Jul 20, 2013

My thoughts..,

Aku sering diduga.
Dari merasa kehilangan orang yang aku sayang, hingga merasa kepayahan yang sangat perit. Namun aku masih ada disini. Masih bisa merasa gembira yang hampir tidak mampu aku rasakan.

Kau mungkin tak sedar.
Terlalu banyak yang aku lalui disini. Bilang saja apa, aku sudah pernah merasainya. Bukan aku ingin mendabik dada. Memberitahu dunia apa aku rasai. Tidak. Aku hanya ingin kau tahu, keberadaan aku disini bukan jalan yang biasa dilalui oleh kebanyakkan orang.

Airmata pun sudah sebati.
Orang kata, lelaki seperti aku harus kuat. Ya harus kuat, itu aku akui. Tapi hanya orang yang memikul akan merasa beban. Bukan mereka yang hanya memandang dan memberi ulasan. Jadi perkiraan itu bagi aku tidak seberapa tepat.

Aku percaya qada dan qadar.
Jika ini jalan yang aku harus tempuh, aku harus juga tempuh. Sejujurnya, dalam ketabahan pasti ada juga saat kita merasa lemah. Lemah yang hanya kita tahu betapa lemahnya kita ketika itu. Hidup yang membeban bahu, membeban hati, mengganggu jiwa, melemahkan iman. Aku juga manusia biasa. Tidak lari dari semua itu.

Kau tahu,
Aku berusaha ini, bukan semata hanya untuk aku, tapi untuk kau dan kita. Jika apa cita yang sekarang ini aku genggam sekadar memenuhi kepuasan hati, mungkin bukan disini tempatnya aku sekarang. Bukan. Aku hanya ingin hidup yang biasa, dengan keperluan yang biasa tapi menjalani hidup yang luar biasa bersama kau dan mereka..

Bila aku bisa tersenyum,
Aku hanya ingin kau menemani. Aku tidak perlu sanjungan atau penghormatan mereka kerana aku hanya ingin kau. ya kau yang selalu mengikuti langkah langkahku yang kadang sumbang.

Aku tahu,
Tuhan akan menggantikan apa yang aku hilang dengan sesuatu yang terbaik untuk aku. Aku terima dengan redha apa yang telah berlaku walaupun aku tak pernah lupa walau sesaat pun hal kelmarin. Tak pernah. Satu ketika itu aku diam. Diam kerana aku melihat sandiwara yang pernah dilakonkan dahulu terulang kerana lagu atau kata-kata.

"Tidaklah musibah datang kecuali kerana dosa dan tidak diangkat dosa kecuali dgn taubat"

Terlalu banyak yang aku lalui,
Hingga aku kadang lupa apa itu erti kepayahan. Pernah sekali kau sendiri yang memberi rasa itu. Hingga aku hilang punca dan hilang arah. Aku bawak jauh diri dari sini. Hilang ditelan gelapnya malam. Tapi siang itu tetap datang memberi rasa semula. Sandiwara kebodohan.

I'm living in the present
My mind is on the past
Not knowing what i'll lose
Not knowing what will last

Kadang aku rasa 'ini' semua projek pembodohan,
Pembaziran dan perkara yang sia-sia. Lihat jalan yang kau pilih? Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Agar otak aku bersih dari kisah kau yang membenci aku. Dulu. Aku berharap tuhan beri aku peluang kedua untuk beri hati yang dulu dengan pelbagai alasan yang terbaik aku ciptakan sendiri.

Bila aku melihat kemesraan ini,
Aku melihat orang lain disebaliknya. Setiap kali. Bila aku melihat kebaikkan ini, aku melihat orang lain disebaliknya. Bila aku melihat senyuman ini, aku melihat orang lain disebaliknya. Bila aku melihat kasih ini, aku melihat kasih yang lain disebaliknya. Jujur aku katakan, aku melihat semua itu tiada berasas!

Kau boleh tersenyum, kau boleh tertawa sekarang,  kau boleh hilang dari neraka yang kau cari seketika itu, tapi aku hanya melihat kehinaan aku disebaliknya. Ya, semua telah hilang telah lama dulu..

“It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not.”... 

Yang akhirnya, tidak pernah aku tak terima semua ini. Itulah takdir..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian