Sep 30, 2013

Dreams.,

Setiap orang pasti ada cita-cita. samaada yang realitstik atau plastik. Tapi kedua-dua itu masih dalam sekitar mereka yang punya cita-cita. Aku juga begitu. dan kadang aku rasa semua itu plastik yang payah nak dicerna.

Cita-cita berserta usaha merupakan cita-cita yang realistik.Kita usaha untuk capai apa yang dihajati. Orang putih kata we walk the talk. Tapi, cita-cita tanpa usaha adalah angan-angan. Plastik. Mat jenin.

Sampai sekarang, cita-cita abang aku adalah dream yang aku rasa agak rare yang pernah aku dengar. Itu pun emak aku yang bagitau. Kalau tak aku tak tahu pun yang dream abang aku tu nak jadi perdana menteri. Bukan alang-alang, tergelak besar aku dengar dari emak aku.

Abang aku sekolah tak tinggi. Tapi dia pandai. Mungkin Allah tak bagi dia jadi PM kahkahkah. Walaupun dia sedikit pandai, tapi nakalnya sampai sekarang cikgu cikgu dia boleh cerita.

Aku respek dengan dia sebab satu, dia abang aku. Dua sebab dia sangat kreatif dan cepat  belajar benda baru. dia terer mengukir kayu, dia terer buat pokok bonsai, dia terer buat pedang, pisau rambo, dia terer baiki alat elektronik seperti tv, radio, cd player dan banyak lagi. Semua kemahiran itu dia belajar hanya melihat dari orang lain. sungguh. Aku tak tipu. ok cukup cerita pasal dia. Buang masa.

Kadang, bila orang lain tanya cita-cita aku jadi apa, aku sendiri tak tahu nak jawab bagaimana. Dari sekolah rendah, cita-cita aku berubah ikut mood aku. Cita-cita nak jadi driver lori pun ada.

Basic criteria kerja yang aku nak biasanya sure yang boleh menjana duit berjuta-juta lemon. dan aku rasa basic ni semua orang gunapakai. kan?Korang jangan nak tipu korang tak fikir pasal gaji ribu riban bila cari kerja.

Sampai sekarang aku masih lagi kurang jelas dengan apa yang aku nak. Aku sekadar berdoa dan usaha semoga Allah beri Jalan yang baik untuk aku perolehi wang. Tak kiralah kerja apa pun janji wang tu nilai dia tinggi dan kerja mudah. paling penting halal.

eh sebenarnya cita-cita dengan dream ni lain. kahkahkah. okbye!

#Dream aku sekarang nak jadi ustak yang kaya. Bukan jadi macam uai. Rare bukan?


3 comments:

raihanah karudin said...

lepas ni keje mu bg ceramah je la

raihanah karudin said...
This comment has been removed by the author.
Kosong said...

kerja apa pun lepas ni aku harap yang boleh jana duit banyak, lepas tu kerja tak susah, lepas tu kerja bukan office hour. kikiki ada ke?

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian