Sep 12, 2013

Taksub.

Makin hari makin pemes perkataan taksub. Gelagat yang aku rasa penuh dengan kebodohan dan kejahilan. Mengikut definasi umom (ikut apa masyarakat paham) taksub ni bermaksud kita begitu ghairah untuk membela seseorang tokoh tak kisah dia salah ke benar.

Apa yang mereka ikut tidak berdasarkan landasan ilmu, tidak menggunakan kaedah apa yang Nabi telah ajarkan. Setiap kali berlaku fitnah (masalah, musibah, keburukkan ; definasi mengikut islam), nabi ajar untuk kita hindarkan, kita jauhi bukannya semakin kita taksub membabi buta.

Tapi laa ni, setiap kali berlaku perpecahan umat islam, kita galak untuk memberikan komentar menyalahkan pihak lain yang menjadi musuh kita. Lebih teruk bila kadang kadang berita yang kita beri, hujah yang kita guna berdasarkan andaian dan persepsi yang menyebabkan lebih banyak fitnah timbul.

Lebih malang lagi bila mereka yang berilmu juga turut menyuburkan budaya persepsi.

Golongan yang sering menuduh orang lain sebagai pentaksub itulah sebenarnya pentaksub. Bagi mereka siapa yang menyokong golongan mereka tak suka atas alasan islam, atas alasan kebenaran, atas alasan agama suruh, maka mereka itu akan digelar taksub, macai dan sebagainya.

Aku selalu bangkitkan isu, dari segi mana kebenaran itu diukur? adakah hizbi atau alquran dan sunnah?

Bdasarkan pemerihatian aku, golongan yang mengguna pakai jenama islam itulah sering taksub kepada kumpulan mereka. Bila berlaku kesalahan, mereka menuduh orang lain melakukan fitnah walaupun dibentangkan bukti dan sebagainya. Alasan mereka, mereka yang menggunakan jenama islam takkan melakukan kesilapan, kesalahan.

Bagi aku inilah ketaksuban. Bagi mereka maksum itu ada pada mereka. Bagi mereka, jenama islam yang mereka guna itu sudah menjadikan mereka kebal daripada melakukan dosa. bagi aku ni kebodohan.

Menyokong dengan membabi buta itu satu kejahilan. Bersetuju dengan kesalahan orang lain atas sebab dia ustaz atau dia pemimpin tertentu itu adalah kebodohan yang nyata. Ini namanya taksub.

Bila kita suka sesetengah ustaz, atas kapasitinya sebagai ilmuan, atas keilmuan, atas adabnya dalam menyampaikan ilmu kita akan di cop taksub kepada ustaz tersebut sedangkan kita sedang menadah ilmu daripada beliau. Adakah itu juga termasuk taksub? Tapi jika kita membenarkan kesalahannya, membenarkan segala keburukkannya itu baru dikira taksub.

Jadi, apa-apa pun yang berlaku perbaiki dahulu cara paham kita tentang islam. Dahulukan alquran dan assunnah dalam apa situasi pun. Jangan tuduh orang lain taksub sedangkan kita tanpa sedar sebenarnya lebih teruk daripada apa yang kita tuduh kepada orang lain.

1 comment:

Anonymous said...

semat

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian