Jul 18, 2020

Kenapa aku risau bila hujan?

Benda ni sentiasa menghantui aku. Bila mendung macam nak hujan, aku dah rasa macam ya Allah jangan lah bocor lagi. yes. Rumah sewa aku ni masuk air bila hujan. Sampaikan aku dah rasa macam bukan rumah lagi.

Kadang aku rasa stress gila. Aku dah report banyak kali dengan owner rumah. Tapi bila dah baiki benda ni akan jadi balik. Berkali-kali. Sampai satu saat aku just tadah je air setiap kali hujan lebat. Malas aku nak komplen.

Ya Allah semoga Engkau gantikan aku rumah yang lebih baik daripada sekarang.

Yang problemnya, owner rumah aku suruh jiran aku sendiri yang baiki. dan dia baiki. lepas tu bila hujan bocor lagi. Baiki lagi. Then bocor lagi. Begitulah seterusnya. Sekarang ni pun bocor lagi. Babi!

Aku dah suggest dengan owner rumah untuk panggil orang lain untuk baiki. Tapi owner rumah gelak sebab jiran aku expert dalam bidang ni sebab kerja dia kontraktor. Jadah expert. Sampai berbulu aku nak bagitau jiran bocor lagi. Aku perhati pun dia juga rasa macam 'aik bocor lagi?'

Kau pikir aku yang pegi bocorkan setan??

Jadi, itulah sebenarnya kenapa aku sangat risau bila hujan. Sebenarnya bukan risau tapi malas nak tadah air yang bocor dari siling tu. Sebab nanti aku yang kena lap, aku yang kena susun semua tu.

Sat lagi aku inform lagi jiran suruh baiki. Doakan lah lepas ni tak bocor lagi.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian