Jun 7, 2020

Sedekah yang terbaik?

Alhamdulillah. Aku tinggal di taman yang mempunyai jiran yang sangat baik. Saling tolong menolong. Yang kadang, kalau kau tak biasa bersosial macam aku dan orang rumah aku, kau akan rasa agak kekok.

Mungkin kami baru belajar untuk menjadi dewasa. haha. walaupun dah ada dua orang anak yang sangat aktif. Sampaikan tak perlu pun untuk bersenam. Setiap hari, eh bukan setiap saat kena main sama-sama. Kalau main sorok-sorok, aku dah tahu dah mana depa berdua ni menyorok. Tapi still aku rasa masih remaja dan agak kekok untuk masuk  team dewasa ni.

Kadang aku takut juga jiran sebelah komplen. Yela pukul 10 malam keatas masih lagi berteriak-teriak macam dalam rumah aku ada 10 orang budak kecil. Kalau berterabur tu tak payah cakap. sampai aku give up nak marah.

Kejiranan aku ni agak aktif beramah mesra. Yang jadi mangsa orang rumah aku sebab depa perempuan ada group sosial sendiri tempah mengadu segala hal. Kadang best kadang stress sebab hilang kucing pun boleh kecoh satu taman.

Setakat hantar menghantar makanan tu dah menjadi kebiasaan. Tapi disebabkan pandemic ni je agak kurang sikit. Tapi masa berpuasa hari tu, hampir setiap hari ada jiran hantar makanan untuk berbuka. Terasa macam suasana kampung.

Mungkin Allah makbulkan doa aku untuk merasa semula zaman kanak2 yang dah lama berlalu tu. Masa aku kecil, jiran kawasan rumah mak aku pun sentiasa share makanan.

Mak ayah aku antara orang yang aku sangat kagum dalam bab bersedekah. (Semoga Allah membalas syurga buat kedua mereka.) Terutama ayah aku. Dia kalau bab menolong orang lain, dia takkan fikir apa balasan yang dia dapat. Kadang apa yang dia nak bagi dekat orang lain tu cukup-cukup untuk kami sekeluarga, tapi dia tetap akan share.

Kita ni, nak bersedekah bukan sebab nak orang lain puji atau nak dapat balasan. Cukup Allah yang balas. Sebab itu yang terbaik. Itu yang Nabi pesan.

Aku umpamakan kalau kau buat kebaikkan, sebolehnya kau sorok dari orang lain seperti semut hitam, diatas batu hitam dimalam yang sangat gelap. Hanya kau saja yang nampak apa yang kau lakukan. Mohonlah semoga Allah akan membalasnya berlipat kali ganda.

Pujian manusia ni sementara. 10 kebaikkan kau buat pun tapi 1 perkara kau tersilap buat, maka yang keburukkan kau buat tu lah orang akan pandang sampai bila-bila.

Aku perhati orang sekarang berlumba-lumba membuat kebaikkan seperti bersedekah. Alhamdulillah. Tapi kisah sedekah dijaja merata-rata. Memang kita tak nampak niat setiap orang. Tapi yang terbaik adalah kita sembunyikan segala kebaikkan. Itu lebih melindungi pahala yang kita nak tuai di akhirat nanti.

Ke kau rasa bila kau tayang setiap kebaikkan kau rasa kau puas? Kau terasa nak buat lagi, biar orang lain nampak apa yang kau dah buat? Kau rasa happy bila orang puji? Kau rasa nak orang lain buat kebaikkan seperti apa yang kau buat? bila kau sembunyi kebaikkan kau rasa macam kau tak buat sebab orang lain tak tahu?Bila kau sembunyi kau rasa tak termotibasi?

Kalau begitu,kau boleh fikir sendiri apa sebenarnya apa yang kau mahu.

Aku ada group whatsapps yang ada sorang dua dok tunjuk dia tengok sembahyang dengan family. Tunjuk dia tengah berzikir. Tunjuk dia tengah baca Al quran dan ajar anak dia. Tunjuk dia mengaji dan dah sampai juzuk bla bla bla. Sambil tanya, korang buat apa? korang dah buat tak?

Jauhilah benda begini. Takut kita hilang segala pahala. Umpama kau naik tingkat 80 untuk balik rumah. Tapi sampai ke tingkat 80, kau baru perasan kau tertinggal kunci rumah. Sia-sia semua yang kau lakukan.

Dengar kuliah ustaz ni mungkin korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan di sini

Antara ayat ustaz yang aku sangat terkesan sampai hari ini ialah "Lebih baik kita dikenal dilangit daripada kita dikenal dibumi". Sangat mendalam bagi aku.

Ada banyak manfaat video yang aku bagi link tu. Kalau korang yang baca ni tak dengar memang sangat rugi.

Mak mertua aku juga antara orang yang sangat memberi kesan kepada aku bab-bab bersedekah ni selain daripada mak ayah aku sendiri. Aku perhati dia sangat pemurah sampaikan setiap orang yang datang melawat kerumah, dia akan bagi buah tangan. Aku menjadi saksi pemurahnya dia dan semoga Allah membalas segala kebaikkan yang dia lakukan dengan syurga yang tertinggi. Amin.

Kadang kita ni kena belajar daripada apa yang orang lain buat selagi mana tidak melanggar syariat.

Mak mertua aku juga sentiasa memuliakan tetamu yang datang kerumah. Belum pernah lagi aku lihat tetamu yang datang pulang dengan perut kosong. Mesti dia akan sediakan makanan yang terbaik. Sesuai dengan apa yang Nabi pesan untuk memuliakan tetamu.

Bagi aku,adalah sia-sia kita menceritakan segala kebaikkan yang kita lakukan hanya kerana untuk mendapatkan pujian dunia.

Semoga amalan kita tidak jadi sia-sia.

Sekian.

Sebenarnya aku nak tulis panjang lagi. ada banyak benda sebenarnya aku nak bebel. Tapi Humaira nak guna laptop. Hilang segala idea nak tulis sebab dia dok bisik nak guna laptop dari tadi huh.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian