Tadi, masa aku tengah dok melayan Humaira, tiba-tiba adik aku cerita yang kawan sekerja dia kena berhenti kerja tanpa notis. Masa tu aku rasa macam, kesiannya.
Yela, kau bayangkan sekarang ni dah lah tengah perintah kawalan berkurung, lepas tu budak tu bukan orang tempatan, takde keluarga, takde tempat bergantung. Bagi mereka-mereka ni, takde kerja bermaksud takde makanan.
Aku dapat bayangkan rasa payahnya dia masa ni, sebab dulu aku pun ada pekerja.
Adik aku cerita, budak tu masa diberitahu terus pergi stor belakang menangis. Budak lelaki kalau menangis mesti benda tu sangat teruk. Aku yang dengar cerita tu pun rasa sedih, apetah lagi dia yang mengalaminya.
Aku pernah mengalami rasa teruk begini. Kebun terpaksa tutup, duit habis, takde tempat nak minta tolong. Masa tu terasa dunia ni dah kiamat buat aku. Sangat teruk sampai aku memang taknak ingat semula.
Masa tu, hanya Allah tempat aku bagitau. Betul cakap orang, bila kau dah jatuh terduduk baru kau akan nampak siapa yang ada dengan kau.
Sampai satu saat aku sampai malu nak bagitau apa yang aku rasa dengan orang rumah aku. Aku malu untuk bagitau aku dah hampir nak give up dengan ujian Tuhan ni.
Masalah datang bertali arus. sampai aku sendiri tak tahu macam mana nak handle. Kadang bila aku dirumah, fikiran aku takde dirumah. Aku rasa aku sangat depress. Setiap hari sakit kepala. Setiap hari tak boleh tidur. Kadang makan pun aku boleh terlupa.
Masa tu aku rasa aku hidup seorang. Orang lain semua tak wujud.
Masa aku type ni pun, aku tak tahu bagaimana aku nak explain dengan kau macam mana teruknya aku masa tu. Aku sangat lagi stress masa tu bila dengar nasihat orang lain yang suruh sabar, jangan fikir masalah dan sebagainya. Masa tu aku rasa nak hempuk je bila aku dengar orang bagi nasihat begitu.
Siapa yang pernah rasa depress ni akan tahu macam mana keadaan masa tu. Hopeless.
Bagi aku, yang boleh mengubati problem sebegini ialah kau sendiri. Kau kena bagi diri kau ruang untuk bernafas seketika. Bagi otak kau rehat dengan segala macam perkara yang kau asyik fikir setiap saat. Bahasa mudahnya kau kena cari Tuhan!
Perasaan tu umpama kau duduk dalam satu kotak yang sempit, terkurung, gelap, takde siapa, payah nak bernafas, rasa sedih, takut dan pelbagai lagi perasaaan negatif.
Sebab tu sekarang, bila orang tu bagitau dia sangat stress aku boleh agak sejauh mana dia stress. Atau sekadar nak bagitau orang lain jangan ganggu dia sementara.
Berbalik kepada budak tu, aku dah bagitau adik aku, kalau dia ada masalah, just bagitau. Selagi mana boleh bantu, kita bantu. Bayangkan budak tu muda lagi, dah tinggal sendiri di negara ni. Lepas tu jadi lagi macam ni mesti dia sangat down.
Sebagai muslim, kita kena bantu sesama muslim.
Sebenarnya Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapi. Belajar untuk redha insyallah selebihnya Allah akan permudahkan.
Aku selalu pesan dengan orang rumah aku, bila dia stress dengan study, dengan anak-anak, belajar untuk bersabar. Walaupun aku tahu, biasanya orang yang tengah marah, bila kau nasihat dengan acah-acah kau ustaz, mesti kau rasa macam eh aku tahu lah setan!
Dengan anak ni, kau kena banyak bersabar, berdoa dengan Allah dan kau kena bagi dia warning sekali. Macam anak aku, sampai sekarang dia tak berani lawan aku. Anything dia nak something yang perlukan permission aku, dia akan tanya dulu sebelum buat.
Budak-budak kau tak perlu marah sampai tinggi kan suara selalu, konon untuk tunjuk yang dia tak boleh buat benda yang kau tak suka. Sebenarnya cukup kau bagitau dia limit dia sebagai seorang anak.
Sebab tu anak aku, aku jeling pun dia boleh menangis kerasukkan. kahkahkah. Lepas tu minta backup dengan orang rumah aku. Aku tak perlu pun tinggikan suara. aku tak perlu pun cubit macam mak aku selalu buat dengan kami adik beradik.
Ada budak aku tengok, mak ayah dia garang sangat. Siap tengking anak depan orang lain. tapi anak dia aku perati tak makan saman. Kau larang tetap dia akan buat. Tak dengan parent dia, dia buat dengan orang lain. Humaira tak. Apa yang aku larang, dia takkan berani buat dengan orang lain.
Alhamdulillah..
Ntah apa aku tulis pasal Humaira pula. Padahal tadi aku nak cerita pasal benda sedih-sedih.
Kesimpulannya, banyakkan berdoa dan beristigfar. Moga-moga dengan amalan itu kita sentiasa dilindungi Allah. Doa kan kepada mereka yang ditimpa musibah semoga Allah memberikan pertolongan kepada mereka-mereka dan juga kepada kita.
#StayHome
No comments:
Post a Comment