Aug 17, 2020

Kau hidup untuk apa?

 Aku selalu fikir, orang lain sebenarnya hidup didunia ini untuk apa? 

Banyak peristiwa orang disekeliling aku yang aku rasa perlu untuk aku jadikan kayu ukur untuk berfikir, bertindak dan bernafas dalam dunia yang aku rasa sangat kejam ini.

Kau hidup untuk apa?

Selalu bila aku down, aku akan ingatkan diri, aku hidup ini untuk apa? makan? minum? kerja? cari harta?

Mungkin aku antara salah seorang dalam dunia ini yang terbeban dengan fikiran yang yang penuh dengan kekacauan. Penuh dengan masalah. Penuh dengan perasaan. Penuh dengan pelbagai rasa yang kadang aku sendiri tak mampu nak tanggung.

Kau hidup untuk apa?

Kalau kau ada agama dalam diri mesti kau akan jawab dalam hati, aku hidup untuk sembah Allah. Ini yang utama. Walaupun tindakan kau menyanggahnya.

Kau lebih kepada mengejar dunia. Kau mengejar harta. Kau mengejar apa yang orang lain akan fikir pasal kau. Kau mengejar apa orang lain akan pandang kau. kan?

Kawan aku banyak yang kecundang dengan semua ni. Zaman sekarang ni, apa yang ada dalam hati orang lain kau akan tahu. Semua orang berlumba-lumba bagitau orang lain apa yang dia rasa, apa yang dia ada, apa yang dialami di Facebook spesifiknya. kau begitu juga kan?

Aku tak perlu tanya. Aku hanya perlu jenguk di facebook.

Sampaikan ketika solat dia doa apa pun dia akan bagitau orang lain.

Jadi, Kau hidup sebenarnya untuk apa?

Aku sebenarnya ingin hidup tenang. Aku nak hidup tanpa fikir apa orang lain fikir pasal aku yang tengah belajar untuk hidup.

Aku nak hidup tenang yang mana aku dapat tidur tanpa fikir apa yang terjadi lepas ni. Aku nak hidup bila aku pejam mata, aku terus pejam mata tanpa berfikir setiap masalah yang aku kena hadapi.

Aku nak senyum yang betul-betul aku senyum.

Aku nak tidur betul-betul aku tidur.

Kau pula hidup untuk apa?

Makan tidur?

Cari harta dan tunjuk dengan orang lain?

Bagi beras dengan orang miskin sambil rakam untuk masukkan dalam facebook atau youtube?

Tunjuk result yang kau dapat dalam exam dengan orang lain supaya orang lain rasa wow?

Makan kedai mahal sambil tangkap gambar untuk tayang dengan orang lain?

Atau pandang rendah dengan orang lain sebab dia tak macam kau? yang berjaya?

Ntah.

Orang lain nampak aku duduk rumah. Aku nampak diri aku tengah struggle bina jalan untuk anak bini aku berjaya.

Kau tahu, yang atur rezeki tu Allah.

Yang bagi ketenangan itu Allah.

Yang mendatangkan musibah itu Allah.

Yang memperbaiki keadaan itu Allah.

Yang menahan rezeki itu Allah.

Yang menjadikan kita hebat itu Allah.

Kau cuma perlu usaha sedikit.

Kau hidup untuk apa?

Jangan sia-siakan dengan dunia.

 Ntah lah. Dunia ini kejam. Kalau kau rasa 'hayal' sekarang, sebenarnya kau tengah tertipu.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian