Oct 28, 2013

konvokasen..,

Sekarang hampir semua universiti tengah mengadakan majlis konvokasen. Teringat waktu aku konvo dulu, parents aku tak datang pun, cousin aku datang pun habes je majlis terus nak balik.

Kau faham perasaan aku masa tu?

Itu dulu. Adalah sedikit sedih seperti tak diraih walaupun masa tu first time aku dapat hadiah teddy bear besar. Cousin aku bagi. Dan teddy bear tu aku dah sedekah kepada anak buah member aku.

Sekarang bila majlis seumpama ni, aku dah rasa malas. Mesti sesak jalan, mesti ramai orang, mesti ramai aweks, mesti itu, mesti ini dan banyak la 'mesti' yang aku dah tak teruja sangat. Walaupun sekarang aku counting the day untuk habeskan study ni.

Aku ingat lagi, setiap kali pesta konvo aku join battle of the band dan setiap kali tu kalah. Semalam, bila aku tengok bebudak teruja dengan musik, aku teringat diriku yang dulu. Pikul gitar kesana kemari, jamming bagai macam kool. Rasa macam artis, lebih lebih lagi bila member dok teriak nama dari bawah stage. Bayangkan. kahkahkah..

Masa tu la..

Sekarang, pergi pesta pun sekadar untuk pergi makan dan lihat gerai gerai. Beli pun tidak, hanya sekadar berjalan kosong, melihat-lihat kalau ada yang berkenan. Bakal bini ke misalnya.

Dan antara tempat yang aku singgah ialah gerai tanaman herba. Ntah sejak bila aku minat nak pergi belek-belek pokok pokok herba ni. dan antara pokok yang menarik perhatian aku adalah cili. Cili hijau. Padahal aku bukannya gemar sangat dengan cili ni. Ke sebab aku berangan-angan nak buka ladang cili?


eh tetiba rindu plak dengan cili..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian