Aug 16, 2019

Menjadikan perkara yang TAK BERMORAL kepada bermoral dimata penganut agama dunia.

Aku berulang kali tulis pasal benda ni. Di facebook, di twitter  dan pelbagai tempat. Sering aku ulang, benda yang buruk kalau diulang-ulang mengatakan ianya baik, maka satu hari nanti benda tu akan jadi 'baik' oleh orang lain.

Mungkin bukan generasi hari ini, tapi generasi terkemudian.

Aku bagi contoh. Arak. Semua orang tahu keburukkan arak. Semua orang tahu arak itu memang akan mendatangkan keburukkan yang sangat banyak. Tapi bila ada kempen-kempen babi yang mengatakan arak itu bagus untuk bla bla bla.

Maka sekarang kau sendiri akan nampak kebaikkan yang mereka momokkan, yang mereka suap ke dalam otak mereka yang kosong. Konsep dia seperti mencari dalil untuk menghalalkan satu benda yang terlarang.

Contoh yang lain rokok. Logik otak kau berfikir pasti akan tahu bahawa rokok itu tidak bermanfaat. Tapi ada satu dua idea sumbang yang kata rokok ada kebaikkan bla bla bla. dan satu dua idea inilah dipegang bersungguh-sungguh oleh mereka yang berfikiran amarika.

(berfikiran amarika dalam blog aku ini bermaksud berfikiran terbuka yang agak bodoh. Sampaikan benda yang buruk mereka nakkan menjadi baik.) 

Di negara ini, aku dah nampak benda yang 3 ke 5 tahun sebelum ini 'mereka-mereka' nak nampak BAIK, da semakin diterima masyarakat  sedikit demi sedikit. Semua berdasarkan prinsip-prinsip bodoh seperti kebebasan bersuara, human right dan sebagainya.

Sekarang, kebanyakkan modernis atau mereka yang nak di cop so called berfikiran rakyat yang maju dan bertamadun menganggap berfikiran seperti ini diperlukan untuk menjadi manusia yang maju.

Mereka ajak orang lain berfikiran seperti mereka tanpa orang lain sedar.

Mereka ajak orang lain untuk berpakaian ala-ala mereka dan melarang orang lain menutup aurat. Kebodohan mereka aku nampak begini. Disatu sudut mereka perjuangkan hak kebebasan mereka bersuara dalam masa yang sama menafikan kebebasan orang lain bersuara.

Memaksa orang lain menerima pendapat mereka tapi menafikan pendapat orang lain. Bagi mereka kiblat berfikir orang lain perlu selari dengan cara berfikir mereka walaupun pendapat mereka itu sangat bodoh dan tak masuk diakal.

Namun apa yang paling menyakitkan hati aku bukan sebab mereka. Tak. Bagi aku mereka ini adalah golongan bodoh dan akan sentiasa menjadi bodoh sebelum Allah beri mereka hidayah.

Apa yang membimbangkan aku ialah satu golongan manusia yang beragama tapi bersetuju dengan kebodohan golongan ini dan kadang membenarkan apa mereka katakan tanpa mereka sedar.

Golongan ini aku tengok menjadi benteng yang kukuh kepada golongan so called berfikiran maju yang bodoh itu untuk terus mereka menanamkan benih-benih kebodohan didalam hati dan fikiran orang lain.

Konsep mereka, kau tak ikut cara mereka berfikir, maka kau ketinggalan zaman, kau kolot, kau rakyat kelas bawahan dan pelbagai lagi tuduhan yang mereka nak kau rasa tuduhan tersebut BETUL!!

Sikit-sikit bila kau termakan dengan cara berfikir begitu maka kau akan rasa kau juga perlu berfikir seperti mereka. dan natijahnya, agama kau tinggalkan, sebab kau akan tengok agama itu semakin kolot, agama semakin jauh ketinggalan, agama semakin tak relevan.

Selepas tu apa jadi?

Jadi macam apa yang telah Nabi saw pesan pasal akhir zaman.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda: Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi (kalau bukan mereka)?
[Sahih al-Bukhari, Kitab Ahaadis al-Anbiyaa, hadis no: 3456].


Dalam riwayat lain:

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah umat ku mengikuti contoh kaum-kaum sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehats. Baginda ditanya: Ya Rasulullah, adakah seperti orang Parsi dan Rom? Baginda menjawab: Siapa lagi selain mereka?
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I'tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, no: 6888].


Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menukilkan dalam Fathul Bari:

Ibnu Batthal berkata: Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa umatnya akan mengikuti perkara-perkara baru daripada hal-hal bid'ah dan yang mengikut hawa nafsu sebagaimana yang berlaku kepada umat sebelum mereka. Baginda telah memberi amaran dalam banyak hadis tentang keadaan akhir zaman yang buruk. Kiamat tidak akan berlaku kecuali kepada manusia-manusia yang buruk. Ketika itu agama hanya dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ibnu Hajar berkata: Sesungguhnya telah berlaku kebanyakan daripada apa yang Nabi s.a.w berikan amaran tentang dan akan berlaku yang selebihnya.

Kau nampak Nabi saw da bagitau lama da benda begini akan berlaku. sikit demi sikit mereka mereka ini akan masuk ke lubang biawak.

Tapi tula, zaman sekarang kau tak boleh bercakap banyak sangat bab-bab agama,. Tak pepasal kau di cop wahabi oleh mangkuk-mangkuk yang Rhuwaibidoh.

Ajaran agama islam ni akan sentiasa relevan walaupun akan ada mangkuk yang kata sebaliknya. Kau bagi aku satu contoh ajaran agama yang tak relevan sekarang untuk diamalkan.

Berpada kepada mereka yang mempunyai pendapat menyelisihi Alquran sunnah. Lebih-lebih pendapat orang kapir berkaitan agama islam.

Ps; kau perasan tak lgbt dalam masyarkat sekarang dah semakin nampak normal berbanding dulu. Kalau dulu isu lgbt, pondan dan sebagainya ni kalau jadi dalam masyarakat ianya agak janggal dan nampak benda ni sangat teruk. sekarang, ramai pensimpati mangkuk-mangkuk ni akan kata takpe lah, mereka bukan kacau kau pun, mereka bukan mencuri pun. Dia tak tahu Allah dah tenggelamkan satu kaum disebabkan penyakit ni.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian