Sep 4, 2013

Mereka juga tidak ingin jadi begitu..

Hidup ni kadang kita dekat atas, kadang kita dekat bawah. Kadang kita berjaya, kadang kita tak berjaya. Kadang kita gembira dan kadang itu kita berduka.

Aku selalu teringat kata kata hikmah, hidup ni tak selalunya indah. Aku setuju sangat dengan ayat tu, kerana kita tidak tahu ujian Allah ni berhak atas siapa yang Dia kehendaki. Bersabar dan redha atas apa yang berlaku.

Percaya dan yakin yang setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pasti itu perlu engkau imani. Redha dengan qada dan qadar itu juga termasuk dalam rukun iman yang wajib ditaati.

Aku selalu perati pakcik makcik yang selalu menjual kropok ikan di stesen minyak, di kedai makan dan sebagainya. Selalu aku dengar ramai yang tak puas hati dengan mereka yang mencari rezeki dengan menjual dari orang ke orang ni.

Mereka merasakan itu sangat annoying. walaupun tidak dapat dinafikan ada segelintir mereka yang memaksa untuk kita membeli, namun hal itu bukanlah menjadi hujah untuk kita pertikai semua mereka itu.

Kalau aku ditempat mereka mampu ke aku jadi macam mereka? Menagih simpati ramai untuk membeli jualan mereka. Dengan keadaan yang panas. ditambah lagi dengan penerimaan ramai yang kadang merasa kurang senang dengan mereka. Seriusly aku memang tak mampu.

Aku lihat mereka sanggup berpanas, pergi dari kereta ke kereta, dari meja makan ke meja makan menjual barangan jualan mereka. Aku sangat bersimpati dengan mereka. Kadang ada makcik yang sudah uzur yang layaknya duduk dirumah berehat, tapi masih lagi merayau mencari pembeli. Tersenyum masam dengan orang lain menagih simpati untuk membeli.

Mungkin ada yang berkata mereka itu adalah sindiket. Mereka yang telah dipergunakan oleh orang lain. Ok itu kita tolak tepi. Cuba bayangkan kamu ditempat mereka. Mahu jadi seperti mereka? tahan jadi seperti mereka?

Menerima tekanan daripada segelintir masyarakat yang mungkin kurang senang dengan kehadiran mereka, ditambah lagi tekanan daripada sindiket kononnya yang ingin mereka mencari wang. Betapa mereka tersiksa aku teka.

Ustaz pernah cakap ke aku. Bukan ke aku secara khusus tapi kepada semua orang ketika itu. Dia berkata, jika jumpa orang seumpama itu, jangan dipertikaikan ke arah mana duit yang kamu akan dermakan. Cukuplah lepaskan tanggungjawab kamu. Selebihnya serah kepada Allah.

Mungkin jika mereka adalah mangsa sindiket, mungkin dengan derma yang kamu berikan itu menjadi sebab dia tidak diseksa, tidak dimarah oleh tuannya. dan paling tidak pun, kamu sudah meringankan bebannya.

Bila jumpa mereka seumpama itu, tidak kira samaada peminta sedekah yang berada dipasar malam atau pakcik makcik yang menjual kropok atau tisu. Janganlah ada rasa benci atau kurang enak dengan mereka, kerana mereka hidup terdesak. kalau boleh mereka juga ingin seperti orang lain yang tidak perlu hidup susah..

Persoalan aku tinggalkan kepada kamu, besar sangat ke nak bersedekah RM satu ringgit kepada orang lain?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian