Oct 4, 2013

Senyum ini..,

Senyum ini,
Kau yang telah ukirkan sejak dahulu lagi,
Tanpa rasa lelah,
Kau rintis jalan untuk aku,
Agar aku dapat capai apa yang aku ada sekarang,
Larian ini,
Kau yang mulakan,
Dengan mengajar aku bagaimana untuk berjalan,
Kau cuma ingin satu,
Agar aku pijak bumi tanpa lapik,
Biar tahu payah itu apa,
Biar tidak angkuh dengan dunia.
Terima kasih kerana corak ini.
Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian