Sep 29, 2013

Dulu..,

Kewujudan blog ini dulu sebenarnya hanya sekedar sebagai satu medium untuk mengasah bakat. Konon journalist terkenal akan bermula dari blog studentlife. hampeh betul cita-cita.

Masa awal penubuhan, takda niat pun nak cari perhatian yakni mencari pembaca untuk membaca tulisan yang memang suam suam. Walaupun secara jujur aku rasa tulisan masa tu sudah hebat. hampeh. riak yang membawa ke lembah yang hina.

Kira masa tu, aku tulis as journal harian sebagai pelajar. Maklum, aku merasakan ada banyak benda yang terjadi dalam waktu sebagai pelajar ni. Kisah yang lawak dan aku rasa patut aku rakam dan simpan dalam blog. Konon bagi anak anak kelak baca dan  gelak.

Selalu aku fikir panjang begitu. Setiap plan yang aku buat mesti ada aim untuk jangka panjang. Mungkin terikut ikut gaya pemikiran Tun Mahathir tercinta. Berfikir untuk beberapa tahun kehadapan. Betul. Bagi aku, cara kita berfikir itu perlu diubah agar tidak terikat dengan keseronokkan untuk jangka masa pendek. ok melalut. back to the track.

Lepas tu, aku mula karang kisah kisah jenaka yang aku rasa sangat jenaka. walaupun mungkin reader rasa hampeh. Aku tak kesah. Korang kena ingat, aku menulis konon sekadar mengasah bakat. ya konon.

Adalah jugak seorang dua pembaca setia yang duk follow kisah aku tulis. Masa tu makin membara nak menulis. Makin kuat rasa didada yang nanti kerjaya aku berakhir dengan menjadi seorang penulis. Masa tu blogger sejaman semua terer terer belaka dengan kisah kisah yang mantap. Malas aku nak cerita kehebatan depa semua sekarang. Buang masa.

dan, alhamdulilloh kebanyakkan mereka semua telah berjaya terbitkan novel. siyes aku cakap. Kebanyakkan mereka pakar berpuitis dalam tulisan. Rejeki mereka kan. Aku? dok masih begini. Nothing change. Mungkin sedikit matang dan isu aku ulas dah lebih kepada kerohanian.

Kita hidup ni, seronok macam mana pun rasa, perlu kembali kepada Tuhan pencipta. Perlu patah balik kepada Rabbul alamin. Jangan jauh menyimpang sangat. Aku cakap ni bukan sekadar tak tinggal solat ke hape. Bukan. Itu benda yang wajib ko kena buat selepas ko dah baligh.(tapi didik mereka seawal yg boleh lagi bagus)

Ini aku cakap soal mencari ilmu yang boleh menjadi guideline dalam urusan seharian. Bukan suruh cari sampai jadi ustaz atau ustazah. Bukan. Cukup kau tahu beza yang hak dan yang bathil. Cukup kau tahu beza yang haram dan halal, yang baik dan buruk dan sebagainya. Dan itu aku yang aku kejar sekarang.

Agama ni, semakin kau belajar, semakin kau terasa diri kau bodoh. Semakin kau rasa diri kau jahil. Sungguh. kalau ko belajar agama dan kau rasa ilmu kau dah cukup tinggi maknanya kau kena check diri sendiri. Mungkin ada perkara yang tak jelas,ada perkara tak selesai dalam diri kau itu.

Jadi, bila kau check balik tulisan aku yang lama dengan apa yang sekarang kau jangan bimbang. Itu maksudnya berlaku penambahbaikkan dalam aspek penulisan. Kita ni, makin tua perlunya makin cari agama. Jangan makin tua makin jauh dari agama. Payah. Nanti siapa nak didik anak-anak? kau nak harap cikgu? kau nak harap orang lain didik anak kau? maunya tetiba syiah yang mengajarnya, tak ke naya.

Sekurang kurang, bila anak tanya kita boleh jawab dengan baik. Bukan nanti bila anak tanya soal agama kita jawab serupa ustaz yang kuat buat lawak tu. Kompem anak jadi hancur. Agama ni bukan benda main main. bukan benda lawakbodoh. Agama ni suci. Sudahlah buat lawak dengan soalan anak, lepas tu tak betul pula. Hampeh!

Agama ni bukan utama untuk cari berapa ramai pengikut pergi ke surau atau masjed untuk dengar kuliah. Bukan. Agama ni adalah cara hidup yang betul dan cara ibadah yang betul. Para nabi terdahulu pun tak banyak pengikut mereka. Adakah mereka dikata gagal? tak, kerana yang ikut mereka itu benar benar beriman kepada Allah dengan sebenar benar iman. Ingat itu. Jika mereka diberi pilihan samaada mensyirikkan Allah, membelakangi apa yang nabi ajar dengan mati, mereka akan pilih mati. Kita? diberi pilihan dengan wang pun kita dah pilih wang. puii.

Jangan jadikan dalil  orang ramai pergi kuliah itu sebagai bukti memana ustaz itu betul. Ajaran al arqam yang sesat tu pun ramai pengikut. Adakah ajaran islam yang dibawaknya betul? Tak..

Jadinya itu saja aku nak tulis. he.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian