May 29, 2020

5 tips MUDAH untuk kurus

Kalau korang sekarang tengah cari cara bagaimana untuk turunkan berat badan dalam masa 1 bulan, maka inilah artikelnya. korang boleh terus membaca artikel ni sambil terus berdoa semoga apa yang aku nak kongsikan ni benar-benar bermanfaat.

Perkara pertama yang korang perlu buat ialah,

1. Kurangkan makan.

Kau bacalah artikel sebanyak mungkin. Kau carilah dietition terbaik. Kau search lah dalam youtube, dalam facebook atau dimana-mana channel bagaimana untuk turunkan berat. Perkara pertama yang kau akan jumpa ialah KURANGKAN pengambilan makanan.

Setiap orang yang mengalami berat badan berlebihan mengalami satu masalah yang sama iaitu tak boleh nak kawal makan. Rasa lapar je. Rasa nak mengunyah. Lepas tu buat-buat tulis dalam status facebook, kenapa ek berat badan aku makin naik? jadah! padahal makan tak hingat dunia.

Jadi tips pertama yang aku rasa korang perlu utamakan ialah kurangkan pengambilan makanan. Makan benda yang berkhasiat. Kawal, kawal dan kawal nafsu tu. Jangan buas sangat.

Ada banyak cara bagaimana untuk kawal nafsu makan,antaranya makan dengan kuantiti sikit tapi kerap. Belajar tengok kalori setiap makanan yang kau sumbat dalam mulut kau. Ini tak, kau bagitau ko makan sikit je, padahal yang kau sumbat dalam mulut tu dah 1000 kalori setiap kali.

Bagaimana nak belajar? Kau jumpa dietition. Depa ni akan ajar kau cara nak kawal nafsu kuda kau tu dan beri option yang terbaik untuk kau ganti habit kau nak makan. Aku boleh suggest kau freelance dietition terbaik kalau betul-betul kau perlu. Ini Serius.

2. Jangan lupa Bersenam

Benda ni aku letak dalam tips number 2 sebab benda ni sangat penting. Bersenam. Selain dapat membakar lemak kau, kau juga nanti akan dapat badan yang sihat, bertenaga dan hensem macam aku.

Logiklah kan, kau dah makan sampai tak ingat dunia mestilah kena bersenam. Kalau tak, makanan tu nanti bertukar jadi lemak yang berlebihan dekat perut engko tu. Lepas tu baru kau buat-buat terkejut? eh kenapa berat aku naik je tak pernah turun? eh kenapa aku gedik? eh eh, kenapa? kenapa kau lupakan. janji yang kau berikan.

Macam mana lah berat nak turun kalau makan tak henti lepas tu kau tak bersenam? kau expek makanan yang kau telan tu semua jadi tahi ke? semua keluar berketul-ketul kalau kau berak? banyak cantik kau. Pandai berak pandai lah basuh. tiber.

Sekarang kau nampak kan problem kau sebenarnya? kenapa kau tak boleh turunkan berat badan kau?

Nanti ada yang kata, eh aku makan sikit je dan bersenam, selalu pergi gym,tapi berat badan naik juga?

yeke sikit?

Kalau kau nak tahu betul ke kau makan sikit atau tak?

Meh aku ajar kau sikit. Kau try dalam seminggu ni kau makan macam biasa. Jangan ubah apa-apa. Lepas tu kau senaraikan setiap makanan yang kau sumbat dalam mulut engko setiap hari untuk seminggu.

Kau kena senaraikan secara details. Contohnya kau buat air teh. berapa Suda gula kau letak. Kau makan nasi, berapa scoope nasi kau letak, berapa banyak sayur kau letak. Setiap apa kau makan kau senaraikan. Jangan tipu. 10 kali kau pergi kedai mamak sehari, 10 kali kau senaraikan.

Lepas senaraikan then kau check balik setiap makanan tu berapa kalori. kau check berapa banyak kalori kau dah makan sehari vs berapa banyak kalori sebenarnya kau perlukan sehari.

Cara kira ni kau kena belajar jadi senang kau nak kawal makanan yang masuk dalam mulut kau. kalau kau nak belajar kontek aku. Serius.

Nanti kau jangan terkejut sebenarnya kau ambil makanan sehari melebihi kalori yang kau perlukan. walaupun mungkin kau rasa 'sikit' je tapi sebenarnya kau dah terlebih sebenarnya.

3. Istikomah

Benda ni paling penting. Apa yang perlu kau istikomah? tu dua tips yang aku dah bagi dekat atas ni. kau tak dapat buat dua tips awal ni, kau takkan mampu turunkan berat. percayalah bak kata lagu siti nurhalija. percayalah, kasih ku takkan berubah. ha kau sambunglah lagu tu sendiri.

Kau jangan ingat benda ni senang. Aku jamin paling lama kau boleh istikomah 3 hari. atau paling lama pun seminggu. Lepas tu kau mesti dah culas. Ambil minuman bergas sikit, makanan snack lebih sikit. Makan tengah hari lebih. pergi mamak melantak roti canai dua tiga kali kucing berlari. Aku pernah mengalaminya bro. Jangan kau menyembang sebelum kau cuba.

Jadi nasihat aku belajar untuk istikomah.

Cuba kau perati kawan kau di facebook. Mula-mula pergi gym bukan main tunjuk gambar  pelbagai angle dalam gym. Tunjuk peluh. Tunjuk alat yang dia guna. Tunjuk bisep yang aku rasa nak lempang je sebenarnya. Abih lama pun  seminggu je perangai nak menunjuk ni. Lepas tu kau akan nampak status lain pula misalnya 'rindu pula nak pergi gym'. TAHI kucing!

Nasihat aku, kalau kau nak start, jangan tunjuk dengan orang lain. Kau nak tunjuk dengan orang lain sebab apa? kau nak berlagak? kau nak dapat pujian? benda nilah yang akan menyebabkan kau tak istikomah!! Nenek aku pernah pesan lets the succes make a noise.

4. Tips ke empat ISTIKOMAH

Teruskan istikomah,

Baca jek tips di number 3 tu semula. hahaha

5. dan tips yang terakhir ialah still Istikomah.

Kenapa aku letak 3 tips  terakhir ni dengan istikomah?

Sebab benda nilah paling susah orang nak buat. Benda nilah buat kau jadi gemok! kau tak istikomah jaga makan dan kau tak istikomah untuk bersenam! kau biar lemak kau membiak lepas tu kau salahkan itu ini penyebab kau gemok. booo.

kau tak istikomah kau gemok.

So, ini adalah 5 tips yang aku rasa kalau kau ikut insyallah kau akan menang. yes menang untuk turunkan berat badan tanpa supplement. Tak perlu kau buang duit. Tak perlu.

Ada kawan aku, aku tengok hari tu, dia ambil supplement untuk turunkan berat badan. Kau mesti tahu supplement apa. Ini supplement yang terkenal seantero tu. Macam biasalah, polisi ambil supplement ni kau kena tayang dalam facebook supaya semua orang tahu. Jadi semua orang akan beli produk tu. simpel. Jadi founder kaya, kau pula tak kurus-kurus. padan muka!

Tapi aku perhati berat dia taklah turun sangat. Turun dalam masa beberapa bulan itupun sebab dia ikut plan yang disediakan (Plan ni pun aku boleh kasi kau). Lepas tu berat naik semula. Sebab apa, sebab tak istikomah.

Macam aku bagitau. kau tak istikomah kau gemok! simpel.

Apa yang aku perati, selain makan produk kurus tersebut, mereka kena 1. kawal pemakanan. 2. bersenam. 3. minum air banyak (Sebab tu mereka diberi botol air gedabak besar macam tong air) Sama jek apa yang aku bagitau ni. kan?

Kesimpulan apa yang aku nak bagitau, kalau depa ni tak istikomah, berat tu akan naik juga nanti.

Nota kaki : Orang lain mungkin ada penyakit sebab tu dia tak boleh kawal berat badan dan ada juga orang makan banyak still juga tak naik-naik berat. Kalau ada kes seumpama ini, nasihat aku yang murni, kau kena jumpa pakar untuk tahu cara terbaik bagaimana kau nak solve problem kau tu.

Jadi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut berapa banyak sebenarnya kalori yang kau perlukan.bolehlah berjumpa dietition.

Jangan pula kau cari penjual ubat kurus. Depa tu kadang-kadang penipu! dan selalunya menipu!

Sekian.

Tinggalkan pesan kalau kau mahu aku ulas satu-satu isu. kahkahkah

pengulas anda

hero anda




No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian