Nov 2, 2013

Suka jalan berliku..,

Manusia ini perangainya pelik. kamu, aku, dia dan semuanya pelik. Perangai yang aku perati beberapa waktu ini semakin sumbang. dan aku rasa perlu aku tulis disini. Biar jelas dan kamu tahu, apa aku tahu.

Aku bagi umum kepada 'manusia' sebab semua antara kita pernah mengalaminya. Aku kau sama saja. Nabi pernah bagitau, manusia ini semua sama. Cuma beza adalah ketaqwaan kepada sang pencipta.

Melalui sedikit pemerhatian, manusia ini suka sangat benda yang payah walaupun ada jalan lain yang lebih mudah. Perkara ini banyak menyentuh soal ibadah. Padahal didalam surah alfatihah itu sudah diajar bahawa jalan yang lurus itulah yang kita perlu ikuti.

Soal dakwah kepada orang bukan islam misalnya. Ramai yang teruja ingin belajar,ingin mengetahui agama selain islam dengan alasan sebagai dakwah mereka. Tapi dalam masa yang sama dia gagal untuk belajar agama yang dia anuti sendiri. Lebih malang bila alquran sendiri dia gagal memahaminya.

Bukankah ini satu kegagalan?

Bayangkan kalau mereka yang kita dakwah itu lebih banyak bertanya soal agama islam itu sedangkan ilmu kita dalam memahaminya hanya sedikit. Bukankah itu satu kelemahan? Kenapa perlu fokus kepada agama lain sedangkan agama sendiri tidak difahami?Kenapa tidak kita jadikan agama sendiri sebagai asas dakwah kepada mereka?

Berselawat juga misalnya. Ramai lebih gemar untuk ber yahanana, bergendang bagai didalam masjed semata-mata untuk melahirkan rasa kecintaan kepada nabi. Untuk melahirkan rasa kerinduan kepada Nabi tercinta. Tapi dalam masa yang sama, selawat yang nabi ajar, yang sahih kita telah abaikan. Kita lupa untuk amalkan.

Berbanding dengan lirik yahana, selawat yang datang daripada Nabi itu jauh lagi mudah untuk diucapkan. Tapi berapa ramai yang ucapkan? Bukankah syarat amalan itu diterima  itu ada 2? 1.Amalan itu harus ikhlas diamalkan kerana Allah 2. Amal ibadah itu harus sesuai dengan petunjuk yang Nabi Muhammad saw telah ajarkan.

Jadi kenapa perlu bersusah payah untuk belajar bait bait puisi, belajar teknik teknik memukul rebana dan sebagainya semata-mata untuk melahirkan rasa kecintaan kepada nabi? Sedangkan terlalu banyak sunnah yang Nabi tinggalkan kepada kita belum laksanakan? Kenapa?

Adakah petunjuk yang nabi tercinta ajarkan itu belum cukup untuk melahirkan kecintaan kepadanya? Siapa antara kita lagi tinggi ilmunya berbanding Abu Bakar ra? Umar ra? Uthman ra? Ali ra? Siapa antara kita lagi mencintai Nabi saw berbanding para sahabat? pernah kita melihat mereka melakukan seumpama itu?Cuba lihat bagaimana mereka melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi. Mereka ikut segala petunjuk yang Nabi ajar, tidak pernah mereka mencipta perkara baru dalam beribadah.

Jangan cakap dengan aku kamu pakai dalil abu lahab atau abu jahal yang meraihkan kelahiran nabi dengan berqasidah bagai sebagai alasan untuk kau bernyanyi nyanyian memuji Nabi, aku tidak mahu dengar. Itu antara nama yang Allah laknat dalam alquran. mahu kau ikut?

Jangan sempitkan harus bagaimana melahirkan rasa cinta kepada Nabi saw. Kerana dengan kita melakukan segala sunnah yang ditinggalkannya dan mengikuti segala tegahannya itu juga merupakan atas rasa cinta dan kasih kepadanya.

Jadi, kenapa perlu cari jalan berliku sedangkan jalan kebenaran itu sudah lama para sahabat, para tabiin, para tabiu tabiin telah rintis untuk kita. Kenapa perlu cari jalan lain? kenapa perlu cari jalan yang ikut peredaran zaman misalnya? kenapa perlu jalan agama itu diubah mengikut selera zaman? kenapa?

Kenapa bukan kamu saja yang berubah mengikut agama. Bukannya agama yang ikut kamu.

Kenapa?

1 comment:

Anonymous said...

semoga dijauhkan daripada perkara yang sesat

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian