Nov 25, 2013

Apa tujuan..

Teringat kata kata mereka,
Kita datang dalam keadaan menangis kedunia.
Kerana apa?
Kerana takut dengan ujian dunia yang sangat dasyat.
Bila bermuhasabah,
Benar..
Ujian dunia itu sangat dasyat.
Sangat menakutkan,
Aku berfikir,
Berapa kali aku tersasar dengan tujuan itu?
Muhasabah yang sangat pedih..
Ya, aku manusia biasa yang tidak terlepas dengan dugaan semua itu..
Tujuan kita adalah keranaNya.
Untuk menjadi hamba yang bertakwa,
Berapa ramai antara kita sedar dengan maksud sebenar-benar sedar?
Berapa ramai antara kita menginsafi perbuatan lalu?
Berapa ramai?
Ah, tiada sebab lain aku disini,
Atau apa pun keputusanku, tindakanku, segalanya kerana Dia,
Aku hanya ingin mencari redhaNya,
Aku tidak peduli kata manusia,
Aku tidak peduli keji mereka,
Aku tidak peduli dengan ketakutan mereka dengan rezeki yang sedikit,
Aku tahu dan aku yakin,
Bukan mereka yang memberi rezeki melainkan Dia,
Bukan mereka yang mampu merubah segalanya melainkan Dia,
Apa perlu aku takut?

Kau, ya kau dan kau..
Tujuan ku hanya kerana ingin mencari redha Allah,
dan sedikit untuk mengukir senyuman.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian