Nov 6, 2013

Terlalu indah

Dunia ini tidak pernah adil,
Sentiasa menongkah arus atas segala kemahuan mu,
Tidak pernah tidak,
Bagaimana mungkin kau katakan ini adalah syurga?
Sedangkan ianya tidak lebih kepada neraka yang sangat kejam,
Kau pernah fikir?
Apa yang aku rasa setiap kali memikir semua ini?
Tentang hidup, tentang pembohongan, tentang pengkhianatan, tentang semua kebodohan. pernah?
Aku biar hati ini,
Kerana aku punya Tuhan yang sentiasa ada denganku,
Tidak pernah lari dari aku,
Samaada susah, senang lebih lebih lagi, sentiasa ada..
Paling dekat ketika sujudku,
Kau tahu?
Ah persetan. Kau mana ambil tahu,
Mana ambil tahu tentang hidup ini yang selalu kosong,
Yang penuh dengan kekurangan demi kekurangan,
Yang tidak seperti kau inginkan,
Yang tidak seperti yang kau impikan,
Yang tidak seperti yang kau agungkan.
Tidak, Takkan sama.
Tapi kau harus tahu ini
Aku punya maruah yang kau tak pernah tahu,
Tabah itu apetah lagi semakin kukuh didada ini,
Aku pejam celik pejam celik mata sepet ini, kerana
Aku sentiasa menunggu,
Menunggu bila berlaku pengakhiran ini?
Aku semakin penasaran.
Aku sangat benci dengan hipokrit hati, dengan lelah diri dan semua ini. aku benci
Mungkin aku perlu tunggu sedikit lagi
Sedikit lagi..

3 comments:

Anonymous said...

tunggu apa saudara?

Anonymous said...

Tunggu malaikat maut..

Anonymous said...

jangan cari masalah

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian