Sep 2, 2013

Sumber mana yang betul?

Dulu aku pernah berdiskusi dengan rakan aku. Dia dok pertikai pasal sumber sumber agama yang asli. Bagaimana nak tahu asli, bagaimana nak tahu betul, bagaimana nak tahu itu datang dari Nabi?

Pemikiran dia, semua pendapat yang ada pasal agama ni semua boleh diterima. Semua boleh pakai. Asal ikut kepala otak dia. Tak kesahlah hadis tu tsabit dari nabi ke tidak. Janji pada pandangan dia benda tu BAIK.

Aku geleng kepala.

Dia selalu persoalkan, hang tahu mana benda tu bidaah? benda tu tak betul? sedangkan ulamak tu, ustaz tu bawak hadis nabi, bawak alquran? Ilmu Allah ni luas. Ada ilmu ustaz hang tahu, ada ilmu dia tak tahu. Innalillahirojiun..

Kalau enko jenis jahil, in sha Allah soalan diatas ni sure terpinga pinga nak jawab. kan? ye la, dia bawak ayat al quran, hang nak tolak? hang tolak ayat alquran, hang kapir. keluar islam. bukan boleh bawak main.

Dulu aku pun termakan syubahat begini. Syubahat yang memaksa akal kita menerimanya atas alasan, benda tu kan BAIK? apa salahnya?

Asas kita beramal ni kena ikut contoh daripada Nabi dan para sahabat.

Setiap amalan itu perlu ada bukti yang ianya datang daripada Nabi dan para sahabat mengamalkannya. Amalan dalam berugama ni bukan main guna akal. Kalau akal kata boleh, hangpa terus kata boleh.

Yang hangpa guna hukum fiqh selagi tiada larangan maka benda tu hukumnya harus adalah dalam bab muamalat saja iaitu dalam aktiviti seharian. Tapi bukan dalam bab ibadah. Dalam ibadah kita dah ada hukum wajib, harus haram dan sebagainya.

Mana boleh nak main hentam. Agama islam ni bukan agama semberono. Agama kita bukan agama lain yang ada versi satu versi dua  atau ada perjanjian baru dan perjanjian lama. Tak!. Agama ni dah sempurna Allah kata.

Apa yang nabi tinggal semua dekat kita dah lengkap. Sebab tu setiap amal kita kena bersandar ke Nabi dan para sahabat, dan generasi seterusnya. Takda tokok tambah dan sebagainya! yellek!

Sebab tu agama kita ni suci murni sebab setiap sumber dalam agama bersanad terus daripada nabi.

Abes, hang tahu mana Hadis tu sahih dari Nabi?

Nak tahu hadis tu sahih ke tidak hang kena belajar. Hang kena menuntut ilmu. Kalau tidak, ayahpin nanti hang boleh caya, Haji kahar tu pun hang boleh ikut.

Nasihat aku, doa banyak banyak semoga Allah tunjukkan kebenaran, Allah luruskan hati, Allah temukan ilmu yang benar, In sha Allah niat yang baik pasti akan dimakbulkan..

Lagi satu, jangan cepat mengkapirkan orang lain!

Hang tuduh dia tak solat tu pun maksudnya hang kapirkan dia.
Hang tuduh dia mahafiraun pun hang tuduh dia kapir.
Hang tuduh solatnya tak diterima tu pn hang tuduh dia kapir
Hang tuduh dia tolak hukum Allah tu pun hang tuduh dia kapir
Hang tuah betul!

Sekian

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian