Kenapa kebiasaannya hubungan pasangan biasanya berantakkan seperti tiada solusi?
Antara sebab yang biasa zaman sekarang ialah, depa ni lebih suka mendengar nasihat daripada orang luar yang tak tahu masalah sebenar berbanding dengan pasangan dia sendiri. Tiada perbincangan yang serius.
Kebiasaannya berlaku disebabkan nasihat jahanam daripada rakan-rakan so called RAPAT. Orang cakap best buddy la apa lah. Bagi aku ini antara punca masalah kau yang dulu biasa mungkin jadi besar. Kalau dulu kecik tapi tiba-tiba jadi besar. Bukan semua kawan tu sesuai untuk kau ambil nasihatnya.
Sebab tu aku selalu elak minta nasihat daripada kawan terutama berkaitan dengan bini aku. Begitu juga aku larang bini aku jadi bodoh minta nasihat kawan dia kalau ada masalah antara aku dengan dia.
Kadang kawan ni dia nampak kau struggle dengan masalah kau, dia nampak kau macam tak boleh nak simpan da masalah kau, burn out, dia apa lagi akan nasihat suruh aku blah, dia nasihat kau itu ini yang mungkin sebenarnya hati kau pun tak sampai kesitu untuk masalah kau dng laki kau hadap.
Tapi disebabkan kau ni jenis yang mungkin kalau adalah masalah orang akan nampak macam kau nak bunuh diri dah. Padahal tak lah teruk mana. Cuma kau jenis menghayati masalah. Mungkin solusi sekadar kau bertolak ansur dengan laki kau atau bini kau. kan?
Ramai yang mungkin berpisah disebabkan nasihat daripada kawan, konon tak nak kau bersedih. Last sekali dia kahwin dengan kau. Itu kalau kau minta nasihat dengan kawan lelaki. Ramai perempuan sekarang suka minta nasihat dengan lelaki. Konon sebab mereka faham lelaki.
Like, eh kenapa lelaki ni macam ni ek? padahal laki dia. Yang dia pi minta nasihat ni kawan sekerja dia. Last sekali berskandal. Konon nak selesai masalah dia dengan laki dia, akhirnya dia buat masalah baru.
lagi satu, zaman sekarang, ramai tak puas hati dengan bini/laki dia sendiri disebabkan membaca artikel atau luahan luahan page page confession. Kau tahu kan padia aku maksud kan?
Kadang manusia ni, masalah orang lain, bila dia baca dia tiba-tiba kaitkan dengan hidup dia, kaitkan dengan hubungan dia suami isteri, lepas tu tiba-tiba hubungan dia yang biasa tu jadi bermasalah pada pandangannya. Misalnya, dia baca pasal luahan isteri yang tak pernah dibawak bercuti. Dalam tu ramai lah komen jadi pakar agama ada, pakar suami isteri ada, pakar sakit puan pun ada, macam macam lah. Bila dia baca, dia terbawak-bawak dengan hubungan dia dengan keluarga dia. Tiba-tiba masalah orang lain tu, jadi masalah keluarga dia juga sekarang.
Ada macam-macam perkara orang luahkan yang negatif dalam medsos ni yang kadang kita tak perlu nak hirau sangat, Kehidupan orang lain tak sama dengan kehidupan kita. Itu kau kena ingat. Nak ambil pengajaran bukannya kau pi bawak bergaduh laki/bini kau. Kau pi copy then kau paste dekat chat lepas tu kau tulis 'haa tengok ni. Cubalah macam ni, kan bagus?Ni tak asyik menyusahkan kita jak" Last sekali bergaduh. Konon nak ambil pengajaran. Taik kucing.
Kalau kau cari keburukkan pasangan kau, Confirm kau akan jumpa. Bukan satu tapi mungkin beribu. Dan kau kena ingat, pasangan orang lain pun sama, mungkin lagi banyak masalah. Cuma kau je tak tahu. Kau compare hidup kau dengan dia sama je kau sengaja sebenarnya nak cari masalah.
Ada orang, dia nampak buruk pasangan dia, dan dia nampak orang lain lebih baik daripada laki dia. lebih baik daripada bini dia. Padahal dia tak tahu, orang yang dia rasa lebih tu mungkin lagi teruk. Mungkin kalau dia hidup sebulan bersama, mungkin tak akan aman.
Aku cerita ni sebab aku teringat apa yang kawan aku cerita. Bila kawan bini dia selalu bagi nasihat yang kadang menyebabkan mereka berdua bergaduh. Padahal kawan dia tu bukannya baik mana pun. Tapi disebabkan bini dia ni bodoh, lagi percaya kawan dia berbanding laki dia. Padahal laki dia ni la kalau ada lipas, dia yang pi buang, laki dia lah kuli yang boleh disuruh itu ini setiap hari dan takkan membantah.
Ini sebenarnya problem untuk orang yang berkeluarga kadang-kadang. Terlalu mengikut nasihat orang lain tanpa melihat sesuai tak dengan diri dia dan keluarga dia. Selalu nak ikut macam mana orang lain selesaikan masalah mereka walaupun tak sesuai untuk diapply dalam keluarga dia.
Keluarga kau, kau corakkan. Keluarga kau, kau selesaikan masalah dia. Bukan orang lain yang kau perlu risaukan. Bukan orang lain yang kau perlu hiraukan apa mereka fikir? apa mereka cakap tentang kau. Lantak pi lah depa.. Yang susah nanti kau bukan mereka. Nasihat mereka tu tak menghasilkan duit, nasihat mereka tu tak akan menyelesaikan masalah kau tapi mungkin meringankan beban kau tapi still kau yang kena buat keputusan, bukan orang luar. Jangan tanya, eh apa aku nak buat ek dengan laki aku? eh laki aku ni teruk lah..Kalau kawan kau memang tak suka laki kau, memang dia suruh kau blah je la. Tak payah tanya..
Jangan kahwin kalau tak berani nak hadap masalah! Semua orang akan ada masalah masing-masing. Ada orang diuji dengan tak ada anak. Ada orang diuji dengan masalah kewangan. Ada orang diuji dengan masalah bini sundal tak boleh lupa ex dia, ada orang diuji dengan jiran jahanam. Semua orang ada masalah. Jangan fikir kita je ada masalah keluarga. Bila Allah uji, terus fikir aku nak ceraikan dialah. Aku nak minta cerailah. Startlah minta pandangan itu ini, padahal ujian tu kadang dua-dua depa diuji, tapi dia bebankan kepada pasangan dia.
Macam aku cakap, kalau kau cari kelemahan pasangan kau, confirm kau akan jumpa. Tapi kalau kau disuruh cari kelebihan pasangan kau, mesti akan ada dalam hati kau, eleh semua orang buat itu. eleh aku pun kadang kadang buat. Sebenarnya ini bukti kau tu tak bersyukur dengan apa yang kau ada sekarang. Kau nak pasangan yang sempurna dalam fikiran kau bukan dalam realitinya.
Orang miskin akan ada masalah. Orang kaya pun ada masalah. Semua orang ada masalah. Cuma bezanya bagaimana kau menghadapinya..