Oct 17, 2020

Menjawab tuduhan Nabi Muhammad saw seorang pendusta.

Antara video di Youtube yang aku selalu tengok setiap minggu ialah video perdebatan antara orang islam dan bukan islam di Hyde Park London. Walaupun kadang perbincangan penuh emosi, namun banyak input yang aku boleh perolehi terutama dalam menjawab tuduhan-tuduhan tak berasas orang bukan islam terhadap islam.

Terdapat ramai orang islam menjawab segala tuduhan tersebut dan menjelaskan dengan lebih baik kepada orang ramai. Syubahat begini kalau tak dijawab dengan betul, maka satu hari nanti akan wujud orang yang mengaku islam tapi dalam masa sama menidakkan ajaran islam tersebut. 

Di Malaysia misalnya makcik sitti kassim dan sealirannya. Kalau kau bodoh tentang agama islam maka kau akan terjebak dengan pemikiran mereka. Tapi kalau kau mempunyai ilmu pengetahuan, kau akan nampak betapa jahilnya mereka-mereka ini dengan agama sendiri.

Berbalik kepada tuduhan terhadap Nabi saw itu, terdapat beberapa point yang aku rasa patut aku share disini menggunakan bahasa 'pasar' supaya ramai yang akan faham kenapa ajaran Nabi saw itu benar, kenapa kita percaya dan yakin Nabi saw itu sendiri seorang yang benar.

Antara tuduhan kepada Nabi saw yang aku pernah lihat daripada orang bukan islam ialah, Nabi penipu. Nabi bawak ajaran sesat dan mempergunakannya untuk mendapat pangkat dan darjat.

Kebiasaannya mereka yang menerima tuduhan bodoh ini tidak pernah membaca sirah Nabi saw. Mereka hanya mendengarnya daripada mereka yang anti islam dan sebagainya bukan daripada sumber yang sahih daripada orang islam itu sendiri.

Kau kalau nak tahu tentang seseorang, mesti kau akan cari maklumat daripada orang terdekatnya, saudara mara, orang yang pernah berhubung dengan dia. Kau mesti takkan cari maklumat daripada musuh dia. Kecuali kau itu sendiri membencinya. Kan?

Begitu juga dengan Nabi saw.

Kenapa Nabi itu bukan seorang pendusta?

1. Sebelum baginda saw menjadi Nabi, baginda telah pun dikenal sebagai seorang yang amanah, jujur dan seorang yang sentiasa bercakap benar. Apa keperluan Nabi saw merosakkan kredibilitinya sebagai seorang yang tersangat baik dimata masyarakat dengan mendakwah ajaran islam kalau bukan kerana ajaran itu adalah benar?

2. Jika kau mengatakan baginda saw membawa ajaran baru semata-mata untuk pangkat dan darjat, kau kena tahu, bahawa pak sedara baginda ketika itu merupakan pembesar Makkah. Orang yang berpengaruh di Makkah. Kuasa tersebut dengan mudah baginda boleh dapat tanpa perlu membawa ajaran baru yang menyebabkan orang ramai membenci Nabi saw sendiri.

2. Nabi saw membawa ajaran baru kerana kekayaan. Mendapat harta daripada peperangan dan sebagainya. Ini antara tuduhan bagi aku yang sangat tak masuk akal. Tahu ke tidak isteri Nabi saw ketika itu merupakan antara orang paling kaya ketika itu? Khadijah ra yang merupakan ahli perniagaan. Apa keperluan Nabi saw membawa ajaran baru demi kekayaan sedangkan dia memang memperolehinya.

Jika kau perhatikan pun, kehidupan Nabi saw selepas membawa ajaran agama islam bukan menjadi mewah malahan baginda sentiasa diuji dengan kekurangan.

3. Ajaran baru yang Nabi saw bawak adalah sesat. Kalau kau kaji, Quran merupakan buku yang tidak mempunyai sebarang kesilapan malahan mempunyai pelbagai miricle.

Kau bayangkan orang yang hidup dipadang pasir yang tandus, tiada teknologi mampu tahu lapisan kulit ni ada 3 lapisan? kalau sampai kelapisan terakhir jika terbakar kita tak merasa sakit?

Bagaimana Nabi saw yang tak pernah melihat laut mampu tahu airw laut dan air masin jika bertemu tidak akan bercampur antara satu sama lain.

Bagaimana Nabi saw seorang arab yang mempunyai kumpulan kecil ketika itu titauahu satu hari nanti akan menakluki empayer Roman. Bahasa mudahnya, kau duduk di dalam daerah kecil sekarang, dan ketua kau bagitau satu hari nanti mereka akan dapat takluki Amarika dan China. Dan statement tersebut, benar terjadi.

Bukan itu sahaja terdapat banyak apa yang dikatakan Nabi saw tentang masa depan benar-benar terjadi dan tidak ada satu pun yang tidak berlaku.

Nabi saw bagitau sahabat, satu hari bangsa arab ni akan berlumba-lumba membina menara pencakar langit sedangkan ketika itu mereka ditekan kiri dan kanan. lihat hari ini, bangunan tertinggi terletak dimana?

Bagaiman seorang Nabi ketika itu boleh tahu kejadian manusia daripada Sperma hingga menjadi bayi?

Semua ini membuktikan ajaran yang Nabi saw bawak adalah benar. Dia adalah Nabi saw adalah benar.

Jika ada orang bukan islam tanya apakah Mukjizat Nabi saw, tunjukkan saja dia al Quran. Ini adalah mukjizat terbesar baginda saw. 

Di dalam buku ini penuh dengan ilmu yang tidak mungkin di reka atau dikarang oleh Nabi saw yang kita tahu seorang yang tidak pandai membaca.

Kalau hari ini kita taksub dan memuji pemimpin yang bersederhana, tidak memiliki kekayaan, cukup mempunyai rumah, kereta yang sederhana, ketahuilah Nabi saw lah lagi layak kau puji.

Kerana walaupun Nabi mampu segalanya, memiliki kekuasaan melebihi empayer Roman dan Parsi, namun baginda tidak meninggal apa-apa kekayaan. Hidupnya hanyalah tidak lebih seperti orang biasa .Tidak mempunyai makanan yang cukup, jika tidak ada makanan hari tu baginda akan berpuasa.

Adakah ini sebab Nabi saw berdusta seperti yang dituduh oleh orang bukan islam?

MUSTAHIL!

Itu belum cerita bagaimana para sahabat tinggalkan kekayaan demi memperjuangkan islam. Bersusah payah demi islam. Dibunuh, dicerca, di usir. Terpaksa berpindah dari tanah air sendiri.

1 comment:

Monamie said...

jEMPUT SINGGAH BLOG SAYA.. BOLEH JUGA KALAU NAK CARI SIDE INCOME DENGAN JAMU TUN TEJA. FEEL FREE TO WHATSAPP, MONA 0147571830

https://241107hh.blogspot.com/2021/01/3-produk-terbaik-jtt.html

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian