Oct 23, 2013

Aku..,

Aku tak pernah menyesali,
Atas apa yang aku lakukan,
Menongkah arus pun aku tidak pernah ingin toleh kebelakang lagi,
Biar,biar,biar..
Biar aku rasa tanggungjawab itu,
Walaupun kadang takut,
Tapi aku punya tuhan,
Yang jaga aku tanpa lalai,
Yang lihat aku tanpa lelah,
Yang sentiasa ada melihat aku,
Cuma aku yang lupa diri, kadang,
Aku lihat jalan ini,
Masih jauh untuk melihat penghujungnya,
Selalu saja rasa ini mengetuk hatiku yang sering lalai,
Tuhan,
Jika aku lupa ingatkan aku,
Jika aku leka kejutkan aku,
Kejutkan aku dengan kasihMu,
Hatiku selalu gundah,
Tuhan,
Perjalananku ini milikMu,
Usahaku ini untukMu,
Asa ini ada kerana Kau ada,
Maha suci Engkau yang pengasih...


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian