Sep 14, 2013

Suntuk

Aku lihat genang air mata mu,
Penuh dengan duka yang hanya engkau sendiri fahami.
Kau diam ketika kepayahan,
Kau biar ia membakar dari dalam diri mu. sendiri.
Tanpa ingin engkau kongsi dengan yang lain.
Aku pegang tangan mu tanda kasih kepada mu,
kasar dan penuh calar.
Tangan yang halus juga bisa jadi kasar bila bersentuhan dengan mu.
Aku menangis melihat itu,
Melihat pengorbanan mu tanpa terbatas waktu yang kian mengejar mu.
Rambut mu yang dahulu hitam kini keputihan,
Kulit mu hitam kemerahan dibakar mentari,
Suara mu kedengaran keletihan, Namun,
Kau masih tabah berdiri disitu seperti 20 tahun yang lalu,
Gagah.
Aku lihat mata hati mu.
Aku tidak pasti, berapa kali air matamu jatuh kerana ku, kerana adik beradik yang lain.
Kau kerah tulang empat kerat mu yang kian berkarat,
Aku tahu, setiap masa yang berlalu sangat berharga buat ku untuk menghargaimu.
Aku lihat itu.
Aku cuma ingin kau tenang dan merasai damainya hati,
Tanpa perlu lagi mengira kepayahan, tanpa perlu lagi membilang kesedihan.
Aku ingin kau tersenyum, bangun pagi dengan senang minum kopi.
Aku bukan anak yang bodoh yang tidak mampu melihat kau itu bagaimana,
Aku bukan anak yang tidak mengenang budi, yang tidak kisah satupun kisah mu,
Aku bukan begitu dan aku tidak mahu jadi begitu,
Apa aku buat membalas jasa mu?
Kau yang aku kenal yang sanggup tidak menjamah  makanan yang ada sebelum kami merasainya?
Sungguh aku kata, bahawa aku sangat sayang kau dan kau.
Mencintai kamu seperti gelap yang setia kepada malam,
Mungkin ada yang berkata, kata-kata ini datang daripada seorang kecil yang manja,
Ya, aku mengaku aku manja.
Ya, aku mengaku aku rinduinya,
Ya, aku mengaku aku ingin selalu berada didepannya,
Agar aku bisa mengelap air matanya,
Agar aku bisa memberikan bahu ku untuk mereka menyandar,
Agar aku bisa melihat mereka terlena,
Agar aku bisa menyuap mereka seperti mereka lakukan dahulu,
Kau tahu, aku tidak pernah malu untuk semua itu,
Aku tidak pernah malu untuk mengaku aku punya kamu!
Jika aku ditanya siapakah superhero yang menjadi pilihanku? maka tanpa ragu aku pilih mereka.
Kepada kamu yang membaca suara hati ini,
Tahu atau tidak, sedar atau tidak,
Bahawa masa kamu dengan mereka  itu semakin hari semakin suntuk,
Kau lakukan apa untuk masa yang semakin suntuk ini?
Tuhanku, aku memohon kepada MU, balaslah jasa mereka kepadaku itu walaupun hanya sebesar zarah,
Jika mereka tidak dapat bergembira disini, berilah mereka kesenangan disana,
Aku tahu, kuasaMu sangat luas untuk memperkenankan hati kecilku ini..
Amin..

Salam kaseh dariku untuk mu

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian