Jul 21, 2013

Jangan selisih Sunnah..,

Daripada Said Ibnu al-Musayyib radhiallahu ‘anhu bahawasanya dia telah melihat seorang lelaki solat setelah terbit fajar lebih daripada dua rakaat. Lelaki itu memperbanyakkan rukuk dan sujud dalam solatnya itu.

Lalu beliau pun melarang lelaki itu berbuat sedemikian. Maka lelaki itupun berkata kepadanya: “Wahai Abu Muhammad! Adakah Allah mengazabku di atas solat yang aku kerjakan ini?.” 

Beliau menjawab: “Tidak, akan tetapi Allah mengazabmu kerana perlakuanmu ini menyelisih sunnah (cara Nabi shalallahu‘alaihi wasallam).”

Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no.1871.

Pesanan aku; Teringat dahulu aku pernah terbaca tulisan yang berkata, 'Adakah dengan bacaan yassin aku setiap malam jumaat ini menyebabkan Allah memasukkan aku ke dalam neraka (mengazab)?

Inilah jawapan daripada nabi kita saw. Tidak, akan tetapi Allah mengazabmu kerana perlakuanmu ini menyelisih sunnah (cara Nabi saw). 

Jadi jangan memandai membuat syariat baru dalam beramal. Hujah berkata boleh melakukan selagi tiada larangan itu hanya terpakai dalam perkara muamalat, yakni perkara seharian kita. Bukannya perkara ibadah.

Semoga bermanfaat. wallahu alam

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian