Oct 3, 2013

Ambil masa belajar..

SEBELUM JADI SEORANG YANG HEBAT.


Seorang penulis hebat hanya jadi penulis hebat selepas menghabiskan berjam-jam untuk membaca dan menulis.

Seorang pemain bola sepak hebat hanya jadi pemain bola hebat selepas menghabiskan berjam-jam di padang, menendang bola, menggelecek dan menjaringkan gol.

Seorang ahli perniagaan hebat hanya jadi ahli perniagaan hebat setelah menghabiskan banyak usaha belajar dan praktikkan apa yang dia pelajari.

Seorang tukang masak hebat, hanya jadi tukang masak hebat selepas menghabiskan berjam-jam di dapur dan mencuba pelbagai resepi.

Seorang pelukis hebat, hanya akan jadi pelukis hebat selepas melukis pelbagai perkara dengan berkali-kali dan pelbagai cara.

Seorang penceramah hebat, hanya akan jadi penceramah hebat selepas menghabiskan banyak usaha menyusun isi, mengulang-ulang dan berlatih untuk berkata-kata.

Untuk bergelar pakar dalam sesuatu bidang, seseorang perlu banyak berusaha dan berlatih.

Mencapai taraf pakar dan mahir dalam sesuatu bidang, ia tidak boleh dilakukan dengan hanya belajar satu malam dan beberapa latihan. Ia memerlukan usaha yang tidak mengenal erti putus asa.

Tanya diri, sekuat mana kita telah berusaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi? Berapa banyak harta dan masa yang telah kita laburkan untuk berjaya? Berapa kali kita telah mencuba dan berusaha?

Teruskan berusaha, untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Sumber : Suhaili

1 comment:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian