Mar 11, 2020

Bagaimana mengajar anak supaya tidak menangis bila 1st time mereka pergi ke sekolah?

Ini sebenarnya pengalaman aku dengan Humaira. Yes, Humaira yang penuh dengan drama queen.

Sebelum ni aku pernah hantar dia pergi ke rumah pengasuh. konon sebagai warming up sebelum pergi ke sekolah yang sebenarnya. Ini sebenarnya semua berdasarkan idea-idea supaya budak biasa pergi ke sekolah. Yes kononnya.

Namun, cara ini tak jalan.

Semakin hari semakin teruk. Dia sampai satu tahap tak nak makan. Setiap hari menangis. Ini bukan menangis biasa, tapi menangis yang tiba-tiba walaupun masa tu dia tengah main. Masa tidur mengigau, meracau, menangis.

Tapi orang lain tak nampak. Orang lain semua anggap aku dan orang rumah aku terlalu memanja kan anak. Padahal depa ni tak nampak struggle yang kami hadap masa tu. Semua kerja jadi tak kena. Sepanjang masa fikir pasal dia.

Kesannya bukan kepada Humaira sendiri, tapi dengan aku dan orang rumah aku.

Drama setiap hari tu tak boleh cakap. Berhabis kami pujuk dia, tapi still tak jalan. Apa dia nak sebolehnya aku penuhi. Namun apa yang paling ketara, dia makin hari semakin cengkung. Mungkin sebab dia tak nak makan dan kurang tidur.

So, aku ambil keputusan, aku stop hantar dia ke sekolah/pengasuh tu. Aku bagitau orang rumah aku, kalau orang lain nak complain or cakap tak elok, suruh depa-depa ni cakap dengan aku.

Yela, kau bayangkan sebelum ni dia duduk rumah je dari bayi. Lepas tu tiba-tiba hantar ke sekolah macam gitu jek. Mestilah dia terkejut. Lepas tu kena tinggal sampai petang.

Yang paling haru ialah Rumaysa. Setiap hari menangis. Awal pagi kena hantar.

Masa aku lunch hour, kadang sengaja aku pergi mengendap Rumaysa. Kau bayangkan masa tu still aku dengar suara dia menangis teruk. Pernah sekali, masa tu depa berdua sakit. Selsema dan demam. tapi demam dah kebah, selsema je tak.

Kau bayangkan petang-petang tu masa ambil, hidung dia penuh dengan hingus meleleh. Aku tak tahulah berapa banyak dah dia makan hingus dia sendiri.

Balik rumah je, dua-dua kelaparan. Buas gila makan. Aku bagitau orang rumah, ke depa berdua ni tak makan dekat sana. Yela kau tahulah, budak berdua ni mewarisi pemalu aku.

Tapi tu cerita dulu.

Sekarang, alhamdulillah Humaira dah boleh pergi ke sekolah dan tak pernah menangis walaupun sekali.

Budak-budak ni kau kena berlembut dengan dia. Pujuk dan explain elok-elok. Dulu aku tersilap. Aku macam paksa dia pergi tanpa aku explain pun kenapa kena pergi sekolah dan sebagainya.

Aku dengar sangat cakap orang. Ala kau letak je dia dekat sekolah nanti tu ok lah dia. Pandai lah cikgu dia bagi diam. Yes memang cikgu dia pandai bagi diam tapi dalam masa yang sama, dia dah rosak dari dalam. Makan hati. Kau tahu budak-budak pun boleh stress kot. Sampai terberak dalam seluar. selalu tunjuk muka cemas.

Dokter pun suggest bagi dia jangan pergi ke sekolah dulu, sebab emosi dia sangat teruk masa tu. Kalau dia dah dewasa aku syak mesti orang bagitau dia dah depress. Sebab aku jek nampak macam mana cengkungnya dia masa tu. Selalu dok tepi bucu then menangis sorang-sorang. Selalu bagitau aku dan orang rumah macam dah tak sayang dia.

Nasihat aku dengan kau yang ada masalah begini, please jangan dengar sangat nasihat orang lain. Kau dengar boleh. Tapi untuk kau ambil dan apply dekat anak kau itu maybe satu tindakan bodoh. Sebab anak kau dengan anak orang lain tak sama.

Jadi jangan perjudikan nasib anak kau, emosi anak kau dengan mengikut segala petua orang lain tanpa kau check betul-betul sesuai ke tak dengan anak kau. Sebab bila dia sakit, bukan orang lain yang susah, tapi kau juga yang susah. Ambil mana yang kau rasa sesuai dan buang petua orang lain yang kau rasa tak sesuai.

Berbalik kepada cerita aku, beberapa bulan sebelum Humaira pergi ke sekolah yang baru, aku dah bagitau siap-siap orang rumah aku, jangan cerita banyak sangat pasal sekolah dengan humaira. Bagi kepala dia rileks.

Sekali dua je kami akan bagitau dia why dia kena pergi ke sekolah. Selalu kami akan bagitau jangan nangis kalau pergi ke sekolah. Pergi sekolah sekejap jek. Pergi sekolah best. Ada ramai kawan. Boleh pergi lawatan segala.

lepas tu, dia dah ok.

Dia start semula excited nak pergi ke sekolah dan yang paling aku tak percaya dia dah tak sabar nak pergi ke sekolah semula.

Alhamdulillah, 1st day dia dekat sekolah dia tak menangis. Aku tinggal dia sendiri dia tak menangis. Satu jek problem dia dekat sekolah, dia tak nak makan  makanan yang disediakan.

Sebagai upah, setiap hari masa ambil dia masa balik dari sekolah mesti belikan air milo

Jadi moral of the setori, kadang-kadang ni, kita rasa tak perlu nak slow talk dengan budak2. Maybe sebab kita rasa depa ni masih kecil so tak reti pun, depa tak faham pun. Bagi aku ini satu kesilapan.

Sebenarnya bila kau ajak anak kau duduk sama-sama, tanya dia why tak nak pergi ke sekolah? why itu, why ini,insyallah kau akan jumpa solutionnya sendiri. Sebab aku tahu, ada parents yang akan terus marah anak dia without ada explaination daripada anak dia. Jangan jadi kejam. Kau pun pernah jadi budak kecik!

Budak-budak ni, kau tak perlu marah pun untuk kau larang dia buat something yang kau tak suka. Kau just ingatkan dia selalu benda yang dia buat tu salah dan tak boleh.

Aku bagi contoh, Humaira dan Rumaysa dari depa start merangkak tak pernah nak ambil benda-benda kecil then masukkan dalam mulut. Tak pernah. Sebabnya, aku dan orang rumah aku selalu ingatkan, tak boleh masukkan dalam mulut.

Paling penting sebenarnya Doa dengan Allah. Serahkan dengan Allah. Kita sebenarnya hanya mampu berusaha, tapi Allah yang tentukan segalanya.

Kadang kita takut sangat anak kita tak macam anak orang lain. Yang tak takut bila berjumpa dengan orang lain, yang tak menangis bila ditegur orang, yang tak suka orang lain pegang walhal sebenarnya itu adalah benda terbaik yang Allah dah tentukan untuk anak kau. Itu mungkin cara Allah lindungi anak kau daripada sebarang kejahatan.

Setiap yang terjadi semua telah Dia tentukan, kau cuma harus redha dan bersabar. Dan bukannya dengan mengeluh dan nak sangat anak-anak kau jadi seperti anak orang lain. Sedangkan anak kau itu sendiri sebenarnya telah cukup sempurna Allah ciptakan.



No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian