Mar 12, 2020

Kawan aku..

Aku ada kawan. Dia dah kahwin. Walaupun hidup dia sederhana tapi aku perati dia bahagia. Tak pernah merungut seperti orang lain yang hampir setiap hari mengadu di facebook itu dan ini. Mengeluh di twitter itu dan ini dan sebagainya.

Yela zaman sekarang ni, kau boleh nampak luar dan dalam keluarga orang lain hanya dengan scroll facebook dia atau sekadar scroll twiiter dia.

Hari ke hari orang semakin galak londehkan aib diri sendiri..

Terutama mereka yang dah berkahwin. Aib pasangan dijaja macam menjual pisang goreng di media massa. Kalau tak di media massa di jaja cerita buruk pasangan dengan kawan2 yang konon memahami dia. Walhal dia tak sedar dia tengah buka pintu neraka untuk diri dia.

Tapi itu orang lain.

Mungkin depa ni rasa bangga bila cerita keburukkan pasangan dia. Tak percaya kau buka page kisah rumahtangga. Kau buka bahagian komen. Kau akan nampak masing2 dedahkan keburukkan pasangan masing2. Aku tengok macam pasangan mana yang paling buruk dan teruk,itu lah yang akan menang.

Semua akan berapi2 dedahkan kekurangan pasangan dia atas alasan minta nasihat,atas alasan nak meluahkan atas alasan yang bagi aku sampah.

Tapi kawan aku,aku perati dia macam takde apa berlaku. Sampailah dia luah sendiri masalah dengan aku. Macam mana teruknya hidup dia dan isteri. Struggle sampai kena ikat perut. Belum lagi dengan cemuhan orang lain soal anak.

Alhamdulillah. Bini dia jenis tak meluah di media sosial. kalau tak,aku rasa dah lama terlondeh keburukkan mereka sekeluarga. Mungkin Allah kurniakan dia isteri yang pandai menjaga kehormatan keluarga dia.

Mungkin masih ada yang tidak tahu,bila dah kahwin tu  perkara utama ialah bertolak ansur dan cuba untuk saling faham pasangan masing2. Jangan pentingkan diri sendiri. Kutuk pasangan sendiri kerana tak capai standaard apa yang kita nak atau tak seperti kawan kita.

Padahal,Allah dah jadikan pasangan kita adalah yang lebih baik daripada orang lain yang kita rasa baik.

Dia bagitau, biar apa orang kata dekat kita, serahkan dengan allah.

Hanya Allah yang tahu kita usaha macam mana. Hanya Allah yang tahu apa yang kita rasa. Kalau pasangan kita lepas tangan dan bila kita senang dia ada tapi bila Allah uji kita dia pi sebarkan dengan orang lain, mungkin itu bukan pasangan yang baik.

Kepada Kau,

Hargai pasangan sendiri walaupun dia kau nampak sangat buruk berbanding orang lain. Kalau bukan kau yang bdiri untuk dia siapa lagi?

Percayalah,Allah dah tetapkan segala apa yang kau telah perolehi. Kau mengeluh dan kau terus menerus bersikap kejam takkan merubah apa2 kecuali membuka lebih banyak pintu fitnah.

Bila dia beri nasihat, aku diam. ntah..

Mungkin aku sekarang rasa teruk sebab tu aku tak tahu bagaimana nak respon. Orang lain pandang rendah. Semua orang. Mungkin hanya ada anak aku dua orang yang masih berbangga dengan aku.
Mungkin hanya anak2 aku yang masih percaya aku. Mungkin hanya anak2 aku yang masih rasa aku masih berjuang untuk mereka. Yang lain aku rasa mereka sudah mati dengan segala kepercayaan yang aku ada.

Satu hari nanti, aku akan cerita segalanya dengan anak2 aku bagaimana teruknya aku berjuang semata2 untuk mereka. Kerja atau mereka. Dan aku pilih untuk biar orang lain nampak aku buruk.

Terima kasih Tuhan. Kau buat aku tenang dalam keadaan aku hampir gila.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian