May 29, 2020

Cikgu terbaik

Sebenarnya aku dah lama nak tulis pasal cikgu ni. Dari hari guru tu lagi. Tapi disebabkan aku ni jenis yang suka simpan idea, maka aku peram lama sikit. Ingatkan nanti bolehlah bercambah idea tu. Umpama kau menyemai benih.

Sebelum aku membebel lebih jauh lagi dan lebih dalam lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada  semua mereka yang pernah mengajarku, dengan ucapan, cikgu buat apa sekarang? eh bukan dengan ucapan i love u All.

Aku ada group whatsapp classmate masa sekolah menengah. Jadi semua member aku ada dekat situ. Selalulah juga kami bersembang, mengumpat dan sebagainya.

Apa yang menarik dan sangat terkesan untuk aku bagitau korang sekali ialah seorang kawan aku bagitau,cikgu-cikgu kami sebelum ni hanya 'pandang' budak-budak yang berjaya je. Yang tak berjaya tu depa buat buat tak tau.

Ramai kawan-kawan aku terkesan. Mungkin kawan kawan aku termasuk aku sekali hanya biasa biasa sahaja sekarang, mungkin sebab tu kami mendapat layanan kelas kedua. Gila dah macam pergaduhan nak dapatkan BPN pula.

Sebenarnya aku dah lama rasa benda ni. Namun bila ada ramai kawan aku pun rasa sama, maknanya aku bukan bersendirian dalam isu ni.

Ya, tak semua cikgu macam tu. Tapi sekarang aku nak cerita pasal cikgu yang perangai hudoh begini. ngerti?

Bagi aku, kau tak perlu pun nak membezakan layanan kepada bekas anak murid kau. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Setiap orang memiliki nasib yang Allah tentukan berbeza. Jadi sudah nasib dia jadi begitu.

Sedih bila kau tak dipandang cikgu-cikgu lama hanya kerana kau tak dapat kerja sebagai pegawai.

Padan muka siapa suruh nakal. siapa suruh malas belajar. haha

Kepada kau yang mengalami nasib yang sama tersisih oleh bekas cikgu sendiri, padan muka. eh bukan, bersabarlah. kau bukan berseorangan. Ramai lagi kena haha. lu kena beb.

Kepada cikgu, bekas cikgu, bakal cikgu, wakil cikgu dan sebagainya, janganlah sisihkan bekas anak murid semata-mata dia jelek. dia berhingus. dia tak capai standard yang cikgu nak. Jahat mana anak murid pun, depa ni kalau jumpa kau ditengah jalan dan perlukan pertolongan, insyallah mereka akan tolong tanpa minta balasan. Dan mereka inilah juga sumber pahala cikgu cikgu sekalian.

Kepada cikgu yang sangat memberi kesan kepada aku, yang sentiasa ringan tangan mencubit bila aku buat salah, Aku berdoa semoga Allah membalas segala ilmu yang diberikan. Hanya Allah yang layak membalas segala jasa mereka. Cikgu yang aku maksudkan ialah ibu aku sendiri. ha tepuk tangan semua.

dan kepada mak mertua sekali. Kenapa Mak mertua aku? sebab dia bekas cikgu dan dia mak aku.

Parents ialah cikgu pertama yang mengajar kita didunia ni. Ingat tu!

Sekian.

Aku tak tahu nak tulis apa dah.

kbye

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian