Mar 27, 2020

Tabligh dan Covid-19

Di negara kita ni, hampir sama kejadiannya di negara kpop tu. Terdapat satu perhimpunan besar dan menyebabkan berlakunya penularan virus covid-19 yang tak terkawal.

Di Malaysia, ianya disebabkan geng tabligh. Kalau kau tak tahu, geng yang selalu bermalam di surau/masjid dan selalu datang rumah orang ajak pergi masjid. Ha tu lah tabligh.

Depa ni pergi berhimpun masa virus ni tengah merebak. Lepas tu salah seorang peserta depa ni positif covid-19 maka terkena lah ramai daripada ahli mereka. Semua boom lepas seorang peserta tablik dari Brunei didapati positif Covid-19. Lepas tu, satu demi satu peserta yang lain positif.

Jadi, Kenapa ramai yang tak puas hati dengan tablik ni?

Meh aku simpulkan kenapa orang ramai bengang dengan tablik ni. Ini semua selepas aku melihat sendiri secara keseluruhan segala statement bodoh dari segelintir puak ni yang bagi aku sangat bodoh dan ego. Kau tak nak terima, kau boleh bagi komen aku nak baca.

1. Selepas seorang peserta daripada Brunei tu positif, kau tahu beramai-ramai geng tablik ni nafikan peserta tu kena daripada perhimpunan depa tu. Oh ye perhimpunan yang dorang panggil ijtimak. Masa tu semua nafikan. Padahal kau perhati, peratus untuk kena diperhimpunan tersebut sangat tinggi berbanding dia terkena di airport atau ditempat lain. 

Yela, kalau kau baca berita masa tu,kau boleh nampak negara korea meningkat jumlah jangkitan pun disebabkan kristian buat perhimpunan yang hampir sama.

Tapi puak ni nafikan dengan ego. Siap pertikai orang lain.pertikai KKM. Walaupun bukan semua tapi kebanyakkan daripada mereka berpendapat yang sama. Selepas ramai peserta kena baru mereka beransur-ansur tak keluarkan statement menafikan. Tapi bro, dah terlambat. Bawang army dah tercabar jadi kena la kau kecaman.

2. Segelintir daripada mereka ni bebal. Menyusahkan KKM sampai kena jemput dan sebagainya untuk buat check up. Tak ke bodoh? ada yang lagi teruk, sesetengah daripada mereka menipu dan menyebabkan satu klinik terpaksa kena cuci. Bodoh tak? kalau kau marah tak orang yang mengaku jaga agama tapi menyusahkan orang lain?

3. Depa ni dok pentingkan diri sendiri. Betul dah, Allah maha berkuasa, makhluk takda kuasa. Tapi masalah sekarang puak kau menjangkit virus dengan orang awam? mana usaha kau untuk sama-sama hapuskan virus ni? Kau lupa ke pesan Nabi saw bagaimana berhadapan dengan wabak? Kau nak bagitau Umar ra sahabat Nabi tu takut wabak taun lebih daripada takut dengan Allah? begitu?

Aku sebenarnya takda masalah dengan golongan ni. Aku pun pernah join. Aku tahu tak semua yang ikut tu berilmu. Kadang depa ni hanya ikut dengan tujuan untuk belajar. 

4. Selepas isu ni jadi, ada kau nampak sebarang permohonan maaf daripada mereka? Walaupun mungkin kita tak merasakan mereka punca dan mereka harus dipersalahkan, tapi sekurang-kurangnya sebagai manusia yang konon hati tu dah jauh daripada dunia patut laju untuk memohon maaf. kan?

Ini tak, masa mula2 isu ni panas, kau boleh nampak puak depa ni naikkan status yang kau baca menyakitkan hati. Status yang kau boleh nampak orang lain tu takut dengan virus, depa ni tak takut. Orang lain ni cetek ilmu agama depa jauh lebih baik dari orang lain. dan banyak lagi status yang umpama menyimbah minyak ke api.

Then terima lah kecaman.

Kesimpulannya, jangan kita mendabik dada seolah-olah kita pegang kunci syurga, orang lain pegang kunci neraka.. Ada masa kita kena buang ego. Tinggi macam mana pun ilmu, kita kena sentiasa merendah diri.

Kalau salah minta maaf. Simpel.Ini tak, kau naikkan status sinis dengan masyarakat yang konon takutkan virus berbanding Allah. Nampak sangat bodoh.

Sekian.

Macam biasa, kalau ada persoalan tinggalkan komen. Kalau tak, macam mana aku nak tahu kau tu wujud?


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian