Oct 29, 2013

Jatuh cinta..,

Jatuh cinta ni aku ibaratkan seperti jatuh tangga. Jatuh yang tanpa sengaja. jatuh yang kadang menyakitkan dan kadang menyeronokkan dan jatuh yang sukar dilupakan.

Begitu juga jatuh cinta, tak kesah lah jatuh cinta dengan kebendaan ke, dengan alam ke, dengan pokok ke, dengan 'cili' ke, dengan apa sekalipun, jatuh itu pasti menyeronokkan, sukar dilupakan dan kadang menyakitkan.

Kenapa pula menyakitkan?

Ianya sakit bila kau dah start tercari-cari. Sakit bila kau dah start ada perasaan rindu. Sakit bila kau dah start terfikir pasal apa yang kau jatuh cinta. Dan aku rasa perasaan jatuh cinta begitu. Sakit yang  menyeronokkan.

Jatuh cinta tak perlu paksaan. jatuh cinta ni berlaku secara semulajadi. Natural. Seperti juga kau jatuh tangga. Ada kau suruh orang lain tolak? ada kau suruh orang lain letak kulit pisang di tangga supaya senang kau jatuh?

Tak kan? So begitu juga halnya dengan jatuh cinta. Ianya secara semulajadi. Perasaan yang enak itu hadir tanpa kau sedar, tanpa kau paksa walau sedikit pun. Perasaan itu dari hati. Yang kalau tidak dikawal boleh jadi huruhara. Jadi jaga-jaga dengan hati.

Bagaimana nak tahu kita dah jatuh cinta?

Ini juga mudah kerana kau akan merasainya bilamana berlakunya peningkatan hormon kegatalan, kegedikkan, kemanjaan kau terhadap apa yang kau telah jatuh cinta. Misalnya kau jatuh cinta dengan cili. Semahunya kau fokus dengan cili. nak tahu dia pedas ke tak? kaler dia kalau masak kaler apa? dia sehat ke tak? Semahunya kau tatap saja setiap hari. Pokoknya kau secara tiba-tiba terarah kepada dia.

Dua perkara bila kau jatuh cinta yang tak patut kau buat. Ini aku spesifikkan kepada cinta kepada manusia, kepada yang berlainan jenis. 1. Kau jangan sundal meluahkan terus kepada orang yang kau suka, yang kau sayang atau yang kau jatuh cinta. Manusia ni bila kau cakap secara tiba-tiba begitu, dia akan lari. Be patience. kahkahkah. macam aku pakar kan? 2. Kau jangan sundal nak kool sangat sampai kau tak cakap pun kau sayang, kau suka atau kau jatuh cinta ke dia. Sampai nak mati kau masih lagi nak pendam. konon nak orang yang kau jatuh cinta tu tahu sendiri. Sat lagi tetiba dia dah ada yang lain. Baru padan muka!

Kesimpulannya ialah sabar dan doa kepada Tuhan. Kawan aku cakap tiada yang terbaik selain daripada perancangan Allah yang esa. tiada selain itu. Aku setuju.

Jangan nak jatuh cinta sangat, ajak kahwin je terus. tapi pastikan korang ada duit lah kiki

aku jatuh cinta dengan cili. tahu?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian