Mar 26, 2020

Cara Mudah Menghindar Covid-19

Semua maklum,covid-19 atau corona virus yang berasal dari Wuhan China ni tengah serang manusia dipelosok dunia. Termasuklah di Malaysia tercinta.

Berikut beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk terhindar daripada dijangkiti

1. Berdoa kepada Allah.

kenapa aku letak prioriti untuk kita meminta pertolongan kepada Allah? Kerana kita ni beragama islam. Agama ini mengajar kita untuk sentiasa meminta pertolongan kepadaNya. Allah sangat suka bila kita memohon pertolongan dengan Dia.

Yang beragama lain tu aku tak tahu. Korang ikutlah cara  agama masing-masing. kan?

2. Jaga kebersihan

Mengikut pemerhatianku selama ni, umat islam adalah yang terbaik dalam menjaga kebersihan. Sebab tu kita sentiasa diajar mengambil wuduk. Kalau yang tak tahu,wuduk ni cara bagaimana membersihkan anggota badan sebelum menunaikan solat. Kau kalau islam tak tahu wuduk tu apa memang kau kena hantuk kepala didinding!

Banyak lagi ajaran islam yang menitik berat kebersihan misalnya makan mesti guna tangan kanan, mandi junub,bersihkan diri sebelum pergi solat jumaat,gigi kena gosok sebelum solat berjemaah,tutup mulut ketika bersin dan sebagainya

Pesan dokter untuk C19 ni,kita kena sentiasa  membasuh tangan selepas memegang sesuatu kerana dikhuatiri terdapat virus melekat di tangan ketika itu.

3. Menggunakan Mask atau dalam bahasa aku faham,topeng muka.

KKM syorkan tak perlu pun guna kalau kita tidak terjangkit. Guna ketika perlu. Misalnya ketika kau pergi membeli barang di kedai runcit pak Abu ke.

Tapi kalau kau jenis yang alah dengan debu better guna. Sebab kau tu cepat bersin. Jadi jangan sampai kau kena lempang di kedai runcit sebab kau terbersin. Padan muka.

Lagi satu kalau kau diluar rumah tu,kurangkan meraba muka. Nak betulkan tudung segala bagai. Tak payah! time darurat sekarang ni orang tak kisah tudung kau macam mana! Tak pepasal nanti kau kena virus. nak? ELaKKAN!!!

Tapi  kalau ada nyamuk dekat muka tu,dan kau terpaksa  juga sentuh muka kau tu. Aku syorkan kau lempang kuat-kuat je.  Tiba2 plak ada nyamuk dekat pasaraya kan. mengada!

4. Duduk dalam rumah

Ini antara arahan paling susah orang nak ikut. Kau kenapa tak nak duduk dalam rumah? Nak ke mati satu keluarga? banyak benda kut boleh kau lakukan! Tengok tv ke.

Kau bersihkan rumah ke,buat kuih ke, tolong masak ke,bersihkan toilet ke. Banyak kan?

Kalau kau nak nasihat  paling power yang acah2 ahli syurga, aku nasihatkan kau banyakkan dekat dengan Allah. Bila lagi kau ada banyak masa begini? Orang lain pulun tengok movie,kau pulun beribadah. Lepas MCO ni boleh terus sambung brlajar di Madinah. mantap!

atau,

Kalau kau ada anak, kau target anak kau dapat hafal beberapa surah! Ajar zikir ke. Time ni la kau tunjuk yang dunia ni macam nak kiamat.

Tu je la nasihat aku. Kalau kau degil jugak. keluar lah rumah. Lepas tu bang polis angkut ko bawak pegi balai. Tido sana. Padan muka!

Janganlah sampai PM merayu dekat korang untuk jangan melepak di luar rumah!

5.  Cuba jauhi orang lain.

Aku perati benda ni masih ramai orang tak kisah. Terutama ketika beratur nak bayar barang. Cuba lah  kau bagi jarak sikit. kau tak tahu orang depandan belakang  kau dah terjangkit ke tak. Jadi jaga jarak.

ELAKKAN guna glove. Ini aku baca KKM yang syorkan. Sebab kalau kau guna, kau kena buang selepas kau bersentuh dengan orang lain. kalau tak kau akan jadi ejen penyebar virus kepada orang lain. Lebih praktikal kalau kau guna hand sanitizer atau kau basuh tangan kau guna sabun.

Ketika diluar, ELAKKAN sentuh apa2 yang tak perlu. Misalnya meja. kerusi. besi. penghadang ke apa. Aku tahu tangan korang ni dah terbiasa nak pegang jek. Jadi elakkan. Mungkin ada kobid dekat area yang kita nak pegang tu. Kalau pun terpaksa pegang,macam biasa guna hand sanitizer boh.

Done.

So kesimpulannya, jaga kebersihan dan sentiasa berdoa kepada Allah agar kita tidak dijangkiti virus ini.

Lagi satu, Ustaz pesan sekarang,perbanyakkan istigfar.

Jangan lupa tinggalkan komen kalau kau rasa aku terlepas pandang tips yang lain atau aku bagi info yang salah.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian