tapi menyakitkan hati. Bila dah lama jadi, payah dah kau nak tegur semula or ambil balik kawasan kau. Kecuali kau memang hati kental sanggup nak bertekak panjang.

Baru tadi jiran sebelah rumah aku bebel depan depan aku konon aku letak tong sampah merata. Tong sampah aku ada depan rumah dia. Padahal pekerja pemungut sampah yang pi letak depan rumah dia. Aku malas nak bergaduh, aku diam je la. 

Semoga Allah berikan aku jiran yang baik lepas ni. Yang takkan menyusahkan aku dan orang lain.

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian