Dec 29, 2014

Agama dan Hiburan..,

Ada orang berpendapat, menarik orang awam dekat kepada agama, tidak kisah guna medium apa pun. Janji mereka mendekati agama.

Bagi aku pendapat ini adalah pendapat yang sangat dangkal. Ya sangat dangkal. Mana mungkin kita menggunakan medium yang tidak terbatas oleh syarak semata-mata untuk menarik orang awam mendekati agama? Kalau begitu kaedahnya, sungguh punah agama.

Adakah untuk mendekatkan mat rempit kepada agama kita perlu ikut merempit? atau menyogok mereka dengan motorsikal atau sebagainya?

atau,

Adakah untuk mendekatkan orang awam yang minat gilak babi kepada hiburan dengan menyogok mereka dengan hiburan semata-mata biar mereka tertarik dengan agama?

Kalau kuantiti yang kita cari pasti kualiti itu tiada.

Dekatkan sesiapa dengan agama harus kembalikan kepada agama. Walaupun sikit yang mungkin dekat, tapi berkualiti. Boleh tahan lama. Tapi kalau dengan sogokkan duniawi, nescaya habis program maka kembalilah mereka kepada asal mereka.

"Nak baikki pokok harus pada akarnya"

Kalau benar kaedah mengikuti ' selera masyarakat' ini adalah kaedah yang baik, kaedah yang berkesan, NESCAYA Nabi saw dan para sahabat telah mengikuti abu jahal dan sekutunya yang penuh dengan maksiat dan hiburan..

Jangan terpengaruh bilamana ada sesetengah pak lebai yang mengajak bernyanyi, atau bersyair dengan berjenamakan islam. Kerana Islam tidak pernah begitu. Tidak pernah Nabi dan para sahabat mengajar untuk bersyair atau berqasidah sebagai kaedah untuk mendekatkan orang ramai kepada agama.

Syarat amalan itu diterima ada dua
1. Ikhlas kerana Allah swt
2. Ittiba yakni mengikuti segala apa yang telah ditinggalkan Nabi saw..

Mengejar mimpi.

Ramai yang suka mengejar mimpi. Mereka mengejar tanpa lelah. Kerana apa? kerana mimpi itu selalunya indah. Jarang tidak. Kalau ada mimpi buruk, itupun sekali sekala.

Aku juga begitu. Aku suka bermimpi. Aku suka bermimpi yang indah. Kerana terkadang hidupku dibelit dengan sedikit kepayahan. Semahunya aku ingin bermimpi yang indah. Biar tenang.

Mengejar mimpi bagi aku adalah satu sikap yang wajib. Bukan hanya kepada aku, tapi kepada siapa saja. Kau atau kau atau kau. Semua perlu mengejar mimpi. Kerana mimpi yang sekadar mimpi adalah angan-angan kosong. Tapi mimpi yang boleh digapai adalah kejayaan. Menurut aku begitu.

Kalau dihitung berapa banyak mimpi aku ada, mungkin lembaran ini tak mencukupi. Atau mungkin saja kamu akan menghabiskan masa berjam-jam menghayati tulisan kosong ini.

Bermimpi itu normal, yang tak normal bila kau bermimpi dan terus berkhayal tanpa berbuat sesuatu pun untuk kau benar-benar merasai apa yang kau impikan. oh lupa, mimpi disini bukan bermaksud kau tidur dan kau bermimpi. Mimpi disini ialah bagaimana fikiran dibawah sedar mu melayang ketika itu kau mungkin tengah berak, atau kau tengah memandu atau mungkin ketika kau tengah mengorek hidung.

Jangan terlalu berharap dengan mimpi tanpa melakukan apa-apa usaha. Misalnya kau mengimpikan menjadi seorang yang kaya, tapi dalam masa yang sama kau seorang yang malas untuk mencari pekerjaan.

Berdoalah..

ps: Teringat dulu impianku nak jadi seorang penulis..ntah kemana mimpi tu lari. Kalau jumpa tolong suruh dia balik. kahkahkah

May 18, 2014

Perkara baru..

Terlalu lama aku biarkan blog penulisan. Yang dahulu jarang untuk aku tinggal. Mungkin. Terlalu banyak perkara yang aku tempuhi kebelakangan ini.

Alhamdulillah.

Kadang, aku terasa ingin lari dari kesibukkan. Dari hal kerja hingga ke hal hati. Sangat lelah jika untuk aku fikirkan. Dan, aku hanya bergantung kepada kehendakNya. Aku biarkan ianya berlalu. Sedikit aku rancang, selebihnya biar Dia menentukan.

Tipu jika aku terkesan. dan lagi tipu jika aku kata aku tak mampu menghadapi segala kepayahan ini. Aku cuma perlu ruang. Ruang untuk aku terus menulis, menekan nekan keyboard. Meluah segala yang terblock dihati.

Kau tahu?

Aku penat..

Dec 10, 2013

Aku cuma mahu..,

Satu saja aku ingin tulis disini,
Aku cuma mahu memohon maaf kepada semua,
Kepada mereka yang mungkin bermakna untukku
Atau aku bermakna untuk mu,
Aku cuma ingin memohon maaf,
Atas segalanya
Aku tahu..
Terlalu banyak aku sakiti, tanpa sedar.
Terlalu banyak aku lukai, tanpa sedar.
Aku cuma mahu memohon maaf,
Aku manusia yang penuh dengan kekhilafan,
Setiap hari aku berdoa untuk kamu,
Semoga suatu hari nanti,
Kau rasa bahagia itu,
Kau rasa gembira itu,
Walaupun mungkin aku sudah kau tak kenal,
Aku cuma kenangan pahit bak hempedu,
Aku tidak tahu apa harus dilakukan,
Aku cuma tahu,
Aku harus memohon maaf
Biar tenang,
walaupun tidak memberi erti apa-apa kepada kamu. Mungkin.

Aku cuma mahu memohon maaf..

Nov 27, 2013

Cinta Nabi??

Tahukah kamu bagaimana para sahabat, alim ulamak, para imam menunjukkan kecintaan kepada Nabi saw?

Imam Sufyan bin Sa’id ats-Tsauri berkata:
“Kalau kamu mampu untuk tidak menggaru kepalamu kecuali dengan (mencontoh) sunnah (Rasulullah saw) maka lakukanlah!” (Dinukil oleh imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Jaami’ li akhlaaqir raawi)

Berkata Anas bin Malik: "Aku melihat Rasulullah saw memilih-milih buah labu di dalam bejana tersebut maka aku pun menyukai labu semenjak hari itu. Berkata Thumamah daripada Anas: Aku kemudian mengumpulkan buah labu ke hadapan baginda". (HR. Al Bukhari)

Anas berkata: “Sungguh aku mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar. Lalu aku berharap mampu bersama mereka walaupun aku belum beramal dengan amalan mereka” (riwayat al Bukhari)

Imam ‘Amr bin Qais al-Mula’i berkata: “Kalau sampai kepadamu suatu kebaikan (dari sunnah Rasulullah saw) maka amalkanlah, meskipun hanya sekali, supaya kamu termasuk orang-orang yang mengerjakannya” (Dinukil oleh imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Jaami’ li akhlaaqir raawi)

Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata: “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah saw yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah (Rasulullah saw), kerana sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia)” (Dinukil oleh imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Jaami’ li akhlaaqir raawi)

 imam Ahmad bin Hambal berkata, “Tidaklah aku menulis sebuah hadits dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali aku telah mengamalkannya, sehingga ketika sampai kepadaku hadist Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berbekam dan memberikan (upah) satu dinar kepada Abu Thaibah (tukang bekam), maka ketika aku berbekam aku memberikan (upah) satu dirham kepada tukang bekam” (Dinukil oleh imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Jaami’ li akhlaaqir raawi)

Bandingkan dengan kecintaan yang ditunjukkan sekarang. Mereka berkonsert memuji Nabi yang tiada dalam petunjuk Nabi. Sedangkan Alim ulamak terdahulu menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi saw dengan mengikuti segala perbuatan baginda, hatta dalam bergaru kepala..

Jadi bagaimanakah cara kita menunjuk rasa cinta kepada Muhammad saw? adakah dengan bernyanyi2 atau mengikut jejak alim ulamak, mujtahid terdahulu..wallahu 'alam..
Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian