Aug 19, 2019

Buat kesilapan!

Setiap hari kita selalu melakukan kesilapan. Samaada kesilapan tersebut adalah kecil ataupun besar, tetap ianya akan dipanggil kesilapan. dan takkan dipanggil kemurungan atau kegelapan.

Jadi walau apa pun kesilapan yang pernah kita lakukan,jangan takut untuk mengakuinya. Bilang orang tua-tua  kesilapan itu mematangkan diri. Kau hanya takut bila kau sudah tahu tersilap tapi still kau terus menerus melakukan kesilapan tanpa berusaha untuk memperbaikinya.

Aku tak takut melakukan kesilapan. Sebab aku adalah hero dalam diri aku. Hero kepada anak-anak aku. Hero kepada bini aku dan Hero kepada keluarga aku. Aku hanya perlu perbaiki kesilapan yang mungkin aku pernah lakukan. Aku mungkin menyesal melakukannya tapi untuk terus menerus menangisinya dan meratapi kesilapan, kegagalan itu mungkin tidak. Macam aku bagitau tadi, aku kan hero.

Jika kau melakukan kesilapan kepada Allah. cepat-cepat cari Dia dan banyakkan beristigfar. Allah itu maha pengampun.

Kesilapan yang aku rasa setiap kali aku update blog hitam sepi ku ini ialah bila aku stop menulis. Dulu aku bercita-cita nak jadi penulis. Sebab aku suka menulis. Aku suka berimaginasi dalam tulisan. Kalau engko baca blog aku dari awal, mesti engko tahu aku menulis cerita bagaimana. Banyak benor tokok tambah sebagai perasa.

Jadi sekarang, aku cuba belajar semula menulis. Berimaginasi tanpa batas dan cuba berkarya diluar kotak fikiran. Agar kau yang baca tulisan aku ni, akan terus membaca sampai kau tak reti membaca.

sekian

wasalam.

Pecah kaca pecah gelas
Habis baca jangan lupa istigfar.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian