Oct 4, 2020

Keluarga

 Aku teringat pesan kawan aku kepada kawan aku yang lain. Pesanan ini aku rasa dah cukup popular di zaman wanita ingin sebaris dengan lelaki dalam pelbagai hal.

'Kita ni sebagai perempuan, kena prepare. kalau kahwin, tak selamanya suami kau setia dengan kau. Kau kena prepare untuk hidup berdikari. Pandai mencari duit dan survive.'

Bagi aku, nasihat ini sangat bodoh.

Kalau dari awal perkahwinan lagi kau dah tetapkan mindset kau yang suami/isteri kau akan berubah hati satu hari nanti, jadi apa guna kau terhegeh-hegeh nak kahwin? Buat apa kau nak kahwin gempak2?

Tak salah kita plan, tapi dengan memikirkan bahawa lelaki/perempuan yang kita kongsi segala-galanya selepas kahwin akan tinggalkan kita dan kita sudah bersiap untuk ke arah itu, maka jadilah kita prajudis dengan perkahwinan yang kita bina.

Kita akan start berkira dengan segala macam hal.

Sedikit suntikan negatif daripada orang lain sudah cukup goyahkan hubungan yang kita ciptakan itu. kita dah prepare mencari pasangan lain. kita dah prepare untuk berpisah. Kita dah prepare untuk bergaduh. kita dah prepare untuk tidak bertolak ansur dan sebagainya. Inikah perkahwinan yang kita ingin-inginkan?

Memang, tidak dinafikan akan ada perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan. Tapi adakah itu menjadi kayu ukur untuk keluarga yang kita ingin bina? kenapa kita tidak mengambil contoh pula mereka yang setia bersama hingga ke mati?

Adakah, jika berlaku perpisahan kita terus jadi bodoh untuk meneruskan hidup?

Bagi aku pemikiran beginilah sebenarnya membawa kepada kes-kes perceraian.

Jika kau rasa, kalau kau berkahwin kau akan ditinggalkan suatu hari nanti, JANGAN kahwin!

Allah kan ada?

Daripada kau bersangka buruk kepada pasangan kau, kenapa tidak kau adukan terus kepada Allah jadikan pasangan kau pasangan yang terbaik untuk kau. Pasangan yang soleh/solehah. Yang dapat menjaga kau, membimbing kau ke syurga. Kenapa kau harus bersangka buruk dengan isteri/suami kau sendiri? Kenapa kau jadikan contoh keretakkan keluarga orang lain dengan memberi kesan buruk kepada keluarga kau sendiri?

Aku kadang nasihat adik-adik aku, berkaitan benda ni. Kalau kau rasa pasangan kau membebankan, tinggalkan daripada awal. Jangan jadi pengecut.

kalau kau bina keluarga, niatkan kau kerana Allah, kerana kau nak hidup semati dengan dia. Kau kena terima baik buruknya. Biarpun mungkin pasangan kau buruk dimata orang lain, tapi dimata kau mesti sentiasa baik. Telan dan cuba baiki mana yang patut.

Sekian

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian