Oct 30, 2013

Selamatkan dunia..

kalau kita menonton cerita adiwira atau cerita yang berunsur-unsur kepahlawanan apapun, seringkali kita akan menyaksikan dunia ini hanya terselamat bila ianya hampir musnah, bila sudah hampir menemui kegagalan. Aku rasa cerita semua tipikal.

Dalam dunia realiti, aku selalu mengharapkan ianya tidak pernah akan terjadi. Hero hanya akan menang apabila dia hampir kalah. Ultraman akan menang atau mempunyai kuasa superpower bila button didada suda berbunyi.

Dalam cerita apa pun. Batman? Ironman? kebanyakkan cerita hero ini akan kalah terlebih dahulu. Mereka akan merasai kegagalan dan selepas itu baru bangkit menewaskan musuh. Memang tidak dinafikan ianya sedikit sebanyak memberi pengajaran, tapi aku tak nak begitu. Konon kita harus merasai kegagalan sebelum mendapat kejayaan. Aku tak nak jadi begitu.

Bagi aku, sedaya upaya kita harus cegah masalah sebelum ianya menjadi duri dalam daging.

kalau aku diberi peluang, aku ingin mengubah persepsi begini. Aku tidak ingin semakin ramai manusia yang berangan untuk jadi hero kalah dahulu sebelum menang. Aku nak dari awal sampai akhir hero menang menang dan terus menang. kahkahkah.

Sebenarnya aku nak cerita pasal isu umat islam yang semakin hilang punca sedikit demi sedikit kerana tertarik dengan dunia. Aku nak kaitkan bagaimana kita nak selamatkan dunia dengan diri masing masing. Tapi otak aku selalu beranalogi panjang kononnya agar mudah difahami reader. Hampeh aku sendiri tak faham. Jadi next time la aku tulis.

Nak jadi hero atau heroin didunia ni, kita perlu jadi hero dalam diri sendiri dahulu. Jangan jadi hero menyelamatkan orang lain, tapi gagal menyelamatkan diri sendiri atau lebih malang keluarga sendiri.

err

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian