Nov 1, 2013

Bila kau suka..

Bagi aku, bila kita suka dengan seseorang kita jadi bodoh. Jadi bodoh untuk terus mengekori segala gerak gerinya. Lebih lebih lagi zaman canggih yang dipenuhi dengan laman sosial ini. Semua benda kita nak follow.

Itu kebodohan yang aku maksudkan.

Sering kita terperangkap dengan aksi kebodohan itu. Samaada sedar atau tidak perbuatan itu sering kita lakukan. Perbuatan begini sebenarnya hanya sia-sia. Kalau suka cakap terus terang suka. Mudah. Tidak perlu berbahasa basi. Tidak perlu jadi paparazi. Paling kool bila kau terus jumpa parents dia. Senang.

Tidak perlu jadi stalker. Lepas tu hint dengan like gambar, like status, like itu, like ini. Tak perlu. Kau hanya perlu tekan button message, lepas tu type 'Assalamualaikum, saya suka awak. boleh kita kahwin? kbye"

Boleh begitu? haha, tak la terus ajak kahwin, just cakap yang engko suka. Cukup. Biar dia tahu. tak perlu nak jadi admire ke, nak jadi pemujangga ke. Tak perlu. Zaman sekarang, kau lambat, kau melepas.

Point aku satu disini, jangan jadi bodoh bila suka seseorang.

Nasihat ini bukan aku nak tujukan ke sesiapa pun. Tidak. Nasihat ini hanya untuk pemangkin akal, agar nanti kita tidak melakukan perkara sama. Mungkin kau rasa betul, mungkin kau rasa tidak. Terpulang. Tapi itu aku rasa.

Aku rasa aku jadi bodoh bila suka seseorang. Aku jadi bodoh menunggu. Aku jadi bodoh merindu. Aku jadi bodoh melakukan semua itu. Bukan bodoh suka dengan seseorang, tapi tindakan jadi tidak selari dengan akal yang sempurna. Tahu?

Suka itu fitrah.

err.

eh kau tahu aku suka kau?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian