Sep 15, 2013

Menuntut ilmu kerana apa?

Kalau-lah menuntut ilmu agama tujuannya untuk mendapatkan perhatian orang, gelar Phd., Dr., sijil jayyid jiddan, sijil mumtaz, lalu berbangga-bangga dengannya, atau untuk mendapatkan keseronokan berdebat dengan orang-orang jahil... Maka, ingatlah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلاَّ لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا، لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya untuk mencari wajah Allah ‘Azza wa Jalla, tetapi dia tidak menuntutnya melainkan untuk mencari dunia dengannya, maka pada hari kiamat dia tidak akan dapat mencium aroma Syurga.” [Musnad Ahmad, no. 8457. Sunan Abu Daud, no. 3664. Ibnu Majah, no. 248. Dinilai sahih oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth]

Sumber daripada ; Abu Numair Nawawi Subandi

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian