Jul 21, 2013

Bismillah

Bersumberkan daripada Abul Malih radhiallahu ‘anhu bahawa seorang lelaki telah berkata:

Aku membonceng di belakang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka ketika haiwan tunggangan baginda lambat saat berjalan aku berkata: “Celakalah Syaitan ini.”

Baginda lalu bersabda: Janganah engkau berkata: “Celakalah Syaitan ini” kerana jika engkau berkata seperti itu ia (Syaitan) akan semakin besar hingga seperti rumah dan berkata: “Demi kekuatanku.”

Tetapi hendaklah engkau katakan 'Bismillah” (dengan menyebut nama Allah). Jika engkau ucapkan itu maka syaitan akan semakin kecil hingga (menjadi) seperti lalat.

Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 4330 dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani. Lihat Shahih Sunan Abu Daud, no. 4982.

Pesananku ucaplah Bismillah setiap kali melakukan apa pun..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian