Oct 17, 2020

Kenapa Malaysia tidak stabil sekarang di tahun 2020?

Kalau kau mengikuti perkembangan politik di Malaysia, kau boleh agak,semua ini bermula selepas kerajaan Barisan Nasional jatuh ketika pru14.

Kalau kau tanya aku kenapa jatuh? aku boleh bagitau dengan penuh yakin semua disebabkan fitnah daripada pembangang ketika itu. Sebelum pru-14 adalah waktu dimana kerja keras daripada pihak pembangang menyebarkan fitnah kepada raykat, memujuk hati rakyat untuk percaya apa yang mereka katakan, apa yang mereka janjikan dan sebagainya. Ramai yang terhasut. Ditambah lagi ketika itu, bagi aku kerajaan kurang sedar kesan fitnah itu dan menangkis segala fitnah dan tuduhan liar tersebut.

Itulah serba sedikit bagaimana Malaysia ketika ini menjadi tidak stabil.

Selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, barulah depa counter balik segala fitnah yang disebarkan.

Ketika dalam kerajaan baru, barulah raykat yang termakan fitnah kepada kerajaan sebelumnya (Barisan Nasional) sedar sedikit demi sedikit pembohongan yang telah memperbodohkan mereka. Misalnya janji manipesto yang depa bisik ke setiap telinga rakyat. Janji bulan dan bintang yang mereka katakan itu sebenarnya tidak mampu dan tidak akan mereka tunai.

Bagi aku, ini mungkin hikmah. Rakyat akhirnya mampu melihat mana parti sebenarnya yang memperjuangkan nasib rakyat. Mana parti yang mempergunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa.

Namun kos yang perlu dibayar oleh SELURUH rakyat Malaysia pula ialah negara semakin tidak stabil. Bagi aku kini negara hampir setanding situasi politik di Indonesia dan Thailand. 

Sedikit perubahan sokongan ahli parlimen boleh mengubah pucuk pimpinan negara. Dan itulah yang berlaku sekarang. Jika yang belajar lebih terperinci dalam hal ini tahu keadaaan sekarang tidak sihat kepada pentadbiran negara. Bahasa mudahnya ialah ketika undian-undian penting yang mungkin dibuat di Parlimen boleh jadi usul tersebut ditolak walaupun ianya sangat penting.

Keadaan ini ditambah lagi dengan kehadiran wabak Covid-19 yang melanda satu dunia termasuk Malaysia. Ini menjadikan keadaan lebih buruk lagi. Nasib baik kita di Malaysia ketika ini bukan berada ketika sebelum pru-14. 

Ketika itu bagi aku kebodohan diangkat menjadi panduan rakyat. Semua berpunca daripada ahli politik penghasut yang memfitnah, berbohong, berjanji bulan dan bintang hinggakan SESETENGAH rakyat ketika itu bagaikan seekor anjing yang lapar ingin menerkam kerajaan agar ditukar segala-galanya. 

Buas bagi aku. Setiap apa yang kerajaan buat ketika itu dilihat bodoh. Bantu lah apa pun, rakyat tetap akan menghina dan mencaci. hanya segelintir yang masih waras untuk tidak menafikan bantuan tersebut namun takut untuk menegakkan apa yang betul. Takut dikecam dan sebagainya. 

Kau nak tahu apa yang jadi selepas kerajaan baru memerintah? apa yang rakyat ni caci misalnya segala apa yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat sebelumnya, kerajaan baru ketika itu teruskan. Kau tahu apa kerajaan baru buat? depa cuma rebrand?lepas tu claim depa atas usaha kerajaan sebelumnya.

Ketika itu rakyat yang sebelum ini buas seperti anjing, terdiam.

Apa yang mereka dijanjikan satu pun tak dilaksanakan. Bantuan yang dahulu diberikan, yang depa cop rasuah, dedak dan sebagainya; yang mereka pandang jijik, kerajaan baru idaman mereka tetap teruskan dengan dijenamakan semula. Lagi menyebabkan mereka marah, bantuan tersebut dikurangkan. 

Bagi aku, padan muka kau! Namun natijah semua rakyat kena ketika ini.

Rakyat seperti dipermainkan. Naik PM baru, akan ada undi tidak percaya untuk naikkan PM yang baru lagi. Kesannya polisi negara tak dapat dilaksanakan. Ekonomi tak boleh nak survive. Pelabur asing tidak yakin untuk melabur. Lebih-lebih dengan adanya wabak covid-19 yang memerlukan rakyat untuk dibantu.

Yang dulu jadi anjing menyalak, kini senyap. Malah masih ada yang tersenyum sinis dan masih menganggap menukar kerajaan sebelum ini adalah tindakan yang bijak tanpa melihat bagaimana ekonomi Malaysia 90 darjah bertukar menjadi buruk selepas kejatuhan kerajaan sebelum ini.

Situasi di Malaysia sama apa yang terjadi di negara Jepun. Rakyat Jepun cuba menukar kerajaan dengan yang baru dengan alasan-alasan fitnah yang diciptakan oleh pihak pembangang. Akhirnya apa yang jadi? kerajaan baru yang di puja-puja rakyat untuk mengubah landskap negara gagal. Malah lagi teruk berbanding kerajaan sebelumnya.

Malaysia bernasib baik terdapat peranan Agong yang dapat mengurangkan sedikit kekacauan yang cuba dilakukan oleh para pemimpin politik yang gila kuasa. 

kesimpulannya, semua ini berpunca daripada sifat tamak segelintir pemimpin yang cuba untuk terus menguasai kekayaan negara dengan mencipta pelbagai fitnah untuk membakar hati-hati rakyat untuk memilih mereka.

Pesan aku, jadilah rakyat yang bijak, bukan jadi bodoh percaya tanpa melihat fakta yang dibentangkan.

Jika aku ditanya bagaimana untuk keluar daripada ketidakstabilan politik negara, senang. Kau jangan pilih PH. Depa ni telah terbukti gagal memerintah dan bodoh. Aku ulang depa ni telah terbukti gagal dan bodoh! Mereka terbukti menipu rakyat. Kau masih ingat depa takut-takutkan rakyat dengan Malaysia yang akan bangkrap?

Kalau kau masih gagal melihat kerosakkan yang depa ni buat, aku berdoa semoga Allah terangkan hati kau. Jadilah rakyat yang bijak, bukannya diikat hidung untuk menerima sahaja apa yang suap oleh ahli politik.

Sekian.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian