Aug 20, 2022

Aku dan Wahabi Part 1

Dulu, pengetahuan agama aku hanya setakat apa yang aku belajar di Sekolah sahaja. Tak lebih daripada fardhu ain yang diajar disekolah dan juga sedikit pembacaan yang mana aku sempat dan tertarik untuk membacanya ketika itu.

Mak aku guru mengaji dan aku salah seorang anak muridnya. Kau fahamlah bila mengaji dengan mak sendiri ni, jadi senang aku mengeliat. Aku belajar solat selain daripada di Sekolah aku belajar sendiri. Tak silap masa tu darjah 3 aku bersungguh-sungguh hafal bacaan dalam solat. 

Lepas tu aku berjinak-jinak dengan jemaah tabligh. Namun aku hampa. Lama aku join segala aktiviti dalam jemaah ni, aku tak pernah lagi belajar agama secara formal seperti yang biasa mereka bagitau bila jumpa orang lain. keluar untuk belajar-belajar agama. 

Ajaibnya orang yang baru join pun boleh bagi tazkirah. Tak kisah lah kau tak tahu, kau cakap je pasal kebaikkan ke apa, atau kau tiru apa orang lain cakap sebelum ni. Mereka menggunakan dalil 'Sampaikan lah walaupun sepatah ayat' tanpa mereka faham sepatah ayat tu ilmu yang betul bukannya setakat sembang-sembang kosong untuk tarik orang lain keluar bersama sehari dua di Masjid.

Masa tu, aku tak lah terfikir sangat apa yang aku belajar didalam jemaah, namun bila aku dah start masuk universiti dan mula berfikir betul-betul, baru aku cuba ingat semula apa sebenarnya ilmu yang aku dapat daripada jemaah ni selain keluar 3 hari seminggu dan sebagainya? lebih-lebih lagi aku mula tahu fadhail amal buku yang mereka selalu baca tu bermasalah kerana terdapat hadis-hadis dhaif dan palsu.

Pernah satu ketika, aku ikut join khuruj, masa tu nak tidur. Aku pun tanya lah seorang yang nampak senior macam mana tidur Nabi saw. Masa dia explain tu, aku dah nampak macam mana strugglenya dia nak jawab. Sambil gelak2 dengan kawan2 dia macam aku bertanya soalan yang tak relevan. Yela konon keluar untuk belajar agama, tapi bila keluar dia sekadar ajak kita untuk tidur diMasjid dan dengar taklim kelebihan keluar macam jemaah tu dan esoknya ketuk rumah orang untuk ajak ke masjid. Time bila belajar agama? Sekurang-kurangnya belajar solat cara Nabi saw. 

Aku mula rasa kosong. Bila waktu sebelum subuh, aku cepat-cepat bangun. Takut terlewat tahajud ke apa daripada orang lain. Namun, orang lain rilek tidur. Bangun bila azan. Bangun awal hanya ustaz seorang dua. Mungkin tak semua situasi sama, namun apa yang aku alami berkali-kali itu antara yang berlaku ketika keluar khuruj.  Aku mula berlepas diri dan cuba mencari ilmu agama yang aku tak jumpa dalam jemaah tabligh. Dalam jemaah ni mereka hnya akan tekan untuk keluar khuruj.

Pernah sekali, ketika di universiti ada jemaah tabligh ketuk pintu. Aku bagi masuk dan aku tanya banyak soalan. Biasanya mereka akan bagi tazkirah yang konon 2 minit yang kesimpulannya depa ajak kau untuk keluar sekali macam apa dia buat. atas alasan 'belajar-belajar ilmu agama'.

Banyak benda aku tanya, aku tanya kenapa kena keluar 3 hari dan beberapa hari? apa maksud kalimah syahadah? ketika nak sujud, tangan dulu ke lutut dulu turun ke lantai?apa syarat amalan diterima? kenapa kita kena pergi india pakistan bangladesh baru 'sempurna iman'? kenapa kita kena capai keluar 3 bulan baru iman meningkat? macam-macam lagi soalan sampaikan mereka kata datang surau tanya dengan amir mereka. Kesimpulannya ramai keluar khuruj tidak mendapat ilmu mana melainkan menguatkan tekad untuk terus keluar ajak orang lain keluar sama.

Di universiti aku berkenalan dengan jemaah tabligh daripada luar negara. Pelajar universiti tempat aku belajar. Aku perhati, mereka tidak menggunakan buku fadhail amal sebagai bacaan setiap kali mereka berkumpul. Tetapi mereka menggunakan buku Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi.

Selepas tu aku mula mendengar kuliah-kuliah agama di Youtube. Disinilah aku mula terdengar dan terbaca gelaran wahabi yang dikatakan sesat dan menyesatkan.

Rasa ingin tahu aku sangat kuat bila ada segelintir ustaz dengan terang membuat tuduhan ulama makkah yang buta matanya sebagai dajal. Dan paling tidak masuk akal bagi aku bila mereka mengatakan ulama Madinah dan Saudi Arabia yang terletaknya Kaabah itu pusat wahabi.

Logik ke tak? Tempat kita pergi menunaikan haji setiap tahun adalah pusat ajaran sesat? Kaabah dikuasai oleh wahabi yang mereka tuduh sesat? ini betul-betul tidak masuk akal bagi aku dan menyalahi hadis Nabi yang mengatakan dua kota suci tu Allah akan jaga selamanya.

Lepas tu aku dah start gali betul-betul apa itu wahabi? siapa ustaz-ustaz yang dituduh wahabi? dimana mereka belajar? apa kesesatan yang mereka bawak balik ke Malaysia? Di mana masjid yang mereka selalu mengajar.

Masa tu aku selalu berdoa semoga Allah tunjuk aku jalan yang betul-betul benar.

Disebabkan aku jenis yang berfikir secara kritikal. Aku mencari dimana pertembungan antara wahabi ni dengan aliran semasa di Malaysia. Apa pendapat Wahabi yang dikata sesat dan menyesatkan.

Nanti aku cerita di part 2. Apa sebenarnya punca wahabi digelar sesat dan kenapa aku cenderung mengikuti Wahabi walaupun banyak betul tuduhan yang melampau.

Kau kalau baca ni, nasihat aku cuba jadi kritikal dan update ilmu agama. Jangan sekadar play along dengan tuduhan yang dilempar tanpa kau sendiri check betul ke tak tuduhan tersebut?


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian